Sebut sahaja nama Irfan Khairi, pasti ramai yang mengenali figura yang cukup terkenal dalam bisnes online.
Malah, beliau juga muncul sebagai seorang jutawan pada usia muda sehinggakan kisahnya memenuhi dada-dada akhbar saban hari.
Tidak hairanlah sehingga kini ramai yang menjadikkan beliau idola terutama bagi yang ingin mengorak langkah dalam bisnes atas talian.
Tidak seperti figura lain yang terkenal, pasti tempias turut mengenai ahli keluarga terutama isteri dan anak-anak. Namun berbeza dengan Irfan Khairi. Menerusi perkongsiannya di dalam facebook, bapa kepada empat cahaya mata ini mengakui ahli keluarganya termasuk isteri tidak memiliki media sosial.
Muncul di media sosial
Ini isteri saya, Shazrina. Atau lebih dikenali bila saya sebut-sebut dalam content saya sebagai “Kak Shaz”
Memang jarang-jarang saya kongsikan mengenai Kak Shaz di media sosial. Bagi yang follow saya dah lama mungkin akan perasan sekali atau dua kali je setahun baru la muncul di media sosial. Tu pun rasanya tahun ni belum pernah lagi.
Sampai ada yang ingatkan saya ni masih bujang. Dah kahwin 20 tahun dah adik oi. Anak dah 4 orang.
Kahwin dengan orang internet
Satu perkara yang mungkin pelik mengenai isteri saya adalah, Kak Shaz tidak mempunyai media sosial. Tiada di FB, IG, TikTok lagi la takde.
Kahwin dengan orang Internet tapi tiada di Media Sosial.
Tapi bukan hanya Kak Shaz. Anak-anak saya pun tiada di media sosial. Ilham, Kasih, Ikhlas dan Cinta tidak mempunyai akaun media sosial. Mereka jenis yang sangat pemalu. Sebab itu, seperti ibu mereka, memang jarang-jarang akan ada di media sosial saya.
Ayah ada berjuta followers di media sosial tetapi isteri dan anak-anak tak follow pun. Sebab tiada media sosial.
Tak semua aktif media sosial
Tetapi di sini juga pesanan untuk para usahawan.
Tak semua orang ada media sosial. Tak semua orang aktif di media sosial.
Jika kita hanya menggunakan IG contohnya untuk berniaga. Bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai IG? Bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai FB.
Rugi sebenarnya jika anda hanya berniaga di satu atau dua platform media sosial, sedangkan mungkin RAMAI LAGI prospek anda tidak mempunyai media sosial atau tak aktif pun di media sosial.
Perniagaan online
Sebab itulah, untuk berjaya dalam perniagaan online, usahawan perlu ada laman web. Sesiapa sahaja prospek anda boleh jumpa dan melawat laman web anda. Ruginya kalau tiada laman web.
Satu strategi ini sahaja boleh melipatkali gandakan perniagaan anda dan bawa perniagaan anda ke peringkat global.
Siapa usahawan kat sini yang belum ada laman web? Baik mengaku. Anda yang rugi.
Sumber: Irfan Khairi
ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club