Nampak segar dan sihat tanaman kubis walaupun di depan rumah sendiri. Malah, bentuknya seakan bunga itu mencantikkan lagi laman rumah anda.
Jadi, kalau yang rajin tu bolehlah cuba tanam sendiri, cara mudah dan bila dapat kutip hasil memang puas hati.
Jom belajar melalui perkongsian puan Siti Bazla Kamilah. Dia mula tanam kubis bulat sewaktu PKP 3.0 dan kini sudah mendapat hasilnya.
Ramai yang saya tengok mula tanam kobis bulat. Saya baru je tuai hasil kobis sy. Mula tanam masa PKP 3. Kalau kira² adalah dalam 3 bulan saya tanam. Kobis tak leceh pun nak jaga, cuma kena sabar untuk tunggu hasil. Kalau nak puas hati, tanam banyak². Boleh kutip hasil banyak.
Ads
Sy guna baja subur dari Prof Nasnan beli di shopee. Gandingkan dengan baja ajinamoto homemade. Sekali sekala sy sembur racun organic. Sekarang ada 4 pokok sy baru try bagi MOL Ikan.
Kobis sy ni pernah layu terkulai macam nak mati. Tapi, dapat survive dengan pemberian air dan baja serta tambahan media tanam.
Media tanam sy guna tanah 6 in 1 Laman Raja.
Ads
Kawasan kobis pula, sy letak kawasan panas 16jam. Tak ada masalah ulat atau serangga. Semoga kawan² lain dapat juga tuai hasilnya nanti. Walaupun tak besar, tapi feel makan sayur tanam sendiri ni lain.
Melalui saat PKP ini, jujur merasakan semua antara kita dihimpit masalah dan kepayahan.
Apatah lagi tempoh waktu PKP terpaksa dipanjangkan hingga bulan Ramadan atau mungkin lebih lama daripada itu bagi memastikan rantaian Covid-19 dapat ditamatkan.
Hal ini membuatkan kita semua berasa sayu, membayangkan Ramadan tanpa boleh menunaikan solat tarawih di masjid, tiada bazar ramadan, tiada shopping raya dan beberapa perkara yang menjadi kelaziman saban tahun kita semua lakukan.
Pun begitu, ketika saat ini adalah wajar kita melihat dari sisi positif terhadap apa yang berlaku. Itu adalah terbaik!
Ini sebagaimana jawapan padu yang diberikan oleh Doktor Khairul Faizie, menjelaskan tentang betapa Allah sayang kepada hambanya dan memberikan kesedaran untuk berubah menjadi lebih baik.
Ini perkongsiannya.
Betapa penuh kasih & rahmat nya Allah pada kita hambaNya yang selalu leka, Dia buka jalan untuk kita tak leka:
1) Berpuluh tahun tak habis habis polemik solat terawih 8 rakaat Vs 20 rakaat. Berbuih mulut ustaz bagi penerangan. Nah Allah suruh kau terawih di rumah. Ikut suka kau nak buat berapa. Mata kau tak sakit tengok orang siap 8 balik rumah sebab orang lain tak solat terawih kat rumah kau.
2) Berpuluh tahun tak habis polemik ‘ buat tazkirah antara solat terawih ‘ VS ‘ tak buat ‘. Nah Allah suruh kau terawih kat rumah, ikut suka kau nak buat tazkirah ke tak kat anak bini kau. Kau nak tazkirah ke, baca Al Quran ke, zikir ke, makan onde onde ke in between terawih, ikut suka kau.
3) Berpuluh tahun sibuk cari masjid / surau yang baca surah pendek masa terawih. Nah, Allah suruh kau terawih kat rumah. Ikut suka kau nak ulang surah surah pendek juz Amma, atau kau nak habiskan Al Baqarah satu rakaat. Terpulang.
4) Berpuluh tahun AJK masjid jenuh mengingatkan jemaah jangan parking kereta berterabur, block laluan, menyusahkan orang lain. Nah sekarang Allah suruh kau terawih kat rumah, motor kapcai kau pun kau tak guna biar park je.
5) Berpuluh tahun kau rosakkan pahala puasa sebab mata tengok aurat perempuan di bazar ramadan. Nah Allah nak jaga mata kau, bazar pun takda.
6) Berpuluh tahun kau membazir duit tergoda di bazar ramadan, beli makanan yang akhirnya kau tak makan. Nah Allah batalkan bazar ramadan, harapnya nafsu kau kalau pergi pun bazar drive thru / beli online adalah terkawal. Kalau ini pun kau membazir, baik kau mati.
7) Berpuluh tahun kau sibuk dengan kerja sepanjang Ramadan. Lepas terawih mata ngantuk, tau tau tido. Nah Allah paksa kau cuti sebulan duduk rumah ramadan ini. Kalau kualiti & kuantiti bacaan Al Quran kau tak makin baik dari tahun tahun sebelum ini, baik kau mati. Dulu kau nak tahajud lama lama pun fikir esok pagi nak pergi kerja, nah sekarang Allah paksa kau cuti. Tahajud lah lama lama sampai bengkak kaki, ataupun kau tersembam jatuh tertidur.
8) Berpuluh tahun setiap kali malam Aidilfitri kau sibuk masak lemang ketupat, kau sibuk alter baju raya last minit. Nah Allah batalkan sambutan Aidilfitri kau, supaya malam Aidilfitri kau taqarub kepada NYA :
“Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Siapa kata berpuasa Ramadan sepanjang PKP tak best?
Barangsiapa yang duduk di rumah sepanjang PKP, tak perlu keluar kerja, TOLONGLAH grab peluang ini.
Cantik dengan solekan hanya bersifat sementara sahaja. Bila solekan di tanggalkan barulah rupa sebenar yang terlihat. Masa tu barulah boleh lihat kecantikan sebenar seorang wanita.
Selain mengamalkan penjagaan kulit wajah dan secara keseluruhannya dengan menjaga pemakanan dan pengambilan makanan tambahan, tak salah juga kalau kita nak cuba pelbagai petua. Biarlah seiring petua dan pemakanan. Baru hasil nampak lagi mantap!
Dua kaedah guna bahan semulajadi ini boleh kekalkan kecantikan sebenar kulit kita. Malah paling penting membantu mengatasi pelbagai masalah lain. Jom amalkan sama-sama.
Betik Rawat Kulit Mati
Macam tak percaya dengan kuasa betik ni. Tapi itulah hakikatnya. Kalau nak tahu, betik adalah antara bahan alami yang digunakan untuk mencantikan kulit. Ia boleh menanggalkan sel kulit mati dan mengurangkan masalah jerawat. Tapi macam mana nak cantikkan kulit dengan betik ni? Ikut petua ini.
Bahan-Bahan:
Betik
Air mawar
1. Pilih betik yang masak ranum.
2. Lenyek betik sehingga halus.
3. Tuangkan sedikit air mawar dan gaulkan lagi hingga sebati.
4. Kemudian lumurkan dan gosok perlahan pada wajah. Lakukan amalan ini setiap hari.
Rawat Mata Sembab
Tak hanya betik, kentang yang selalu kita gunakan dalam masakan pun ada banyak kelebihannya. Kentang paling berkesan merawat masa sembap. Nak rawat macam mana?
Bahan-Bahan:
Kentang
1. Gunakan ubi kentang yang segar.
2. Hiris nipis ubi kentang dan letakkan potongan tersebut di atas mata selama beberapa minit.
3. Basuh dan bilas muka dengan bersih.
4. Lakukan proses ini berkali-kali hingga mata kembali pulih.
Tak susah bukan? Kalau kita perasan memang banyak produk kecantikan menggunakan dua bahan ini sebagai bahan utama. Itu membuktikan kedua bahan ini memang terbaik dan mujarab. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Di sebalik senyuman manisnya siapa sangka wanita ini pernah dihujani ujian yang cukup berat. Bukan calang-calang orang yang boleh bertahan. Namun wanita yang dikenali dengan nama Zeeda Aziz mungkin cukup ‘istimewa’ sehinggakan terpilih oleh Dia.
Dilahirkan pada tahun 1979 di Kampar, Perak, Zeeda, 38 tahun yang kini menetap di Sungai Petani bersama suami dan anak-anaknya merupakan aktivis sosial yang banyak bergerak di sekitar kawasan utara semenanjung untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan tidak bernasib baik.
Selain dari melakukan kerja lawatan sosial, dia juga dijemput ke sekolah dan juga program anjuran universiti, untuk memberi ceramah tentang masalah sosial dan juga slot motivasi.
“Projek terkini saya ialah mewujudkan program kumpulan sokongan tertutup untuk mangsa penderaan mental, fizikal dan seksual. Program ini memberi peluang kepada mangsa untuk mencari sokongan moral dan emosi dari aktivis dan juga sesama mangsa.
“Sebelum saya bergiat aktif dalam bidang sosial dan kemasyarakatan ini, saya pernah diuji hebat apabila disahkan menghidap kanser tulang selepas melahirkan anak yang kedua. Saya perlu melalui rawatan kemoterapi dan pembedahan membuang tulang yang rosak.
“Cabaran ini bermula pada tahun 2007 dan saya segera mendapatkan rawatan di hospital dengan lebih dari 10 kali pembedahan major. Akhirnya pada bulan Mei 2013 saya nekad untuk membuang sebahagian dari kaki kiri dan kini saya cacat fizikal kekal.
Alhamdulillah, setelah beberapa ujian klinikal dan imbasan dibuat, saya disahkan bebas kanser dan kini menjalani hidup yang aktif dengan memberi khidmat kepada masyarakat dan negara.
Saya mula berminat untuk menjadi seorang aktivis sejak saya menjalani rawatan di hospital. Sepanjang saya berada di wad, begitu ramai orang yang saya tak kenali menghulurkan bantuan tanpa diminta.
“Mereka ini membantu tanpa mengharapkan balasan. Niat mereka adalah untuk menggembirakan hati dan memudahkan urusan pesakit. Dari sinilah saya belajar bagaimana untuk memberi dengan ikhlas dan membentuk empati yang tinggi dalam diri.
Walaupun berada di dalam situasi yang tidak menyenangkan, saya sentiasa cuba berfikiran positif. Untuk menjadi seseorang yang positif, letakkan sahaja Allah di hadapan sebagai penunjuk jalan.
“InsyaAllah tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Dan di setiap kesulitan, ada kemudahannya. Itu janji Allah kepada semua hambaNya di dalam Surah Al Insyirah,” ujar Zeeda yang suka membaca dan menonton video yang memberi motivasi dan inspirasi.
Menurut Zeeda lagi, menerusi pengisian beginilah dia belajar mengawal emosi dan pemikiran supaya setiap ujian yang dihadapi dapat dilalui dengan tabah, redha dengan apa yang dihamparkan, dan yakin bahawa Allah sentiasa ada untuk memudahkan jalan atau cara.
“Alhamdulillah setiap cabaran yang diberikan saya terima dengan rasa syukur kerana, tanpa ujian berat sebegini saya mungkin akan menjadi manusia yang khufur, iaitu tidak mensyukuri setiap nikmat kecil yang diberi olehNya.
“Cabaran hidup saya yang terbesar bukanlah kecacatan fizikal yang saya ada. Malah ianya menjadi perangsang untuk saya lebih berusaha mencapai matlamat yang disasarkan. Apa yang menguji kekuatan emosi saya buat masa ini ialah bagaimana untuk mendidik masyarakat supaya sedar bahawa masalah sosial adalah masalah semua, dan bukan lagi hal keluarga. Memecahkan stigma dan persepsi konservatif agak rumit kerana ianya sudah didoktrinkan sekian lama.
“Dalam usaha ini, saya mendapat sokongan penuh dari suami dan anak-anak. Sahabat aktivis dan juga rakan-rakan yang lain turut memberi semangat dan berkongsi idea sepanjang menjalankan misi fisabilillah ini.
‘Oleh kerana kerja yang saya usahakan ini menggunakan banyak masa di luar kawasan, urusan di rumah dipermudahkan oleh pembantu saya. Ada masanya saya akan bawa anak-anak ke lapangan untuk memahami kerja yang saya lakukan supaya mereka lebih faham tujuan kenapa usaha ini perlu dilakukan,”ujarnya lagi.
“Selain aktivis sosial, saya juga penulis di media sosial. Jadi saya kerap kali menaikkan status berunsur nasihat. Pada saya, jika kita rasa tidak berdaya, carilah kekuatan dari sumber yang baik contohnya bahan bacaan, video yang memberikan inspirasi atau merujuk hal yang berkaitan pada individu yang berilmu.
“Elakkan dari membuat keputusan sewaktu emosi mendahului akal. Wanita juga perlu persiapkan diri dengan ilmu pelbagai cabang supaya diri lebih matang dan sentiasa bersedia untuk cabaran akan datang,”ungkapnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kemenangan Foziya Abdullahi sebagai Miss World Somalia 2026 bukan sekadar menambah satu lagi nama baharu dalam dunia ratu cantik antarabangsa, sebaliknya membawa bersama naratif...