Mencedok idea yang dikongsikan oleh saudara Mohd Faridzul Ishak ini mungkin dapat membantu bagi anda sekeluarga yang sedang tercari-cari idea untuk memperindahkan ruangan dinding di bahagian car porch.
Andai sebelum ini dinding dibiarkan kosong tanpa sentuhan dekorasi, apa kata buat begini dengan lakukan DIY yang mudah dan pastinya juga tidak memerlukan bajet tinggi, namun hasilnya cukup luar biasa.
Ini perkongsiannya.
Ni kayu Nyatoh Plain..Design ni pun dulu tengok dalam fb & google.. So try Diy sendiri..
Ads
Tak susah sangat.. Ramai yang mampu buat if minat.. saya buat simple-simple je.. Asalkan ruang tak kosong…
Bahan
– kayu
– gergaji
– paku concrete
– maxbond glue
– filler
– measure tape
– cat
Ads
Menurut Mohd Faridzul Ishak, dia memperuntukkan 8 jam untuk menyiapkan ruangan tersebut dengan menggunakan lebih kurang 12 batang kayu untuk mendapatkan design yang diingini.
Manakala anggaran harga untuk sebatang kayu tersebut adalah berbeza-beza di antara satu kedai dengan kedai yang lain, boleh dianggarkan lebih kurang RM 13-15 sebatang dan anggaran kos keseluruhan termasuk cat dan barang-barang lain adalah sekitar RM 350.
Manakal apabila ditanya dari mana datangnya idea meletakkan pokok hiasan bergantung, nyata ianya hasil gabungan idea suami isteri setelah sekembalinya bercuti di Cameron or Frazerhill.. Disebabkan di sana banyak pokok-pokok cantik, dan bila balik terus dipraktikkan pada wall tersebut.
Ads
Selain itu, tidak dinafikan olehnya semua itu terhasil dek kerana minat menghias rumah. Katanya, “kalau upah orang mahal, So tanam kat diri, org lain bole buat kenapa aku tak bole.. So terus gamble dan proceed.. Tak cuba tak tau istilah orang kata”
HUAWEI baru-baru ini melancarkan peranti baharu mereka, P50 Pro dan telefon boleh lipat P50 Pocket yang menampilkan spesifikasi terkini termasuk keupayaan kamera pada kelas tersendiri.
Pelancaran ini sekaligus meneruskan legasi fotografi bagi membolehkan pengguna merasai pengalaman gaya serba baharu lengkap dengan keupayaan perkakasan serta perisian yang tiada tandingan.
Kedua-dua peranti itu hadir dengan keupayaan optik XD Huawei dan Enjin Imej XD Fusion Pro sekali gus memberi kualiti gambar terbaik serta membawa tahap baru dalam fotografi mudah alih.
P50 Pro
Hadir dengan skrin dan bateri yang lebih besar, sambil mengekalkan penampilan peranti yang langsing dan ringan. Ia mempunyai paparan kaca melengkung 3D, menyokong gamut warna lebar P3 penuh, sehingga 1.07 bilion warna, memaparkan warna yang tepat.
Dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 300Hz, pengguna boleh menikmati pengalaman yang lebih lancar dan responsif. Menarik kan!
Bukan tu je, HUAWEI P50 Pro memiliki kadar zum sehingga 200x. Tangkapan imej jarak dekat pada peranti ini dilengkapi dengan keperincian yang sempurna dan dengan keupayaan Optik XD HUAWEI, tangkapan imej yang dizum seingga 100x dapat menghasilkan imej yang sangat jelas. Ia juga menyokong rakaman video 4K untuk merentasi julat focus penuh dan penyelesaian penstabilan imej AIS Pro serba baharu.
Reka bentuk menawan dan anggun HUAWEI P50 Pro memperkenalkan reka bentuk Kamera Dwi-Matrik baru yang ikonik dan unik. Peranti ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu Cocoa Gold dan Golden Black.
P50 Pockets
Bagi P50 Pocket pula, ia menggunakan reka bentuk dwi bulatan ikonik yang terdapat pada siri HUAWEI P50. Peranti ini mempunyai keupayaan lipatan yang lancar, menjadikan penampilan peranti berkenaan ultra nipis serta ringan dengan paparan bersaiz 6.9 inci pada nisbah paparan 21:9.
Tanda harga bagi HUAWEI P50 Pro adalah RM4,199 dan pengguna berpeluang untuk mendapat barangan bernilai RM2,100 jika membuat pra tempahan.
Barangan pra tempahan termasuk HUAWEI Watch GT 2 Pro bersama-sama penukaran skrin dalam tempoh tiga bulan pertama pembelian.
Bermula dari 22 Januari 2022, pengguna boleh membuat pra-tempahan untuk HUAWEI P50 Pocket pada harga RM5,999; manakala HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium boleh didapati untuk pra-tempahan pada harga RM7,299.
Untuk setiap pra-tempahan HUAWEI P50 Pocket yang dibuat, pengguna boleh menikmati hadiah percuma yang hebat bernilai sehingga RM2,700*.
Siapa tak kenal dengan pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa yang sedari kecil lagi sudah menceburkan diri dalam industri seni tanah air.
Walaupun terpalit dengan beberapa isu bersama bekas suaminya sebelum ini, sekali lagi namanya melonjak di sosial media yang ternyata kagum dengan didikan yang diberikan kepada anak-anaknya.
Baru-baru ini menerusi live di laman TikTok miliknya, Fatin Afeefa memberitahu bahawa kedua-dua anaknya iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia dalam proses ingin khatam kitab suci Al-Quran.
Fatin Afeefa pada awalnya menjawab soalan peminat di bahagian komen yang bertanyakan tentang keberadaan anak lelakinya dan dia mendedahkan bahawa kedua-dua cahaya matanya sedang mengaji.
Anak-anak saya sekarang tak ada kat rumah. Diorang pergi mengaji. Pukul 10 nanti baru balik dari waktu Isyak tadi.
Malah, dia juga memberitahu kepada peminat bahawa anak-anaknya terutama Arrian melarang dirinya daripada mengambil mereka daripada tempat mengaji sebelum pukul 10 malam.
Mesti Baca :
Berlumba-lumba Nak Khatam
Ini kerana, kedua-dua anaknya sedang berada dalam proses ingin khatam kitab suci Al-Quran sebelum 2022 berakhir walaupun Fatin Afeefa menegaskan bahawa mereka berkemungkinan tidak sempat untuk berbuat demikian memandangkan baru saja masuk juzuk kesebelas.
Diorang berdua tengah berlumba-lumba nak khatam Al-Quran tahun ini. Sebab itu, dua-dua tak bagi saya ambil balik mengaji awal. Arrian pula sebab Ivy dah lebih beberapa surah daripada dia, jadi dia nak kejar balik.
Dalam pada itu, Fatin sempat mengatakan bahawa dia akan pastikan kedua-dua anaknya menghafaz al-Quran pada masa akan datang selain mendapat ilmu agama secukupnya.
Perkongsian ini telah dimuatnaik oleh seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh. Dia berkata seorang murid pra-sekolah terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer (KM) dari rumah ke sekolah bersama bapanya.
“Motor tak ada, anak pula minat nak pergi sekolah, setiap hari dia teman anak dengan berjalan kaki. 2 km pergi, 2 km balik.”
“Kemudian masa pulang kena jalan 2 km pergi, 2 km balik. 8 km ulang alik jalan kaki semata-mata untuk anak mendapat ilmu.”
Menceritakan kembali kisah motor ditarik.
“Motor si ayah kena tarik beberapa minggu lepas akibat tertunggak empt bulan. Masa itu dia tengah buat job Grab, sumber pendapatan utama keluarga.”
“Lepas hantar barang, dia pergi ke tempat parking motor, motor hilang. Ada broder bagi surat tunggakan beribu jumlahnya. Terduduk si ayah, motor kenderaan utama untuk cari makan kena tarik. Menung panjang jugalah.”
Munurut Mohd Fadli, bapa murid ini tetap hadir ke sekolah untuk Hari Orientasi Tahun Satu ditemani isterinya untuk mendengar taklimat.
“Tak ramai ayah sanggup datang hari orientasi ni. Biasanya wakil kat ibu je, ini dua-dua datang. Bagus semangat si ayah walau dia sendiri tak ada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).”
Bercerita mengenai bapa pada murid tersebut.
“Dia daripada keluarga susah, 10 adik-beradik. Terpaksa berkorban tinggalkan bangku persekolahan di tingkatan 4 kerana keluarga kurang mampu.”
“Hari ini, dia masih berkata pada aku , memang dia suka belajar. dulu dia nak jadi cikgu. Namun nasib kelurganya tidak menyebelahi cita-citanya. Namun dia akan pastikan anak-anak dia dapat pendidikan sempurna,” katanya mengimbas kembali perbualan mereka.
Semangat yang ditunjukkan oleh bapa murid itu membuatkan Mohd Fadli kagum kerana dalam kesempitan, dia masih menjaga hak anak-anak dan mementingkan pelajaran.
Habis program tadi, aku suruh dia tunggu depan pagar sekolah. Aku hantar keluarga mereka pulang. Sebaik dia nak turun aku tahan.
“Abang ikut saya, kakak dan anak naik la rumah.”
Aku bawa ke kedai motor di Batu Caves.
“Bang, nak motor mana?”
“Cikgu nak belikan untuk saya ke?”
Aku angguk kepala. Bergenang terus mata dia.
Menurut Mohd Fadli, bapa murid itu dihadiahkan dengan motosikal baharu SM Sport berharga RM3600.
“Masa pulang tadi, berkali-kali dia ucap terima kasih. Cikgu, saya tak tahu nak balas budi cikgu macam mana. Saya doakan cikgu terus murah rezeki.
“Budi ini bukan untuk dibalas. Budi ini untuk abang kembalikan pada orang lain apabila abang senang sikit di hari akan datang.
“InsyaAllah cikgu. Terima kasih banyak-banyak”.
Dan dia melangkah keluar kereta menuju ke rumahnya dengan pelbagai rasa.
Sebuah motor yang disyukuri dan InsyaAllah membantu menaikkan semula ekonomi keluarga ini.
Terus gigih usaha tanpa tinggalkan doa bang. Solat jangan tinggal. Buat baik pada sesiapa sahaja selalu.
“Sumbangan ini bukan daripada poket saya seorang, doakan semua penyumbang ya.” Tulis Mohd Fadli di laman Facebooknya merujuk pada dana Pertubuhan Kebajikan Dana Kita untuk membantu masyarakat terutamanya yang kurang berkemampuan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.