Migrain yang ‘menyerang’ biasanya boleh dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan tertentu bagi melegakan rasa sakit yang dirasai. Pun begitu, tahukah anda sebenarnya terdapat cara untuk mengatasi migrain tanpa bergantung terus-terusan dengan menelan ubat. Apa caranya dan adakah anda ingin tahu?
Ini sebagaimana yang telah dikongsikan oleh Dr Azima di facebook akaun miliknya. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda meredakan dan menghilangkan rasa pening kepala akibat migrain. Selamat mencuba!
PETUA HILANGKAN PENING KEPALA MIGRAIN
Ads
Ⓐ Memberi perhatian kepada gula di dalam darah
– Tahap jatuh dalam tahap gula dalam darah boleh mencetuskan Migrain kerana ia membawa kepada glukosa dilepaskan ke dalam aliran darah, menyebabkan tekanan darah meningkat. Oleh itu elakkan makanan seperti roti putih, pastri, minuman manis dan gula-gula.
Ⓑ Semak Pengambilan Kafein
– Pengambilan terlalu banyak kafein boleh menyebabkan salur darah sekitar otak menjadi terlalu terhad, yang boleh mencetuskan Migrain yang lebih daripada 300 mg kafein sehari (3 cawan 5 cawan kopi atau segera) boleh menyebabkan masalah. Cuba mengurangkan atau beralih kepada minuman tanpa kafein.
Ads
Ⓒ Minum Air Putih
– Minum antara 1 dan 2 liter air sehari boleh mengurangkan kesakitan dan kekerapan serangan Migrain.
Ⓓ Makan makanan yang kaya dengan magnesium
– Kekurangan magnesium boleh menyebabkan penurunan darah ke otak dan juga mengurangkan gula dalam darah, kedua-duanya memberi kesan kepada serangan Migrain. Makanan seperti sayur-sayuran hijau, tomato, kekacang, bijirin, gandum, kentang, oat, kacang pis dan tambahan yis mengandungi banyak magnesium.
Ads
Ⓔ Yoga
– Yoga juga boleh melegakan kekejangan pada leher dan bahu untuk mengelakkan berulang lagi simptom Migrain.
sumber : Dr Azima
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cuba sekarang ini kita pergi ke dapur dan buka peti sejuk. Kemudian lihat apa yang kita ‘sumbat’ di dalamnya. Selain stok makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, daging, makanan frozen, susu dan pastinya ada lebihan ubat-ubatan tersusun rapi di dalam peti sejuk. Betul bukan?
Menyimpan lebihan ubat-ubatan ini seakan begitu lazim dilakukan oleh sesiapa pun. Kita merasakan jika ingin dibuang ubat tersebut terasa sayang, dan beranggapan kalau disimpan bermanfaat juga untuk digunakan di masa akan datang.
Tapi tahukah anda sebenarnya ubat-ubatan yang telah digunakan TIDAK selamat untuk disimpan terlalu lama. Ini sebagaimana yang dikongsi oleh Dr Taufiq Razif di dalam Fbnya, semoga memberi manfaat untuk kita bersama.
Biasanya mak ayah ni suka simpan ubat demam Panadol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM dalam peti ais. Bukan seminggu dua tapi kadang kala tu sampai berbulan-bulan pun ada.
Tahu tak bahaya kalau kita simpan ubat demam tu lama sangat? Tahu tak botol ubat tu asalnya diisi dengan udara bersih ataupun Nitrogen di kilang sana. Udara dalam tu memang bebas kuman tapi sekali kita dah buka botol ubat demam tu, udara bersih tu akan keluar dan udara luar yang mengandungi fungi, bakteria dan wap air ni akan masuk.
Lagi satu, bila kita simpan ubat dalam peti ais proses kondensasi akan berlaku dan wap air akan terbentuk dalam botol ubat tu. Wap air tu tidak ada bahan pengawet sepertimana ubat yang memang ada bahan pengawet jadi bakteria mudah membiak dalam botol ubat tersebut.
[su_highlight background=”#d9edd1″ color=”#d41941″]Berapa lama je boleh simpan?[/su_highlight]
Sebenarnya tak perlu simpan pun. Bila anak demam lagi, ambil je ubat yang baru. Tu lagi selamat tapi kalau nak simpan juga jangan lebih 2 bulan ye. Lebih bahaya lagi kalau kita simpan lepastu kita lupa dah berapa lama ubat tu kita simpan. Bila anak demam je terus bagi ubat lama tadi. Aduh! Bahaya!
Kalau suhu masih bawah 37.5 c tu tak perlu pun ubat demam. Banyakkan minum air ye. Kalau selesema sikit-sikit tu banyakkan makan buah buah-buahan je. Belajar berjimat cermat sikit bab ubat-ubatan.
Sumber : Taufiq Razif (Dr Taufiq Razif)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Agak lama rasanya kita tidak dapat berjumpa orang tersayang sambil bersalaman dengan mesra. Bukan itu sahaja, banyak perkara sebenarnya yang membuatkan kita sudah terlalu rindu untuk melakukan perkara-perkara yang biasa dilakukan sebelum adanya wabak Covid-19 ini.
Namun sehingga detik ini, tidak nampak lagi bayang untuk kita semua bebas melaungkan kejayaan dalam melawan musuh senyap yang digeruni ini. Apatah lagi bila melihat angka kes kian bertambah, nyata pastinya perjuangan kita semua masih panjang lagi!
Tinjauan ke halaman fb Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah telah berkongsi fakta berkenaan fasiliti kesihatan dan gambar-gambar bagi memberi gambaran jelas keadaan sebenar kepada umum.
Ini perkongsian beliau dan sama-sama lah kita hayati dan ambil serius untuk memutuskan rantaian Covid-19.
Menurut statistik yang dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan, kadar penggunaan katil rawatan kritikal / ICU COVID-19 terkini di Lembah Klang secara purata keseluruhan telah mencapai 90 peratus pada pagi 2 Mei 2021.
Sebanyak enam (6) buah hospital yang mempunyai katil rawatan kritikal / ICU dikhususkan untuk merawat pesakit COVID-19 didapati telah melebihi ambang amaran (alert threshold) kadar penggunaan katil melebihi 70 peratus iaitu Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang di mana ada di antaranya telah pun menghampiri 100%. Manakala Pusat Perubatan Universiti Malaya pula melaporkan penggunaan katil rawatan kritikal / ICU COVID-19 pada kadar melebihi 50 peratus.
Hospital Sungai Buloh yang beroperasi sepenuhnya sebagai hospital COVID-19 akan meningkatkan kapasiti katil rawatan kritikal / ICU secara berfasa bagi memenuhi keperluan yang meningkat. KKM telah membuat perolehan peralatan perubatan seperti ventilator sejak tahun 2020 lagi bagi membolehkan Hospital Sungai Buloh meningkatkan kapasiti katil rawatan kritikal apabila terdapat keperluan mendesak.
Pembedahan dan prosedur elektif di hospital di sekitar Lembah Klang akan dikurangkan atau ditangguhkan bagi membolehkan lebih banyak katil hospital dikhususkan untuk rawatan COVID-19. Ini juga membolehkan anggota perubatan dimobilisasikan ke tempat-tempat yang lebih kritikal bagi perawatan pesakit COVID-19.
KKM juga akan terus bekerjasama dengan hospital-hospital swasta, pengajar atau universiti di sekitar Lembah Klang bagi meningkatkan kapasiti katil-katil kritikal. Ini termasuk penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 bagi kes dan prosedur tertentu untuk dirawat di hospital swasta dengan kos ditanggung oleh kerajaan pada caj rawatan yang telah dipersetujui. Penyumberluaran ini telah pun dilaksanakan sejak gelombang kedua pada tahun 2020 dan masih diteruskan sehingga kini.
Sekiranya trend peningkatan kes COVID-19 ini berterusan, maka kapasiti kesihatan akan berada pada tahap yang kritikal dan akan memberikan impak yang negatif kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan awam secara keseluruhannya.
Justeru, masyarakat diseru untuk sama-sama membantu KKM dengan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan mematuhi nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan oleh KKM bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini. Tahap pematuhan 100 peratus oleh semua pihak adalah amat diperlukan bagi membantu negara pulih semula daripada kemelut ini.
Turut dikongsikan rakaman video seketika di wad kecemasan yang menempatkan pesakit-pesakit Covid-19 yang kritikal di ICU Hospital Sungai Buloh.
Nasi lemak hidangan yang cukup popular di kalangan masyarakat kita tanpa mengira kaum dan peringkat usia. Hidangan warisan turun-temurun itu adalah diet seimbang dan lengkap kerana mengandungi karbohidrat, protein, lemak, serat serta kalsium.
Namun begitu nasi lemak ‘menu sihat’ ‘perlu mengambil kira kuantiti pengambilan, keaslian bahan masakan dan waktu hidangan. Nasi lemak yang dihidangkan dengan telur, ikan bilis, timun dan santan asli diakui menu paling bersesuaian untuk menjana tenaga manusia.
Faktor utama yang membezakan sama ada nasi lemak adalah makanan sihat atau sebaliknya adalah waktu pengambilan dan kuantitinya. Berikut perkongsian coach Arif Sukri tentang nasi lemak sebagai menu sarapan.
Ya betul. Sebungkus nasi lemak pada waktu pagi tidaklah menjadi kesalahan dalam diet. Apa lagi jika ini sahaja plilihan terpantas untuk mendapatkan sarapan yang ada.
Kalau 2 bungkus pun boleh lagi ke? Ya. Boleh untuk dinikmati sambil menghirup secawan kopi. Sebab pada akhir sekali bukan soal makanan apa yang jadi pilihan. Tapi apakah yang kita makan tadi kena dengan keperluan.
Contoh, dengan kurang satu senduk kecil nasi + ayam sebesar ibu jari ini, anggaran kalori sekitar 250-300kcal sahaja. Masih hidangan yang ok untuk anda ambil jika saiznya masih comel begini.
2 bungkus sekali harung pun masih ok. Tidak ada sayur dalam nasi itu masih ok ke?
Ada lagi ok. Kalau tak ada gantikan sahaja nanti pada waktu hidangan lain. Makanan diet ini sentiasa fleksibel untuk kita atur. Ikut pada jadual dan kondisi kita sendiri. Begitulah.