
Memasak jika kita tahu teknik dan formulanya, masa yang berjam-jam di dapur boleh disingkatkan menjadi beberapa minit sahaja. Itu bukan magic tetapi memang boleh direalisasikan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Nor Izan Mustapa tentang formula untuk merebus daging, kacang hijau, kentang dan sebagainya dengan lebih cepat empuk dan sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api.
Teruja untuk mengetahui lanjut, ini formulanya. Jom Semak.
Jalan-jalan sekodeng rumah orang jumpa pulak satu info ni..cara nak jimat gas…guna tips 5:30:7 dari sis Fah Umi Yasmin…
Rebus 5 minit…Tutup 30 minit…Rebus semula 7 minit. Hakak dah try rebus kentang, keledek, kacang kuda, kacang hijau dan daging…alhamdulillah semua menjadi..
* Tips 5:30:7
– masak air sampai didih
– masuk kacang/daging/keledek/kentang
– biar didih selama 5 minit (kira masa dari mula didih lepas masuk bahan)
– tutup api dan tutup periuk dengan tudung periuk…biar selama 30 minit (jangan gedik-gedik pulak nak intai)
– lepas 30 minit hidupkan api, biar didih semula selama 7 minit (kira masa dari mula didih)
– tutup api
* Tips ni berguna untuk yang tak ada pressure cooker
* Untuk kacang kuda rendam dulu semalaman sebelum rebus…masukkan daun kari, sedikit garam dan gula masa didihkan air…saya tutup periuk sepanjang merebus
* Untuk daging masukkan sedikit minyak dan garam sebelum rebus
* Tips ni boleh guna untuk bahan yang perlukan masa lama untuk merebus – contoh kaki ayam, lontong (saya refer pada post yang pernah cuba)
sumber : Nor Izan Mustapa via MAHN
Tips 3 Hari Potty Train! Ibu Boleh Ikut Tip Yang Dikongsikan Wanita Ini, Memang Berjaya!

Bila anak semakin membesar, mengajar anak untuk potty train atau membiasakan diri membuang air secara teratur tanpa lampin pakai buang memang menjadi satu
kesukaran buat wanita bergelar ibu.
Selain kesabaran yang tinggi, mak ayah juga kena rajin bersihkan dan sentiasa ingatkan anak-anak. Bertanya setiap 15 minit sekali pun bukan perkara mudah
nak dilakukan.
Akan tetapi, inilah yang dilakukan oleh wanita ini, Puan Nora Karim yang mengajar anaknya hanya dalam masa 3 hari sahaja. Satu kejayaan hebat!. Baca tip
dan perkongsian yang ditulisnya di blog peribadinya, dialoguda.blogspot.my. Jom kita ikut caranya. Semoga bermanfaat untuk semua ibu-ibu.
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Alahai… seorang rakan menelefon saya baru-baru ini dan bertanyakan tips untuk potty train anaknya. Saya dengan confident cakap yang saya telah buat satu
entri tentang kejayaan Alisya dalam potty trainingnya dalam masa HANYA TIGA HARI…!!
Kawan saya pula beria-ia kata dia tak baca pun pasal entri yang saya maksudkan tu. Katanya dia hanya baca entri ini dan ini… Eh, ye ke?! Letak je telefon
terus saya godek-godek entri yang dah publish… Eh memang tak de… Terus tekan draft post… cari punya cari akhirnya terjumpa dalam draft… Alahai… kenapalah
saya tak publishkan entri ni? Padahal dah lengkap pun entrinya. Aduhai!

Seminggu sudah berlalu… Alhamdulillah, kini Alisya tidak lagi perlukan pampers di siang hari. Saya cuma pakaikan pampers padanya ketika berjalan dan di
sebelah malam… Yey… memang sakan bertepuk tampar (baca sebagai Hi5) saya dan Alisya…
Sepanjang seminggu ni memang Alisya berjaya untuk buang air di toilet. Bangga?! Mahunya tak bangga…? Ini juga salah satu kejayaan besar untuk saya dan
Alisya… Siapa kata anak yang berusia 2 tahun tidak boleh kencing sendiri di toilet?! Alisya dah buktikan!! (^_^)
Saya nak share, persediaan saya sepanjang “potty training” pada Alisya. Saya mengaku ia bukan perkara mudah… Memang perlukan kekuatan fizikal dan mental
dan saya cuba atasi dengan sebaik-baiknya. Untuk anda yang sudah sedia untuk mengajar anak-anak anda buang air di toilet, ini cara yang saya lakukan:
1. Sebelum menanggalkan pampers, berikan anak anda pendedahan awal tentang membuang air di toilet. Saya mulakan dengan Lagu Potty Training ioo ye keni… Saya pasang, biarkan dia tonton, kemudian menyanyi dan menari bersama-sama… Lakukan berulang kali… Sehingga anak boleh menyanyi sendiri (dengan pelatnya)
2. Ketika mandi, ajar anak anda untuk mencangkung. Kemudian bunyikan “ssyyyhh… ssyyhhh…” berulang kali… Dalam beberapa kali anda lakukan, akan ada sekali dua yang mereka berjaya kencing. Berikan pujian apabila anak anda berjaya kencing ketika mandi.
3. Setelah anda yakin dan bersedia untuk berikan training, maka gulung semua karpet di ruang tamu, bilik atau di mana saja tempat anak anda suka bermain.
(Saya tinggalkan satu tikar di ruang tamu, sebab tikar tu lebih ringan untuk di angkat atau dijemur jika Alisya terkencing di atasnya)
4. Sebagai permulaan, kerap bertanyakan pada anak anda sama ada mereka ingin ke toilet atau tidak. Untuk permulaan tanyakan setiap 10-15 minit… (anda
boleh adjust masa bergantung kepada keadaan anak… apabila mereka semakin biasa anda boleh anjakkan kepada 20-30 minit… sampai ke tahap anda tak perlu
tanya lagi.. tapi mereka dengan sendirinya akan cakap nak ke toilet…)
5. Jangan marah jika anak anda terkencing di mana-mana (anda perlukan kesabaran yang tinggi… sangat-sangat perlu bersabar…) Tidak memakai pampers adalah pengalaman baru bagi anak tersebut… Apa yang saya lakukan, jika cukup tiga kali Alisya terkencing merata-rata, saya akan pakaikannya pampers… kerana saya tahu dia belum bersedia… dan anda boleh cuba lagi sebelah malam atau esoknya. Oh jangan terlalu memaksa, anak juga ada stressnya!
6. Rangsang semangatnya dengan membelikan seluar dalam yang comel-comel… biarkan anak anda sendiri yang memilih seluar dalam kesukaannya. Jadikan seluar
dalam tu sebagai umpan agar anak anda tinggalkan pampers.
7. Jika anak anda tertidur di sebelah siang (ketika dalam training), pakaikan pampers padanya. Kerana mereka masih belum biasa. Lama kelamaan, mereka
boleh tidur siang tanpa pampers.
8. Ini adalah perkara yang sangat penting… Setiap kali anak anda berjaya kencing di toilet… berikanlah pujian, ciuman, pelukan agar mereka rasa usaha
mereka tu dihargai! Atau boleh juga berikan mereka ganjaran… mungkin aiskrim, permainan kesukaan mereka atau apa-apa saja ganjaran lain.
Untuk semua ibu yang membaca entri ini, anda perlu yakin bahawa anak anda mampu kencing di toilet jika anda memberikan mereka pendedahan awal…
Jika anak anda masih belum boleh bercakap, gunakan bunyi atau pergerakan yang mudah ditiru agar mereka boleh menyampaikan mesej bahawa “Saya nak kencing” kepada anda.
Jangan perkecilkan kemampuan anak anda, kena yakin bahawa mereka boleh berjaya dengan usaha dan didikan anda. Ayuh ibu, mama, mummy, umi, mak…
kita boleh!! Chaiyok! (^_^)
Sumber: dialoguda.blogspot.my
Viral Plastik ‘Bungkus’ Kereta, Rupanya Berkesan Guna Waktu Banjir.Wanita Ini Kongsi Pengalaman, Bikin Netizen Kagum!

Siapa sangka, hujan yang tidak berhenti turun sejak 17 Disember lalu telah menyebabkan kejadian banjir di kawasan Lembah Klang. Ramai yang kehilangan tempat tinggal, harta benda musnah.
Dalam pada itu, sudah pastinya banyak kenderaan tidak dapat diselamatkan akibat ditenggelami air. Ketika ini pastinya ramai yang hiba setelah air surut sudah pastinya kenderaan rosak dan berlumpur.
Ekoran banjir yang melanda negara, tinjaun di socmedia mendapati beberapa tip telah dikongsi bagi membalut kereta ketika banjir. Cara berkenaan dikatakan dapat mengelak air memasuki kenderaan. Malah ada juga yang kata ia tidak praktikal.
Sebagaimana perkongsian puan Siti Zulaikha kongsi kisah benar bagaimana kereta ayahnya selamat dari bah banjir. Katanya video yang menjadi viral itu adalah tahun 2014 ketika banjir besar melanda di pantai timur termasuk keluarganya yang di Kemanan Terengganu.
Selanjutnya ikuti perkongsiannya.
Relevan balut plastik untuk lindungi kereta.
Menjawab persoalan netizen, wanita berkenaan menjelaskan bahawa penggunaan plastik itu amat membantu ketika banjir.
Pengalaman tahun 2013 rumah dinaiki air telah menjadi pengajaran kepada ahli keluarga.
Justeru, berbaloi apabila tahu 2014 hingga sekarang jika banjir melanda, harta benda keluarganya selamat.
Malah cara beliau ini membuatkan netizen kagum. Malah ada yang merancang berbuat demikian untuk persediaan banjir kelak.
Sumber: Siti Zulaikha
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Tak Sangka Garam Banyak Manfaat. Ibu-Ibu Cuba Masukkan Ke Dalam Mesin Basuh Dan Lihat Hasilnya.

Garam merupakan salah satu bahan yang sangat penting bagi metabolisme tubuh. Ramai orang menggunakan garam hanya sebagai perasa saja, tapi sebenarnya garam memiliki kegunaan lain yang tak kurang pentingnya. Ramai yang tidak tahu mengenai hal ini.
Ternyata kegunaan garam banyak sebenarnya. Jom baca ni:
♥ Campuran air suling dan garam akan menjadi air saline. Jenis garam seperti ini banyak digunakan hospital untuk infusi.
♥ Mengubati sinusitis. Titiskan pada hidung dengan kandungan air garam untuk meredakan selsema, ini dapat dibeli di farmasi. Atau kamu juga boleh membuatnya sendiri dengan takaran 240 ml (satu gelas) air hangat + ½ sdt garam + ½ sdt baking soda.
♥ Mengatasi gusi yang berdarah. Berkumurlah menggunakan air garam.
♥ Mengatasi jerawat. Campurkan ¼ sdm garam dengan air hangat. Kemudian rendam kapas ke dalam larutan tersebut, lalu tempelkan kapas ke atas jerawat dan biarkan selama 1 minit.
♥ Untuk detoks kulit. Larutkan secawan garam ke dalam tab mandi yang berisi air hangat. Mandi menggunakan air garam ini boleh mengeluarkan racun dari tubuh.
♥ Mencegah rambut putih dan gugur. Selain itu, garam juga boleh mengatasi kulit kepala yang gatal.
♥ Membersihkan pakaian kotor. Campurkan garam ke dalam mesin cuci ketika mencuci.
♥ Untuk menghilangkan minyak pada selimut, gunakan 1 sdm garam. Selain boleh membersihkan, garam tidak akan merosak selimut.
♥ Ketika kasut berbau tidak sedap, taburkan garam ke dalam, maka bau peluh yang tidak sedap akan terserap. Kasut yang diperbuat dari getah, pertama kali boleh direndam terlebih dahulu dengan air garam selama setengah hari. Hal ini membuat kasut menjadi lebih tahan lama dan tidak cepat rosak.
♥ Rendam berus gigi ke dalam air garam panas selama 30 minit, maka hal ini akan membuat berus gigi menjadi tahan lama.
♥ Setiap pagi minum segelas air garam, boleh membantu menjaga kesihatan jantung.
♥ Mengatasi warna stoking kaki yang tidak sama. Masukkan stoking ke dalam air garam panas selama 1 jam. Setelah itu warna akan menjadi sama.
♥ Rendam tuala baru dengan air garam, hal ini boleh mencegah tuala dari terjadinya tahi lalat.
♥ Membersihkan kotoran pada spans yang digunakan untuk mengelap kotoran yang melekat pada kuali. Rendam spans ke dalam air garam selama semalam, keesokan harinya, spans tersebut akan bersih seperti baru.
♥ Mengatasi karat atau efek terbakar pada kuali. Masukkan air dan garam secukupnya, biarkan selama 10 minit.
Sumber : thehealth