Tiada apa yang mampu kita ucapkan terhadap setiap amal jariah yang dilakukan oleh selebriti ini melainkan kata-kata pujian, syukur dan bangga terhadapnya.
Baru-baru Noorkhiriah Ahmad Shapie,l pelakon drama rantaian Nur ini berkongsi melaksanakan fakdu kifayah dengan menguruskan jenazah secara percuma diusahakan bersama suami, Azfaizul Ahtan di bawah Pertubuhan Amal Nur by Khiriah.
“MasyaAllah, seronok tengok muka cik suami. Puas dapat membantu, sayang papa,” demikian kata pujian daripada Noorkhiriah Ahmad Shapie kepada suami tercinta, Azfaizul Ahtan selepas selesai melakukan urusan terhadap tiga jenazah yang tidak mempunyai waris, baru-baru ini.
Meskipun pelakon kecil molek ini berkongsi di laman Instagram miliknya dengan memaklumkan pertubuhan amal diusahanya berjaya menguruskan tiga jenazah tanpa waris yang dibiarkan hampir setahun dalam peti mayat. Nyata mencuri tumpuan warganet.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Tiga jenazah tanpa waris, hampir setahun dalam peti mayat selesai diuruskan siang tadi.
“Alhamdulillah, semoga Allah membalas jasa baik kalian,”tulisnya.
Ads
“Moga dipermudahkan urusan, besar ganjaran buat kalian..”
Meninjau diruangan komen, nyata perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet. Ramai antaranya berterima kasih dan mendoakan agar urusan pertubuhan amal diusahakan oleh Noorkhiriah dan suami dipermudahkan.
“Ya Allah besar pahala kalian @khiriah17 , anda artis yang patut di contohi . Allahu menitis air mata bangga . Moga Allah membalas segala kebaikan untuk kalian😍”
“Allahuakbar… sayu baca. Kesian yang tanpa waris kan? Mudah2an Allah kurniakan setinggi2 ganjaran untuk team mu semua. Insha allah.”
“Tak tahu kenapa bergenang air mata tengok.Tersentuh hati..semoga Allah membalas kebaikan dan ganjaran syurga firdaus buat semua yang telah membantu.Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan akak dan team pertubuhan akak🤲”
Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Push anak belajar banyak benda
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina. Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami. Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setipa minit itu adalah pelajaran. Kebetulan juga kami berdua sibuk dengan kerja, kerana itu saya suka hantar anak-anak ke kelas untuk menambahkan kemahiran mereka.
“Pernah juga mak saya tegur kononnya biarlah anak-anak main tetapi bagi saya pelajaran juga satu corak permainan. Contohnya ke kelas menyanyi, persekitaran tersebut cukup menyeronokkan. Jadi, daripada situ mereka selesa dan seronok untuk belajar. Saya berimpian mahu melihat anak-anak mengikut jejak langkah kami dalam bidang kedoktoran. Kerana itu saya mendedahkan mereka dengan bidang perubatan ini sejak awal lagi.
“Tetapi andai suatu hari nanti mereka mahu memilih bidang lain, saya akur. Tetapi saya percaya jika kita didik dan asuh minda mereka sejak awal ke arah tersebut, maka saya yakin mereka akan menuju ke arah yang betul.
Take a break elak stress
Ditanya mengenai cabaran memiliki anak kembar, jelas Angkasawan negara ini lagi, memang sangat mencabar dan dalam masa yang sama terselit kebimbangan tidak mampu memberi kasih sayang sama rata.
“Memang stress dan kadang kala penat sangat kerana boleh dikatakan 24 jam kami menguruskan anak-anak sendiri. Saya bangun jam 2-3 pagi untuk susukan dan dodoikan anak. Pada saya suami kena banyak berkorban dan jangan harapkan isteri sahaja. Saya lebih suka berjaga malam dan biarkan Dr Halina tidur dan berehat. Pada saya, sebagaimana isteri berkorban begitu juga suami dan kedua-dua kena main peranan.
“Saya selalu pesan pada isteri, kalau penat ambil rehat dengan pergi keluar untuk ‘take a break’ walau hanya 30 minit. Tetapi jarang sebenarnya nak stress kerana penat macam mana sekali pun itu adalah sesuatu yang kami suka lakukan. Lagipun kembar memerlukan perhatian lebih terutama Noah yang agak kecil berbanding Adam. Jadi, dalam diam-diam saya susukan lebih supaya dapat naikkan beratnya dan Alhamdulillah tidak banyak beza kedua-duanya,” seloroh Dato’ Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Anak sekolah aliran Cina
Tidak mahu anak terkena kejutan budaya membuatkan pasangan ini menghantar anak-anak bersekolah lebih awal sedari usia 3 tahun. Bahkan Bella menurut Dato Dr Sheikh Muszaphar lagi sudah mencapai level tahun empat untuk subjek matematik dan Bahasa Inggeris. Mengakui Bella banyak mengikut jejak langkah isterinya terutama bab bergaya, mekap, kasut dan sebagainya, Dato Dr Sheikh juga menghantar anak-anak ke sekolah Cina.
“Saya selesa menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan kerana tidak mahu anak berasa diri ‘besar’ sebaliknya mahu mereka jadi orang biasa yang sentiasa rendah diri. Sekolah Cina menjadi pilihan kerana mahu mereka fasih bahasa Mandarin. Walaupun saya secara peribadinya tidak tahu berbahasa Cina dan terpaksa membuka Google translate apabila mengajar anak-anak, saya tidak kisah kerana bahasa ini amat penting untuk masa depan,”ulas Dato Sheikh Muszaphar.
Parenting satu eksperimen
Mengakui masih baru dalam bab keibu bapaan, Dato Dr Sheikh Muszaphar tidak mengharapkan semua orang menerima kaedah yang dipraktikkannya itu.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza. Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut.
“Keutamaan saya lebih pada keluarga dan bab memberi ceramah masih diteruskan cuma tidak mahu terima terlalu banyak. Soal penerimaan tawaran untuk anak-anak buat masa sekarang kami masih kawal lagi. Kami tidak mahu mereka didedahkan pada bidang komersil dan memilih produk yang bersesuaian dengan anak-anak,”jelas Dato Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui kerjasama dan perancangan awal yang sistematik memudahkan dia dan isteri menguruskan anak-anak baik di rumah mahupun ketika bercuti dan sebagainya.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bersempena ulang tahun kali ke-38, Datuk Lee Chong Wei menitipkan hajat agar semua rakyat Malaysia bersatu hati menentang pandemik COVID-19 serta senario politik Malaysia beransur stabil.
“Hajat hari jadi Chong Wei tahun ni, semoga semua kawan-kawan sihat sejahtera, bersabar dan berhappy-happy, bersama-sama kita kasi tewaskan COVID. Biar tamak sikit tahun special ni, semoga perkhimatan bekalan air negara ditingkatkan, dan kestabilan politik negara.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran,” ujarnya lagi.
Tambah istimewa apabila majlis diraikan dengan sebuah kek istimewa replika dirinya, isteri dan dua anak lelakinya.
Menerusi laman sosial Facebook, Chong Wei berkongsi beberapa keping foto sambutan ulang tahunnya bersama isteri, Datin Wong Mew Choo serta dua orang anaknya, Kingston dan Terrance Lee.
“Birthday tahun ni agak special. Covid datang lagi. Travelling tak dapat. Badminton tak jadi. Party tak lepas. Air paip kering!
“Tapi mungkin sebab itulah minda tenang, dapat saya betul-betul ambil masa menghargai suara anak-anak ketawa. Senyuman isteri. Sembang nakal dengan Mak. Kebahagiaan hidup simple sebenarnya, kan?” tulis Chong Wei menerusi ruangan kapsyen.
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah diibaratkan apabila empat beradik ini direzekikan menjadi tetamu Allah serentak.
Memetik laporan myMetro, empat beradik tersebut tidak menyangka dapat merealisasikan impian mereka sejak sekian lama menjadi tetamu Allah, apabila terpilih untuk menunaikan ibadah haji bersama-sama pada tahun ini.
Meluahkan kesyukuran, Siti Norsaliana Abu Khalid, 35, berkata ia adalah rezekinya bersama tiga adik-beradiknya iaitu Muhammad Saffuan, 34, Siti Norkhariah, 27, dan Muhammad Syahid, 18, selepas mula menabung sejak 2008 dan mendaftar haji pada tahun yang sama.
Malah suami Siti Norsaliana iaitu Mohd Zamzuri Ali, 36, dan adik iparnya Siti Analiza Mak Tapin, 34, turut sama menyertai mereka untuk mengerjakan ibadah haji itu.
“Saya ada seorang lagi adik yang juga menerima tawaran menunaikan haji pada tahun ini, tetapi dia baru melakukan pembedahan lutut dan terpaksa menolak tawaran tersebut.
“Ibu dan ayah juga dapat tawaran tunai haji, tetapi disebabkan mereka pernah menunaikannya sebelum ini mereka menolak dan ingin memberi peluang kepada orang lain,” kata anak sulung itu kepada Bernama di sini, hari ini.
Siti Norsaliana yang menetap di Taman Kobena, Senawang berkata dia bersama adik-beradiknya berasa terkejut dan gementar, selepas menerima surat untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu pada April lalu namun mengakui teruja dengan segala persiapan sudah dilakukan sejak Aidlfitri lalu.
Jelasnya, dia pernah menolak tawaran untuk mengerjakan ibadah haji kali pertama pada 2020 namun disebabkan berfikiran masih muda ditambah Covid-19 melanda dunia ketika itu, Siti Norsaliana terpaksa menangguhkannya.
“Saya berasa amat sedih ketika tahun tersebut, mungkin niat ketika itu tidak betul jadi saya pujuk hati dan pujuk suami… mungkin ini jalannya dan Alhamdulillah rezeki datang pada tahun ini,” katanya.
Siti Norsaliana berkata mereka dijadualkan berlepas ke Tanah Suci Mekah pada tengah hari esok dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sumber : myMetro
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!