“Hutang mesti dibayar.” Begitu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju terus memberikan diskaun sehingga 15 peratus bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Tambah beliau lagi ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat semalam, diskaun itu akan bermula hari ini selama lima bulan, iaitu sehingga 2023 sehingga 31 Mac 2024.
Beliau berkata, ia adalah selari dengan usaha kerajaan untuk membina sikap tanggungjawab dalam kalangan pelajar.
“Hutang mesti dibayar. Bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam, Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN,” katanya berkongsi.
Pemberian kadar diskaun adalah seperti berikut: * Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman. * Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran. * Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual
Ads
Tambah Perdana Menteri lagi, inisiatif diskaun yang dibahagikan kepada tiga kadar yang berbeza itu bertujuan bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam.
“Pertama, diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman. Kedua, diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
Ads
“Ketiga, diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual,” katanya.
Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Tak semua orang memiliki peralatan dapur yang lengkap. Ada yang hanya membeli peralatan utama sahaja bagi mengelakkan pembaziran. Contohnya oven, ianya hanya selalu digunakan apabila musim perayaan sahaja.
Namun apabila musim perayaan tiba, oven atau ketuhar seakan satu keperluan memandangkan ramai yang ingin membuat biskut raya untuk dihidangkan kepada para tetamu, memberi buah tangan kepada sanak saudara dan rakan taulan juga untuk kudap-kudap sendiri.
Penggunaan oven ini ada kalanya merisaukan juga kerana bimbang bil elektrik akan melambung. Malah ada yang hanya menggunakannya setahun sekali sahaja. Bila tiba masa untuk menggunakannya, tiba-tiba rosak pula.
Anda tak perlu risau kerana tak semua biskut raya memerlukan oven untuk membakar. Malah kebanyakkan biskut yang menjadi kegemaran adalah yang tidak dibakar.
Jadi tak perlu risau atau pening kepala kerana ada 11 jenis biskut raya yang anda boleh buat tanpa perlu menggunakan oven bakar. Mudah sahaja dan pastinya raya anda kali ini masih meriah dengan pelbagai jenis biskut raya dan juadah.
1.CORNFLAKES MADU TANPA OVEN
Bahan-bahan
-cornflakes 1 kotak besar (nestle)
-5 sudu besar madu
-5 sudu besar susu pekat
-250g buttercup
-5 sudu besar gula
-1 sudu kecil esen vanilla
-papercup secukupnya.
Cara-cara
-Masak dalam kuali sederhana besar, buka api perlahan sahaja.. Masukkan buttercup dan terus masuk semua bahan, kecuali cornflakes.
-Jangan tuggu buttercup cair baru nak masak semua bahan-bahan.. Nanti tak menjadi..
-Kacau sampai sebati.. Sudah mendidih tutup api..dan biarkan sejuk atau agak suam.
-Jangan risau adunan tidak akan pekat.. Dah sejuk masukkan sekotak nestle cornflakes ke dalam. (api jangan buka)
-Isilah ke dalam papercup, atur dalam talam kecil dan masukkan ke dalam peti sejuk dalam 10 minit, boleh dihidangkan.
-Kalau ikut betul-betul resepi ni biskut anda akan ranggup dan tak lemau.
2.RESEPI ALMOND CRUNCHY CHOCOLATE 2 BAHAN
Bahan -bahannya :
-Badam (terpulang nak guna yang jenis hiris panjang @ slice)
-Coklat masakan
Cara- cara :
1. Bakar badam tu dulu (untuk bagi crunchy). Saya bakar almond tu dengan suhu 150°c masa 20 minit (bergantung pada oven masing-masing ye). Untuk yang tiada oven boleh sangai atas dapur (sangai tanpa minyak) dengan api sederhana dan sejukkan badam.
2. Cairkan coklat dengan kaedah double boil.
3. Bila coklat dah cair dan sejuk sikit, boleh masukkan badam yang dibakar tadi, gaul sampai sebati. Pastikan semua badam bersalut coklat.
4. Masukkan badam kat dalam paper cup kecil. Boleh guna sudu kecil. Selepas tu susun dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais kat bahagian sejuk beku selama 5 minit. Siap!!
3.BISKUT RAYA TANPA BAKAR COKLAT
Bahan-bahan
BAHAGIAN CHOCOLATE BALL
– Butter : 200 gram
-Serbuk koko : 120 gram
-Susu Pekat : 100 gram
-Biskut Marie : 300 gram
BAHAGIAN COATING
1. Chocolate compund (Dark chocolate) : 200 gram
Cara – cara :
BAHAGIAN CHOCOLATE BALL
1. Cairkan butter ..Api slow. Dah cair tutup api. terus masukan bahan-bahan susu pekat dan serbuk koko ..panas-panas tu kacau sampai sebati. Microwave pun sama. Dah cair butter tu..masukan bahan lain tadi kacau sebati.
– Hancurkan 300 gram biskut marie. Jangan pakai biskut lain nanti rasa kurang kick.. Hancurkan dulu awal-awal sebelum step pertama tadi.
-Masukkan biskut yang dihancurkan ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati.
-Bentukkan campuran tadi kepada bentuk bulat dengan menggunakan tangan. Setkan sejam dalam peti.
-Lepas tu buat lubang di tengah-tengan biskut yang telah siap ..boleh guna apa apa sahaja janji ada lubang kecil kat tengah.
– Masukkan nutella ke dalam lubang yang dibuat dengan menggunakan piping bag.
– Setkan ke dalam peti selama 10 minit-20 minit
BAHAGIAN COATING
– Cairkan 200 gram dark chocolate. Nak manis pakai milk chocolate.
– Salutkan biskut tadi dengan dark chocolate tadi ke atas biskut dengan menggunakan sudu.
– Hias ikut kreativiti anda or boleh pakai chocolate flakes.
– Biarkan coklat kering mengikut suhu bilik.Bila kita sentuh di tak melekit.
-Biskut sudah sedia untuk dimakan dan boleh letak kat luar je. Senang kan. Memang sedap tau.
1. Cairkan butter dan biarkan sejuk (panas pun boleh guna senduk masa gaul)
2. Sangai tepung (goreng tanpa minyak) sehingga kekuningan
3. Gaul tepung, butter & gula (saya guna brand CSR sbb lebih halus)
4. Adunan sebati baru masukkan nestum dan gaul
5. Bentukkan adunan bulat-bulat @ ikut suka
6. Gaulkan dengan susu tepung. Siap
– Gulungkan kulit popia dgn menggunakan lidi sate/ kayu chopstick. Di hujung gulungan sapukan sedikit air supaya melekat. Tujuan guna lidi sate ni untuk memudahkan proses menggulung. Dah siap tarik dari lidi sate.
– Ulang proses sehingga selesai atau jumlah yang diingini.
– Setelah selesai, potong kulit popia memanjang.1 gulungan potong jadi 8. Ikut selera.
– Kemudian anginkan seketika kulit popia. Dalam 15 min.
– Goreng hingga keemasan.
– Panaskan coklat coin double boil.Saya guna separuh milk choc dan separuh dark choc.
– Dah cair, masukkan kulit popia yang telah digoreng tadi. Masukkan juga kekacang kegemaran. Gaul sebati.
– Seterusnya sudukan ke dalam cawan biskut. Taburkan manik hiasan. Siap!
6. POPIA COKLAT
Kulit popia
Coklat Beryls (milk compound)
Nestum/badam
Cara-caranya
1.Setiap keping kulit popia dipotong jadi 6 bahagian. Gulung comel2 & letak gam. (Tepung gandum +air bancuh pekat)
2.Biarkan sekejap (rehatkan gulungan sampai dia keras sikit untuk kekalkan bentuk popia tu bulat). Lepas tu goreng.
3.Double boilkan coklat Beryls & celup popia yang dah goreng tadi. Salut dengan nestum atau badam sangai pun sedap. Simpan dalam bekas kedap udara. Nak best simpan dalam peti ais.Siap!
7. BISKUT KACANG
Bahan-Bahan:
Badam Cincang
Coklat Masakkan nak lagi sedap guna coklat milk
Cara Membuat :
1.Sangai (goreng tanpa minyak) badam hingga masak/keperangan pastu sejukkan.
2.Cairkan coklat secara double boiler
3.Satukan badam yang telah disangai tadi dengan coklat
4.Gaul rata kemudian masukkan dalam paper cup
5.Masukkan dalam peti ais biarkan keras.
6.Pastu bolehla simpan dalam bekas kedap udara
P/S:Boleh tabur coklat rice yang warna warni tu kat atasnya,bagi nampak berseri lagi.
8. BISKUT RAYA TANPA BAKAR COKLAT NESTUM OREO
Bahan-bahan
Coklat
Nestum
Oreo
Planta
Cara-cara
1. Cairkan coklat n planta. Guna kaedah double boiler a.k.a mengukus. Masak air dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian letak bekas (yana guna periuk) berisi coklat. Tunggu hingga coklat cair masukkan planta. Gaul sebati.
2. Masukkan nestum dan oreo dalam 1 plastik. Tumbuk dengan batu lesung bagi hancur.
3. Gaulkan coklat, nestum dan oreo dalam 1 bekas.
4. Masukkan dalam papercup. Boleh taburkan nestum, manik-manik warna atau apa-apa je untuk hiasan.
5. Masukkan dalam peti ais selama 5 minit atau hingga keras. Kemudian keluarkan dan masukkan dalam bekas kedap udara. Letak dalam suhu bilik.Siap!
1.Campur semua dan bulatkan macam bola
2.Golek ke dalam nestum @ kacang tumbuk, nak lagi sedap..golek dalam badam cincang…
3.Saya guna kacang tumbuk jer…
4.Simpan dalam peti sejuk setengah jam…
5.Adunan ni boleh dapat 40 biji biskut
10. KUIH MAKMUR BISKUT RAYA TANPA BAKAR
Step A
600gm tepung gandum (digoreng tanpa minyak hingga gebu)
1 ½ cawan minyak sapi
1 cawan gula icing (ayak dulu ek)
Bila tepung dah sejuk, satukan semua ni dan gaul hingga sebati. Adunan nanie tak terlalu keras, tak terlalu lembut tapi boleh di kepal atau dibulatkan. Semua guna tangan je, tak payah guna mixer. Nanie timbangkan 10gm tepung ni. Siap step 1.
Step B
500gm kacang tanah (nanie guna yang dah siap kisar beli dari kedai bahan kek. Ni baki nanie buat biskut Mazola)
200gm gula kastor
70gm Pure Butter
-Gaulkan semua ni sampai boleh dikepal dan bulatkan. Then sukat guna 1 sudu teh rata tau, lepastu kepal atau bulatkan. Jadi semua nampak sama saiz dan cantik nanie suka buat cecantik.
-Okay, bila dah ada 2 step ni, ambil tepung yang dah di timbang 10gm tadi.. Leperkan dan masukkan inti kacang yang dah di cetak bulat-bulat tadi. Pastu tutup dan gentel macam kita nak buat pau ke kan. Kalau nak buat bentuk daun lonjongkan sikit. Ambil penyepit nak sepit tart dan sepit lah ala-ala urat daun. Kalau rasa tak nak, buat bulat pun okay.
-Susun atas loyang yang dah di sapu shortening atau letak paper. Nanie bakar guna api atas bawah. Suhu 160°c. Tapi akak-akak boleh ikut suhu oven sendiri yer. Dalam setengah jam nanie tau dia dah masak.
-Macam mana nak tau dah masak? Nanie bau kacang yang dah digaul pure butter tu di bakar dalam masa 30minit tu tau.. Bukan bau tepung dibakar. Memang lemak sangat bau dia.. Cuba try test.Dah masak, keluarkan dan biarkan bebetul sejuk. Ikut step ke 3.
Step C
200g susu tepung ( tak kisah apa, nanie beli kat kedai bahan kek. Yang memang nampak kekuningan sebab bebetul lemak)
250g gula aising
Gaulkan sebati dulu semuanya. Lepastu masukkan biskut yang dah sejuk dan golekkan dengan lemah lembut.. Susun dalam bekas.. So, Biskut Makmor Gebu dan inti penuh is Donee.
11.CHOCOLATE CORNFLAKE PEANUT BUTTER CLUSTER
Bahan-bahan
150g / 5 cawan cornflakes
350g / 2 cawan dark chocolate. Saya guna brand Beryls. Milk pun boleh
125g / setengah cawan smooth peanut butter
Optional:
Setengah cawan almond/ kacang cincang
Cara-cara
– Panaskan chocolate + peanut butter guna kaedah double boiling
– Bila semua cair, tunggu sejuk sikit
– Masukkan cornflakes + kacang kisar
– Gaul rata & sudukan masuk dalam paper cup
– Letakkan gula hiasan atau lebihan kacang tadi
– Masukkan dalam peti ais bahagian chiller dalam 10 minit
– Keluarkan dari peti ais & simpan dalam bekas kedap
Hari konvokesyen sememangnya saat paling istimewa bagi setiap mahasiswa yang berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah dan biasanya diraikan bersama keluarga dan orang tersayang.
Bagaimanapun kita hanya mampu merancang dan adakalanya perancangan itu tidak kesampaian.
Sebagaimana dikongsikan Ayeesha Hisham, 25 menerusi Instagram, dia terpaksa meraikan hari bahagia itu tanpa kehadiran keluarga tersayang.
Video linangan air mata ketika membuat panggilan video bersama ibu tersayang pada hari konvokesyennya Julai lalu cukup menyentuh hati netizen.
Ayeesha berjaya menamatkan pengajian dalam bidang psikologi di Universiti Bangor, United Kingdom.
“Kejadian ini berlaku dalam masa kurang dua bulan sebelum mama meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru yang didiagnos pada Mac.
“Ia merupakan hari penuh dengan emosi bagi saya. Saya menunggu dua tahun untuk majlis istimewa ini tetapi tiada seorang pun daripada ahli keluarga boleh datang sebab mama tengah sakit.
“Pihak universiti membuat pengumuman mereka mengadakan majlis itu beberapa hari selepas kami tahu mama sakit. Dia berkeras memaksa saya untuk pergi,” ujar Ayeesha.
Untuk rekod sepanjang pengajian Ayeesha belajar secara hibrid dengan mengikuti pembelajaran di rumah dan hanya menghadiri kuliah secara fizikal selama enam bulan terakhir di universitinya.
Bagaimanapun Ayeesha bersyukur apabila teman lelaki serta ibunya hadir memberi semangat pada hari graduasi berkenaan.
Bercerita lanjut, Ayeesha berkata keadaan ibunya yang tidak menentu pada ketika itu membuatkan dia berasa takut untuk berjauhan walaupun untuk beberapa hari.
“Tapi mama sentiasa minta saya pergi untuk hari konvokesyen. Tak kira apa pun.
Ayeesha menamatkan pengajian dalam bidang Psikologi Universiti Bangor, sebelah utara Wales.
“Saya akhirnya memutuskan untuk pergi apabila tahap kesihatan dia bertambah baik pada pertengahan Mei. Tetapi apabila kesihatan dia merosot semula pada Jun, saya kembali rasa teragak-agak untuk pergi,” katanya lagi.
Difahamkan ibu Ayeesha meninggal dunia sekitar September lalu.
Mengenai video yang dikongsikan di media sosial baru-baru ini, Ayeesha berkata ia merupakan momen paling bermakna dan akan diingati sampai bila-bila.
“Waktu itu mama tak ingat di mana saya berada, jadi saya terpaksa jelaskan perkara itu setiap kali saya bercakap dalam telefon dengan dia.
Ayeesha (tengah) bersama Arif dan ibunya.
“Tetapi panggilan singkat saya dengannya selepas saya terima ijazah saya ini terpahat di minda dan hati saya. Saya senang hati apabila perbualan menerusi panggilan video (VC) ini saya berjaya dirakamkan.
“Saya rindukan senyumannya. Saya rindukan dia sangat. Semoga Allah merahmatimu dan menempatkan mama di syurga tertinggi. Saya sayangkan mama. Al-fatihah,” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut.
Risiko cip gagal dibaca untuk SARA RM100, JPN galak orang ramai ganti MyKad lebih 10 tahun. MyKad bukan sekadar kad pengenalan biasa. MyKad merupakan dokumen penting yang menyimpan pelbagai maklumat peribadi dan digunakan dalam pelbagai urusan rasmi harian.
Ramai rakyat Malaysia dah mula semak keadaan MyKad masing-masing sejak kebelakangan ini. Tapi jangan panik atau terus serbu kaunter JPN hanya untuk semak kad. Langkah pertama, semak dulu tanda-tanda kerosakan pada kad anda.
*Kad tidak dapat digunakan untuk urusan rasmi seperti perbankan atau pengesahan identiti.
Jika anda dapati mana-mana masalah di atas, barulah perlu pertimbangkan untuk buat permohonan gantian.
Anda tidak perlu beratur panjang di JPN jika ingin membuat gantian MyKad. Ini langkah yang boleh diikuti:
2. Layari laman web rasmi JPN di https://www.jpn.gov.my untuk buat temujanji atau permohonan dalam talian.
3.Bawa dokumen penting seperti:
*Kad pengenalan asal (jika masih ada)
*Laporan polis (jika hilang atau dicuri)
4.Bayaran caj gantian dikenakan mengikut jenis permohonan:
*Kerosakan biasa: RM10 – RM100
*Kehilangan kad: RM100 ke atas bergantung kepada bilangan kali hilang
Kalau MyKad anda masih elok, jaga dengan baik supaya tak perlu keluar duit untuk buat gantian. Ini beberapa tip penting:
*Simpan MyKad dalam dompet atau casing keras.
*Elakkan terkena haba seperti tinggal dalam kereta yang panas.
*Jangan simpan kad bersama objek tajam seperti kunci.
*Elakkan membengkokkan kad atau meletak dalam poket belakang.
*Jangan gosok atau cuci cip dengan bahan kasar.
Jimat masa dan wang dengan menyemak sendiri keadaan MyKad. Kalau rosak, jangan risau, proses gantian mudah dan boleh dirancang. Kalau masih baik, jagalah kad dengan betul agar tak perlu berulang kali berurusan dengan JPN. Semoga info ini membantu!