Setahun lalu, sambutan hari lahir Uwais meriah apatah lagi ada ibu di sisi. Namun kini, insan tersayang sudah pergi buat selama-lamanya.Pastinya cukup perit untuk dizahirkan dengan kata-kata. Menginjak ke usia 10 tahun, putera sulung hasil perkongsian hidup Allahyarham Siti Sarah dan Shuib tampak cukup kuat dan tabah.
Biarpun sambutan hari lahir kali ini disambut secara sederhana tanpa ibu di sisi, namun adanya ayah dan ahli keluarga lain melengkapi hari-hari abang kepada tiga adik ini.Perkongsian Shuib bersempena hari lahir anak sulungnya itu nyata menyentuh hati warga maya.
“Selamat Ulang Tahun kelahiran yg Ke-10 sayang daddy Uwais Al Qarni.Yer tahun lepas dgn Ibu,tahun ni ibu takde tapi ibu akan tetap dgn kita smpi bila2.“Ingat pesan Ibu,jadi orang baik,jadi org yg punya Hati yg baik.InsyaAllah daddy akan selalu dgn Uwais,Kita sama2 jln ok.InsyaAllah,Semoga Allah memberikan yg terbaik utk Uwais,Jadi anak Soleh Dunia dan akhirat.” Demikian titipan kasih seorang ayah buat anaknya.
Perkongsian Shuib mendapat respond dari warga maya. rata-rata turut menitipkan ucapan buat uwais.
fadbocey Selamat hari lahir anakanda Uwais,semoga sentiasa dalam rahmat Allah,dipermudah urusan,jadi anak yg soleh dan bahagia dunia akhirat 🤲🏻🤲🏻❤️❤️🎉🎁🎂🎊
shahdeqna24Selamat hari lahir uwais semoga membesar menjadi anak yang soleh,yang baik dan sentiasa dalam lindungan allah😍
ieta8117Semuga Uwais jadi anak yg soleh …abg long yg baik bole tolong daddy Jaga adik2 ya
elin_kamaruddinAamiin…Happy bday Uwais. Kenang ibu di dlm setiap doa Uwais. Taat dan dgr ckp Daddy, Atok dan Makder. Syg dan jaga adik2. Moga Uwais sentiasa di dlm rahmat, lindungan dan kasih syg Allah. Aamiin…
Sebelum ini tular di media sosial apabila waris berkongsi gambar ayah mereka yang juga dikenali sebagai Pakcik Ibrahim yang dikatakan hilang di Makkah ketika mengerjakan umrah. Difahamkan juga isterinya terpaksa berangkat pulang ke Malaysia tanpa suaminya itu.
Terkini, kesan viral dan izin Allah, pakcik yang dikenali sebagai Pakcik Ibrahim yang dikatakan hilang akhirnya ditemui, berkat doa semua.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ini kisahnya..
Kisah Pak Ibrahim yang hilang 9 hari di Mekkah..
Salah siapa? Tiada yang salah malah ianya menyatukan kita untuk bersama sama membantu. Pak Brahim sangat sihat dan beliau waras seadanya.
Al kisah, nama saya dan para sahabat di tagged di dalam facebook yang mana hampir setiap hari pencarian kami di sekitar Mekkah. Selalunya sehari dua kami dapat dah cari tapi kisah ini agak lama sedikit. Rupa rupanya pak brahim berada sebelah kami sahaja!!!
Nak jadikan cerita, hari ni jemaah saya checkout untuk pulang ke tanah air di mekkah hotel. Dalam kesesakan, sahabat saya selaku mutawif kumpulan ustaz Nabil Alkhred lalu di kawasan sebelah hotel Mekkah Tower di sekitar burung merpati untuk ke tempat bus. Asbab peka dan niat membantu, ustaz nabil nampak kelibat Pak Brahim sedang duduk di tembok situ. Petugas lain pula sedang sibuk menguruskan check in.
Rezeki keadaan Pak Brahim, Allah jaga beliau dengan sangat baik. Pada hari kehilangan, menurut Pak Brahim, dia terjatuh dan kepala dia terhantuk dengan penghadang jalan di kawasan itu.
Dan menurut beliau lagi dia hilang ingatan sebentar sampai tak ingat katanya. Selepas 3 hari, beliau perasan hp pula abis batteri. Jadi Pak Brahim tunggu sahaja di kawasan merpati itu untuk di selamatkan. Ironicnya pak brahim kata, pak brahim sembahyang seperti biasa sahaja dan kelihatan sangat bersih. Duit beliau pun masih ada seperti sediakala dan beliau kata tido di bawah bumbung kawasan bus itu. Beliau sendiri tak tahu dah 9 hari kehilangan. Rasa macam baru sesat sahaja.
Jadi petugas kami maklum, makanan sekitar pak brahim banyak sangat kerana ramai orang sedekahkan makan kepadanya. Maka pak brahim ini di jaga sebaik mungkin di Tanah Haram .
Pak brahim sihat sangat walaupun dikatakan ada kencing manis. Seronok dia kata dapat bercakap dengan orang Malaysia. Cuma ade kesan di muka sedikit asbab terjatuh terkena penghadang jalan. Apa apa pun pak brahim dalam keadaan yang sangat baik.
Ok pihak kami pun dah hubungi sahabat agensi untuk dipulangkan jemaah mereka. Insyallah jika apa apa yang perlu kami bantu, akan kami bantu. Buat masa ini kami sedang beralih membantu 2 jemaah terkandas asbab keluarga sakit masuk hospital dan 1 lagi jemaah yang nak balik asbab di tipu pihak Travel tak bertanggungjawab. Kita bantu mana yang boleh kerana kelak rezeki Allah sangat besar.
Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama ustaz nabil yang menjadi hero menemui pakcik brahim. Semoga bantuan kami ini menjadi asbab meringankan bebanan dan kerinduan keluarga ini.
Siapa yang tak kenal Dato Aliff Syukri yang merupakan usahawan kosmetik terkenal dengan pelbagai kisah menariknya yang sering menjadi perhatian ramai.
Baru-baru ini, sempena kelahirannya, suatu majlis kejutan sempena meraikannya hari jadinya telah diadakan oleh isterinya.
Menerusi Instagram, ibu Aliff Syukri iaitu pengasas produk Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim, memuat naik video memaparkan sekitar majlis kejutan hari jadi anak lelaki kesayangannya yang ke-32.
Bagaimana tahun ini, sambutan hari jadinya lebih bersifat sederhana dengan alunan zikir anak-anak tahfiz dan nyanyian nasyid daripada penyanyi Hafiz Hamidun berbanding tahun lepas bertemakan Bollywood yang dihadiri beberapa artis popular.
Kepada Dato Aliff Syukri, diucapkan selamat ulang tahun yang ke-32 tahun Dato Aliff Syukri, semoga tahun ini dibukakan lagi pintu rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik, bahagia disamping keluarga tercinta.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Datuk dan nenek yang menjaga cucu bukan sahaja kehidupan mereka tidak kesepian tetapi dalam masa yang sama hidup jadi lebih positif. Pada musim cuti sekolah, ramai ibu bapa yang menggunakan peluang ini untuk membawa anak-anak mereka pulang ke kampung halaman masing-masing.
Mungkin ada yang datang menziarahi ibu bapa mereka di kampung selama beberapa hari dan mungkin juga ada yang meninggalkan anak-anak mereka di kampung sepanjang cuti sekolah bagi menemani datuk dan nenek mereka yang kesunyian. Apatah lagi jika datuk dan nenek di kampung itu tinggal bersendirian dan hanya mengharapkan kepulangan anak dan cucu mereka bagi mengembirakan hati mereka.
Adakah anda tahu, hubungan yang wujud antara datuk atau nenek bersama-sama cucu mereka ini sebenarnya memberikan kesan yang amat positif bagi golongan datuk dan nenek ini. Anda ingin tahu apakah rangsangan positif tersebut? Teruskan pembacaan anda ke bahagian yang selanjutnya.
Kembangkan lingkungan sosial datuk dan nenek
Berdasarkan kajian terbaharu yang dijalankan oleh para saintis, datuk dan nenek yang turut terlibat dalam penjagaan cucu mereka adalah kurang mengalami kesepian kerana ia memperluaskan lingkungan sosial mereka. Ini adalah berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap seramai lebih kurang 4,000 orang datuk dan nenek dengan bertanyakan kepada mereka beberapa soalan termasuklah soalan ‘berapa ramaikah jumlah individu yang rapat dengan anda?’.
Berdasarkan hasil kajian tersebut, kajian mendapati bahawa datuk dan nenek yang mengambil berat atau menjaga cucu mereka adalah lebih cenderung untuk kurang merasa kesepian selain mempunyai lebih ramai rakan. Para penyelidik juga mendapati, dengan menjaga cucu akan membantu meningkatkan keyakinan dan harga diri seseorang individu tersebut selain membantu mereka agar berasa muda kembali.
Kaedah kajian yang dijalankan
Kajian ini telah dijalankan oleh penyelidik di Universitatsklinikum Hamburg-Eppendorf, Hamburg, Jerman dengan menggunakan data daripada tinjauan terhadap 3,849 orang datuk dan nenek. Kesemua responden kajian ini telah mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut pada tahun 2014 yang lalu dan mereka mempunyai purata umur 66 tahun. Dalam kalangan datuk dan nenek ini, kurang daripada ⅓ daripada mereka, iaitu hanya seramai 1,125 individu menjaga cucu mereka secara aktif. Daripada jumlah 1,125 individu tersebut, lebih separuh daripadanya adalah wanita dan 80% daripada mereka adalah pasangan yang telah berkahwin dan tinggal bersama dengan pasangan mereka.
Kaedah tinjauan yang terlibat
Responden atau peserta kajian yang terdiri daripada datuk dan nenek ini telah diminta untuk memberikan rate atau penarafan berkenaan seberapa banyak mereka bersetuju dengan pernyataan-pernyataan yang diberikan kepada mereka. Mereka diberikan dengan empat skala, dengan skala keempat adalah skala dengan nilai sangat tidak bersetuju.
Antara pernyataan yang diberikan termasuklah, ‘Saya rindu untuk orang-orang berada di sekitar saya yang membuatkan saya berasa selesa’, ‘Saya sering berasa ditolak’, dan ‘Saya berasa seperti saya disisihkan’.
Skor keseluruhan yang semakin tinggi menunjukkan tahap kesepian dan pengasingan sosial yang lebih tinggi. Bagi datuk dan nenek yang menjaga cucu mereka, purata bagi skor kesepian adalah sebanyak 1.7, dan purata skor pengasingan sosial pula adalah sebanyak 1.6.
Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai peranan dalam menjaga cucu mereka secara aktif, mereka mempunyai purata skor kesepian yang lebih tinggi iaitu 1.8, manakala skor pengasingan sosial pula adalah sebanyak 1.6.
Datuk dan nenek yang mempunyai peranan penjagaan cucu juga mempunyai hubungan dengan lebih seorang individu berbanding daripada mereka yang tidak menjaga cucu mereka. Margin antara kedua-dua hasil kajian ini adalah tipis. Walau bagaimanapun, pakar menyatakan terdapat petunjuk yang menunjukkan bahawa mereka yang menjaga cucu mempunyai kesan positif terhadap diri mereka.
Penjagaan cucu banyak manfaat
Ketua penyelidik, Profesor Eleanor Quirke menyatakan bahawa, membantu keluarga mereka untuk menyeimbangkan pekerjaan dan keluarga dengan menyediakan penjagaan cucu tambahan boleh meningkatkan harga diri datuk dan nenek. Selain itu, ia juga dapat memudahkan hubungan positif yang berterusan dengan anak-anak dan cucu mereka. Profesor Eleanor turut menambah, menjaga cucu juga dapat mengembangkan lingkaran sosial datuk dan nenek selain membolehkan peluang yang lebih lanjut untuk menjalin hubungan dengan ibu bapa atau datuk dan nenek yang lain.
Mengapa penjagaan cucu ini benar-benar bermanfaat untuk datuk dan nenek?
Sememangnya, kajian di atas telah membuktikan bahawa penjagaan cucu oleh datuk dan nenek boleh mengurangkan risiko untuk mengalami kesepian. Selain itu, terdapat juga kajian-kajian lain sebelum ini yang menyokong hasil kajian tersebut dengan menyatakan bahawa ia juga boleh melindungi datuk dan nenek daripada risiko untuk mengalami kemurungan.
Teori ‘role enhancement’ atau peningkatan peranan telah digunakan untuk menerangkan kesan atau implikasi kesihatan dan juga psikologi penjagaan oleh datuk dan nenek ini. Teori ‘role enhancement’ ini mencadangkan bahawa mempunyai pelbagai tugas atau peranan adalah bermanfaat dan menyumbang kepada harga diri seseorang individu yang positif.
Membantu keluarga untuk menyeimbangkan antara pekerjaan dan keluarga dengan menyediakan penjagaan kepada cucu, boleh membantu datuk dan nenek untuk berasa yakin dengan peranan mereka dalam keluarga serta menggalakkan hubungan yang lebih positif. Ia juga boleh mengembangkan lingkaran sosial datuk dan nenek kerana mereka bergaul dengan orang lain yang turut memiliki situasi atau keadaan yang sama dengan mereka.
Walau bagaimanapun, jika datuk dan nenek diwajibkan untuk menyediakan penjagaan cucu yang lebih intensif, mereka mungkin merasa terlalu terbeban dengan tanggungjawab tersebut dan kurang berkemampuan untuk terlibat sama dalam aspek lain dalam kehidupan mereka. Cara ini hanya akan menjadikan tanggungjawab tersebut sebagai satu perkara atau rangsangan yang negatif.
Bagi ibu dan bapa yang mempunyai anak, gunakanlah waktu lapang seperti cuti sekolah atau cuti umum untuk membawa pulang anak-anak anda ke kampung bagi bertemu dengan datuk dan nenek mereka. Ia bukan sahaja memberikan kebaikan secara fizikal dan mental kepada datuk dan nenek di kampung, malah ia turut memberikan rangsangan positif kepada anak-anak anda.
Tetapi, perlu diingatkan juga bahawa penjagaan cucu oleh datuk dan nenek di kampung bukanlah kaedah untuk anda melepaskan tangan daripada menjaga anak-anak anda sendiri. Jangan sesekali menjadikan ibu bapa anda di kampung sebagai hamba atau bibik bagi menjaga anak-anak anda. Berbincang terlebih dahulu bersama mereka, adakah mereka akan berasa seronok jika anak-anak anda tumpang di rumah mereka selama beberapa hari untuk menemani mereka agar ia tidak menjadi beban kepada mereka yang sudah tua.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.