Selalunya, masalah yang kita alami kita rasa bukan berpunca dari kita, tapi orang lain. Betul tak? Tapi sebenarnya kita sendiri yang tak memahami atau salah tanggapan pada individu tersebut. Perkara itu sedikit sebanyak menyebabkan kita sendiri yang rasa stres!
Baru-baru ini Nana Mahazan ada berkongsi tiga “Rules in Life” yang sentiasa diingati oleh abahnya untuk menjadi pedoman dirinya dalam kehidupan untuk sentiasa berasa tenang, senang, dan menang.
Dalam perkongsian di laman Instagram miliknya itu, Nana berkongsi, pertama, seseorang yang mahu menghilangkan rasa tak keruan perlu akur dan tahu bahawa manusia ini bersifat berbeza-beza. Cara pembesaran, persekitaran, pemahaman dan pembelajaran berbeza.
Jadi kita faham setiap orang adalah berbeza, Nana menyoal semula adakah kita akan stress jika orang lain itu tak buat macam apa yang kita mahu? Stress akan berlaku apabila kita selalu fikir kenapa orang tak buat macam mana apa ada dalam kepala kita.
Kedua, Nana berkongsi bahawa usah menjangkakan sesuatu daripada sesiapa. Maksudnya, kita harus menerima apa jua yang berlaku. Ia bagi mengelakkan apabila apa kita jangkakan daripada seseorang itu kita tak dapat, kita takkan sedih dan kecewa. Oleh itu, pengharapan haruslah hanya kepada Allah yang satu. Jadi harus selalu berlapang dada dan berhusnuzon, selain berfikiran baik dan terbuka.
Ads
Sementara point yang terakhir, jangan biarkan orang lain merencana atau tukar mood kita.
Maksudnya jangan biarkan orang lain mudah mempengaruhi kita. Kesimpulannya, jika ketiga-tiga itu berjaya diikuti seseorang itu akan tenang, senang dan menang!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata dapat apa pengisian yang Nana sampaikan. Malah ada juga yang berasa down kembali bangkit semula bila mendengar 3 peraturan dalam hidup yang dikongsikan oleh Nana ini.
Ads
Sumber : Instagram Nana Mahazan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berita gembira yang sekian ditunggu oleh seluruh peminat Neelofa akhirnya terjawab hari ini apabila sah Neelofa dirisik PU Riz.
Rata-rata warganet melahirkan rasa syukur dan teruja dengan khabar gembira ini.
Menerusi laman Instagram peribadinya, Noor Kartini berkongsi catatan yang menyentuh hati mengenai bagaimana bersykurnya beliau kerana aturan Allah pada kehidupan Neelofa sungguh indah sekali.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb .. saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku.. aku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya.. Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much.
Difahamkan selebriti dan usahawan ternama, Neelofa hari ini menerima kunjungan keluarga PU Riz pada Ahad.
Merujuk laporan Astro AWANI difahamkan, kunjungan itu adalah bagi menyempurnakan acara merisik. Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan.
Malah menerusi laman Instagram lofa.page memaparkan gambar-gambar yang jelas mengenai berita gembira ini.
Kenapa takut sangat ni? Tak kanlah nak ke toilet pun nak mama teman. Adik kan pandai pergi sendiri. Ini antara sketsa anak di rumah yang tidak berani dan dimarahi mamanya kerana takut untuk melakukan sendiri. Segala perkara berkaitan ketakutan anak sebenarnya dipengaruhi pelbagai faktor dalaman atau luaran.
Untuk mengetahui lanjut ikuti ulasan oleh Dr. Abdul Halim Masnan, Pensyarah Kanan,Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Faktor-faktor tersebut juga mungkin juga disebabkan perkembangan psikologi anak yang belum bersedia dengan sikap berani untuk mengatasi ketakutan ataupun kurang yakin untuk melakukan sendiri.
Apapun, ibu bapa perlulah bijak menanggani masalah ini dengan segera. Ini kerana jika tidak dibiarkan,lambat laun akan memberi masalah berpanjangan sehingga mereka dewasa seperti masalah keyakinan diri,pemalu, tidak boleh berdikari dan yang paling merisaukan tidak berani untuk melakukan apa saja atas alasan takut.
Antara faktor dalaman diri yg menjadi punca ketakutan adalah seperti; nampak hantu sehingga menjdi fobia, dihukum dan takut² oleh ibu bapa sendiri atau adik beradik tanpa diperbaiki, trauma dengan gangguan seksual atau buli, kesediaan untuk berani yang tidak dipupuk, dan simptom tertentu bagi kanak-kanak istimewa.
Antara faktor luaran pula melibatkan; persekitaran rumah yang agak menyeramkan, kawasan kejiranan yang tidak selamat, fobia ketinggian atau kedalaman, trauma di sekolah sama ada dibuli rakan sebaya atau pernah dimarahi guru.
5 tip dorong anak jadi berani.
Punca-punca tersebut jika ada, ibu bapa perlu bertindak dengan beberapa pendekatan seperti:
Nasihatlah dengan mengatakan adik berani dan segala ketakutan boleh diatasi. Kita perlu berusaha untuk meyakinkan mereka untuk membantu menghilangkan perasaan takut itu dengan mengenal pasti punca takut. Takut gelap mungkin sebab nampak bayang seperti hantu, takut bunyi seram mungkin geseran kayu yg ditiup angin, takut berenang mungkin sebab lemas, semua itu perlu diyakinkan dengan penyelesaian berhemah.
Berilah penghargaan dengan menyatakan bahawa adik adalah adiwira, keberanian sebagai seorang hero dapat mengatasi segala ketakutan. Bimbing mereka untuk sentiasa berani dan berilah penghargaan jika mereka berjaya mengatasinya dengan tenang dan terkawal. Takut tak semestinya lemah, malu tak semestinya mengalah!
Kadang kala faktor rumah yang ‘menghantui’ menjadikan anak takut. Elok juga kalau rumah disinari dengsn cahaya atau warna yang cerah, sentiasa pastikan ruang gelap atau sempit itu dengan cahaya untuk mereka yakin untuk pergi, dan jika ada tikus, cicak atau lipas pastikan ditangkap dan dibuang! Hiasilah dengan rahmah, rumahku syurgaku.
Kadang kala kita yang terlalu mudah utk menghukum mereka seorang penakut tanpa memberi peluang untuk mereka berusaha untuk mengatasi ketakutan. Perubahan memerlukan kesabaran, kesabaran memerlukan ketenangan, ketengangan perlukan sokongan. Jika kita tahu mereka takut, berusaha untuk memberi peluang kepada mreka untuk menanggani perasaan itu dengan amalan membaca doa, menceritakan kisah tauladan spt pahlawan yang berani, serta membuat aktiviti luar yang aktif dan lasak sebagai proses keberanian.
Jika masalah takut itu tidak dapat diatasi atau semakin melarat, berjumpalah dengan pakar untuk melihat simptom itu scara lebih terperinci. kemungkinan masalah tersebut melibatkan masalah neuro dalam otak atau trauma yang teruk disebabkan peristiwa seperti gangguan seksual atau makhluk halus.
Segala ketakutan boleh diatasi sekiranya ibu bapa dapat berperanan dengan sebaiknya sebagai hero dan heroin di hati anak² untuk mereka menjadi berani. Jadikan mereka juga hero seperti kita dan berikan mereka peluang untuk mengatasinya dengan tenteram.
Sumber: Majalah Keluarga, Ideaktiv Sdn. Bhd
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Fish cake sering digunakan dalam masakan seperti menggoreng dan sebagainya. Walaupun banyak jenama fish cake yang dijual di luar sana, namun jika was-was akan status halalnya, apa kata buat sendiri di rumah.
Selain mudah dihasilkan, fish cake homemade juga dapat menjamin kebersihannya. Resipi ini adalah perkongsian seorang pengguna laman facebook iaitu, Tahrunnisah Jali. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
** Untuk isi ikan, anda boleh menggantikannya dengan fish fillet. Tetapi jangan masukkan air kerana dalam fillet sudah mengandungi air. Jadi abaikan sukatan air.
Cara memasak :
Sumber: Tahrunnisah Jali (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di