Baunya mungkin agak hamis jika cara memasaknya tidak kena. Tapi kalau dimasak dengan kaedah yang betul dan resipi bersesuaian hidangan daging kambing ini sememangnya lazat.

Seperti yang kita ketahui daging kambing ini juga antara makanan sunnah yang digalakkan malah ia memiliki banyak khasiat yang tidak terdapat pada daging lembu yang selalu kita makan.  Rasanya yang unik dan tersendiri juga  membuatkan ia  sesuai untuk pelbagai jenis masakan sama ada masakan timur mahupun barat.

Meskipun pelbagai menu boleh dihasilkan dengan daging ini tapi resipi kambing bakar bersama sos lada hitam tetap menjadi pujaan ramai. Bagi yang teringin menikmatinya ini resipinya.

Kambing Bakar Bersama Sos Black Pepper

Bahan- bahan :

4  keping daging kambing yang telah dipotong

½ kiub pati ayam

1 camca besar sos tiram

IKLAN

3 ulas bawang putih ditumbuk kasar

Lada hitam dan lada sulah bersama rempah western – rosmerry, tyme dan oregano

Sedikit minyak zaitun

Cara membuat:

1 Basuh daging kambing dan tos.

IKLAN

2. Ketuk daging kambing tadi supaya menjadi lembut dan tidak liat.

3. Lumurkan semua bahan pada daging kambing  agar menjadi rata dan mesra.

4. Perap sekurang-kurangnya 1 jam.

5. Sebelum dibakar sapu sedikit minyak zaitun supaya  nampak berminyak.

IKLAN

6. Bakar sehingga masak.

Sos Lada Hitam

Cara membuat:

1.     Cencang bawang putih.

2.     Panaskan kuali dengan mentega dan kemudian tumis bawang putih cencang sehingga kekuningan.

3.    Masukkan daun bay,  lada hitam yang dikisar dan masukkan Brown Stok.  Kacau rata dan  masukkan garam dan perasa secukupnya.

4.    Setelah pekat bolehlah dihidangkan bersama sayur dan daging kambing panggang tadi.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI