Memanja dan membelai kulit wajah yang sering dilakukan oleh seorang wanita sewajarnya menjadi antara rutin harian yang perlu dibuat oleh ibu-ibu.
Ini bagi menjamin kulit wajah kekal cantik dan berseri dan sekali gus mengelakkan wajah mengalami pelbagai masalah seperti berjerawat atau pun berjeragat.
Ada banyak cara dan petua yang boleh dibuat untuk menjaga kulit wajah ini. Salah satunya boleh gunakan timun.
Nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian bermanfaat dari Sabrina Shuhaimi ini.
Yang biasa follow tips Sab hapuskan jerawat, mesti tahu salah satu senjata padu kita untuk menentang jerawat iaitu — AIS!
Tapiiii buat ais kiub timun ni lagiii best! Seriusss sapu kat muka, rasa freshhhh yakmat. ? Dah lah jerawat kecut dan parut pudar..muka rasa tegang macam suntik botox riban-riban uolllss!
Nak buat pun senang. 5 minit dah siap! Dannn guna bahan sedia ada kat dapur. Kalau kena beli pun senang nak cari dan MURAHH!
Ads
A. Bahan :
1. Timun
2. Lemon – 1/2
3. Madu – 1 sudu makan
4. Air masak
B. Cara Buat :
1. Hiris timun dan kemudian kisar.
2. Masukkan jus lemon dan madu.
Ads
3. Tambahkan juga air dan gaul rata.
4. Bekukan di dalam peti sejuk.
C. Cara Guna :
Guna pagi dengan malam sebelum tidur. Ambil 1 kiub sapu seluruh muka. Kalau tak banyak masa pagi, tak perlu tuggu muka kering. Lepas sapu ais kiub timun, bilas muka dengan air suam.
Kejutan yang sangat luar biasa. Di tengah-tengah panas didatangi oleh ‘spiderman’ dengan jambangan belon membuatkan pelakon dan pengacara, Ashraf Muslim terkejut bercampur malu.
Menurutnya, dia yang tengah menemani anak-anaknya bermain di tepi pantai terkejut dengan kehadiran spiderman tersebut.
Rupa-rupanya kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi bersepakat membuat kejutan bersempena ulang tahun hari kelahiran Ashraf Muslim.
Berkongsi momen manis tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya, Ashraf berkata dia tidak menyangka kedua-dua isterinya merancang kejutan tersebut.
Ashraf turut menitipkan ucapan terima kasih buat Dayana dan Wan Sakinah kerana sentiasa bersamanya saat susah dan senang.
Pelakon Ada Apa Dengan Dosa itu turut mendoakan bidadari-bidadarinya itu diberikan syurga oleh Allah SWT.
“Terima kasih isteri-isteriku kerana sentiasa bersamaku dalam waktu susah dan senang. InsyaAllah syurgalah tempatmu wahai bidadari-bidadariku…Love both of you mama and ibu.
“Menjadi sungguh surprisenya…Malu kejap tengan-tengah pantai tu. Anyway thank you soo much!,” luahnya pada ruangan kapsyen.
Difahamkan, ketika menerima kejutan tersebut Ashraf dan keluarga sedang bercuti di sebuah pantai peranginan dalam negara.
Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman, di Makkah pada 30 Ogos 2011, sebelum menikahi Wan Sakinah Ahmad Saburi, selaku isteri keduanya di selatan Thailand pada 7 Julai 2013.
Hasil perkongsian hidup dengan dua wanita itu, pelakon berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, Anas Ashraf dan Adam Ashraf.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya kalau kita buat resipi tomyam di rumah mesti tomyam kuah merah bukan? Tapi kalau makan di kedai suka pesan Tomyam Putih memandangkan ada antara kita tidak mahir untuk sediakannya sendiri.
Diakui tomyam kuah putih ini lebih masam dan pedas rasanya, memang enak dan menyelerakan hingga kuahnya akan dihirup hingga licin. Sungguh menyelerakan!
Jadi sesiapa yang ingin mencuba untuk sediakan sendiri, bolehlah ikut resipi yang dikongsikan oleh Eqienura Mokhtar ini. Begitu detail resipi dan langkah demi langkah dikongsikan olehnya.
bahan tumbuk:
5-10 biji cili padi (ikut tahap kepedasan yang diingini)
2 ulas bawang putih
4 biji tomato cherry (tomato besar lebih baik)
bahan titik:
2-3 batang serai
1 inci lengkuas
1 cm halia
5 biji cili padi
3 ulas bawang putih
bahan lain:
udang
sotong
1/2 biji bawang holand
oyster mushroom
cauliflower
daun limau purut
daun ketumbar (optional)
2 biji limau nipis -ambil air perahan
sos ikan
garam
gula (optional)
tomyam poktek: tambah seafood lain seperti lala, ketam, dan hirisan isi ikan siakap.
Nak lagi sedap, guna air rebusan kulit udang. Orang siam tambah gula paste siam sikit bagi manis kuahnya. Ada satu lagi daun yang orang siam letak iaitu daun ketumbar jawa. Agak keras tapi layan je makan tomyam putih kat Bangkok kunyah sekali daun tu.
Cara memasaknya :
1.Sediakan air dalam periuk. masukkan cili padi, tomato, bawang putih yang ditumbuk. biar sampai mendidih.
2.Setelah mendidih terus masukkan bawang putih, cili padi, halia, lengkuas dan serai yang dah dititik. api slow je tak apa. nak masuk awal-awal dengan bahan tumbuk pun boleh takda siapa nak marah eh.
4.Biar kejap lepas tu masukkan sayur. Saya suka cauliflower dengan cendawan oyster. Tak lupa juga kepada cik tomato. Penting tomato ni dalam tomyam sebab dia tambah rasa masam. Elok guna tomato yang besar tu. Masak semua sampai mendidih.
5.Pastikan semua sudah mendidih baru masuk daun limau purut. Kalau masuk awal-awal nanti kuah rasa pahit dan aroma dia hilang. Nak letak akhir sekali pun okay. Lepas ni letak bahan perasa jangan tunggu-tunggu or ralit main phone dah. nanti lembik sayur tu semua.
6.Bahan perasa: yang penting ada ni. Masakan Thai tak sah kalau tak ada sos ikan. Sis masak setengah periuk, letak satu senduk. Lepas tu adjust dengan garam. Sis tak pakai aji. dua ini sudah cukup.
7.Masukkan seafood. Sis tak suka campur seafood dengan ayam/daging. Rasa tak sama. Dalam ini ada udang dengan sotong sahaja. Udang buang kepala, tinggalkan ekor saja.
Kalau nak letak udang besar/ galah/ harimau/ lion king ke apa tak payah buang kepala dan jangan campur seafood lain. Itu rahsia dia, rasa tomyam manis je.
8.Masukkan sotong last sekali. Yang ni dah celur air panas sekejap. Seafood semua letak last sekali sebab senang overcooked. Bila overcooked semua liat keras-ketung. kalau buat tomyam ayam pun sama letak last sekali.
9.Sebelum tutup api, masukkan santan atau susu cair satu senduk. Kacau rata dan rasa garam cukup tak. Kalau tak masin tambah lagi, kemudian tutup api.
10.Tengah tunggu kuah mendidih tadi tu boleh la belah limau nipis 2 biji. Perah airnya. dah tutup api tadi terus curah air limau ni. Tutup periuk okay.
11.Tadaaa! dah siap dah.
Oh ya, sebelum hidang panas-panas boleh letak daun ketumbar. tapi jaga-jaga ye sebab daun ketumbar ni bagi rasa pahit dalam tomyam. Sis letak sikit je. tak letak pun tak apa.
Lebih 80 warga PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) dan anak syarikatnya iaitu Park Here Sdn Bhd, Central Holdings Berhad serta Elit Hartanah PHE Sdn Bhd telah menyantuni seramai 167 orang anak – anak yatim dari empat buah rumah menerusi Konvoi Kembara PRECHATIN X YIDE 2024.
Program ini adalah salah satu inisiatif PREC dengan kerjasama dan khidmat nasihat daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk memberi semula kepada insan memerlukan melalui cara agihan wakalah zakat yang telah diperuntukkan.
“Untuk Kembara PREChatin X YIDE pada tahun ini, RM93,750.00 peruntukan wakalah zakat disalurkan kepada 167 orang anak yatim di empat buah rumah anak yatim dibawah kelolaan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)”.
Pada majlis sama, PREC turut menyampaikan sumbangan melalui peruntukan wakalah zakat berjumlah RM20,000.00 kepada YIDE bagi tujuan pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah” kata Pengurus Besar Kewangan Korporat & Strategi PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Puan Netty Hezreena Abd Malek.
“Tahun ini agak istimewa kerana ini adalah kali pertama PREC berkolaborasi bersama pihak YIDE dalam program kami. Konvoi PREChatin pada tahun ini juga menyaksikan ianya pertama kali dilangsungkan selain dari bulan Ramadan. Kerana bagi kami tanggungjawab menyantuni anak yatim bukan sekadar rutin di bulan Ramadan, namun ianya perlulah dilakukan secara konsisten dan berstrategi. Mereka juga perlu disantuni pada bulan-bulan lain. PREC mengambil tanggungjawab ini dengan mengisi “kekosongan” mereka pada bulan selain Ramadan” tambahnya lagi.
Beliau berkata demikian di majlis perasmian Konvoi Kembara PREChatin X YIDE 2024 yang berlangsung di Pusat Beli Belah SACC pada Rabu lalu.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengurus Besar YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah; Ketua Jabatan Pengurusan Muzakki dan Komunikasi LZS, Khairul Azhan Ahmat serta kakitangan anak syarikat PREC merangkumi Park Here Sdn Bhd, Central Holdings Berhad dan Elit Hartanah PHE Sdn Bhd.
Rumah anak yatim yang disantuni oleh warga PREC pada tahun ini adalah Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Pusat Jagaan Darul Sakinah Angkasa, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu serta Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah.
Pihaknya PREC turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai, barangan keperluan asas dan perkakas elektrik bagi mengurangkan beban perbelanjaan harian selain turut memberikan duit poket kepada setiap penghuni dan penjaga rumah anak yatim tersebut bagi mengekalkan tradisi konvoi kembara tersebut.
Dalam kunjungan tersebut, kakitangan PREC turut mengambil peluang mempererat ukhwah bersama dengan penghuni rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti antaranya ialah sesi bersama maskot, kuiz, sesi bercerita, melukis dan mewarna, menghias rumah, membaiki kerosakan rumah dan memperindah beberapa kawasan rumah seperti mengecat dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nahas ragut nyawa 4 sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam terus mendapat perhatian apabila suspek berusia 19 tahun dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu proses pendakwaan.