Mahukan kulit wajah yang licin dan bebas jerawat akan pasti berhasil andai amalkan petua yang satu ini.
Gunakanlah masker yang diperbuat dengan menggunakan bahan sedia ada di rumah, iaitu tepung beras.
Masker ini telah diamalkan oleh Aisyah dan dia berkongsi kesan yang dirasai diakaun FB miliknya.
Jom kita baca perkongsian tersebut, dan diharap manambah keyakinan anda untuk mencubanya.
HALAU JERAWAT DEGIL
Balik dari kelas haritu, tetiba je muka ni breakout teruk. Kat pipi sampai dagu semua keluar jerawat sampai abang Aisyah pun tegur apesal muka comot naa.
Ads
Jadi Aisyah pun terpaksa la merajinkan diri tepek masker ni kat muka. Ni salah satu masker favorite Aisyah tau. Masker ni bukan setakat senang nak buat, kos dia pun murah yakmat. Aisyah guna tepung beras jek tau.
Aisyah tak ingat la, barapa harga satu bungkus tepung beras ni. Tapi yang pasti harga dia memang murah je. Ni Aisyah simpan dalam esbok sebab nak biar dia tahan lama.
Ads
Cara buat dia senang jek. Korang just amik 1 sudu besar tepung beras kemudian bancuh dengan air mineral atau air tapis. Bancuh dalam 2 sudu besar gitu la. Kacau rata-rata kemudian sapu di muka. Biarkan dia kering kemudian basuh muka bersih-bersih.
Haa senang jek kan. Kalau nak dapat kesan best, korang buat la hari-hari. Serious okey, masker ni memang best yakmat. Jerawat memang cepat kecut pastu yang paling best, kulit korang memang lembut giler. Macam kulit baby.
Tepung beras ni bukan setakat boleh kecutkan jerawat tau. Tapi dia ada macam-macam khasiat lain. Aisyah listkan kat bawah ni;
Ads
– antiaging
– serap lebihan minyak kat muka
– merawat kulit kusam
– hilangkan sunburn
– cerahkan kulit
– lembutkan kulit
– kurangkan gelap bawah mata
– hilangkan parut jerawat
– anjalkan kulit
Tu dia, banyak kan kelebihan tepung beras ni. Siapa yang dah ada tepung beras kat rumah, malam ni korang dah boleh tepek kat muka. Bertambah peloles la kulit korang selepas ini.
Buat ibu yang baru mula nak mencuba menyemai tanaman, ini ada cara yang cukup mudah, praktikal dan menjimatkan untuk dicuba. Umumnya apa yang kita tahu, kalau hendak menyemai benih mesti perlu ada pasu untuk ditempatkan di kawasan teduh sebelum dialihkan ke tanah atau ke dalam pasu bersaiz besar.
Jadi apa kata, sebagai langkah pertama untuk bercucuk tanam di laman rumah, ada baiknya mencuba cara yang dikongsikan oleh saudara Matt Fauzi ini.
“Teknik mudah dan jimat nak mula tanam sayur2. Beli tanah dalam beg besar (rm10) dah boleh tanam sayur sebatas tak perlu beli pasu atau perlukan kawasan luas. potong bahagian atas bentuk kotak, lipat bahagian atas sebagai penutup. setengah jam dah siap semua. Jimat masa dan tenaga utk org muda2 berkebun”–Matt Fauzi
CARA-CARANYA:
1.Bawah plastic cucuk dengan pensil dalam 30 lubang supaya akar serabut dapat turun ke bawah dan tahan lebih lama jika kurang disiram.
2. Pastikan bila potong petak pembukaan atas, ada lebih dalam 2-3 inch dari tepi supaya tanah tak keluar kalau hujan.
Ekstra info :
Dulu sye buat tebung lubang bulat2 dalam 9 lubang satu beg, tapi rasa tak perlu kot, rugi kawasan, boleh tanam pokok rapat2.
Plastic akan mereput dalam 1 tahun, lepas tu guna balik tanah tu, dia akan lebih byk organic matters.
Setiap barang ada nilainya tersendiri. Tidak kepada harganya, tapi kadangkala pada kisah disebaliknya. Nak nak lagi bila barang tu dah lama tapi masih boleh digunakan, tak ke sayang kalau dibuang gitu je? Tapi kalau tak buang, terbiar je. Ahhh dilemanya!
Tak payah nak fikir panjang! Kalau boleh selamatkan lagi tu, apa kata kita ubah suai sikit biar nampak baru dan lebih ikut style masa kini. Barulah sedap mata memandang! Tak gitu? Macam kerusi yang di ubahsuai oleh Shida Abd Hamid ni, tak sangka dari berwajah klasik terus berubah moden. Hebat kan? Jom cuba!
DIY KERUSI LAMA BERWAJAH BARU
Kerusi meja solek lama sy ubah die ke wajah dan penampilan yg baru.semoga bermanfaat
Bahan-bahannya :-
Kerusi lama
cat
span terpakai
kain (lebihan buat sarung bantal anak)
stapler
hot glue gun
Cara-caranya :-
Bersihkan kerusi dari habuk (jika dah lama tak digunakan)
Cat kerusi di bahagian yang anda perlu. saya cat kaki dia je. Tunggu sampai kering.
Ambil span terpakai, gamkan guna hot glue gun di atas kerusi tadi ikut kreativiti masing-masing. Nak guna stapler pun boleh.
Bila gam dah kering, letakkan kain menutupi span tadi, kemaskan menggunakan stapler sama juga mengikut kreativiti masing-masing.
Siap kerusi yang lama kini nampak baru. cantik kan?
Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Terbaru, pasangan ini baru dikurniakan sepasang cahaya mata kembar yang yang diberi nama Sheikh Eusoff dan Shophea Emelia.
“Eusoff dan Emelia merupakan nama yang diberikan untuk anak kembar kami.
“Kami memilih untuk menggunakan awalan E & E. Namanya akan jadi Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia seperti anak-anak kami yang lain,” katanya.
Pada masa sama, Dr. Sheikh turut memanjatkan doa agar kedua-dua anaknya itu akan membesar menjadi seorang soleh dan solehah selain berbakti kepada semua insan.
Terdahulu, Sheikh Muszaphar menimang cahaya mata kelima dan keenamnya selepas isterinya, Datin Dr. Halina Mohd Yunos selamat melahirkan kembar kedua mereka pada 20 November lalu.
Push anak belajar banyak benda
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina. Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami. Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setiap minit itu adalah pelajaran.
“Pernah juga mak saya tegur kononnya biarlah anak-anak main tetapi bagi saya pelajaran juga satu corak permainan. Contohnya ke kelas menyanyi, persekitaran tersebut cukup menyeronokkan.
“Jadi, daripada situ mereka selesa dan seronok untuk belajar. Saya berimpian mahu melihat anak-anak mengikut jejak langkah kami dalam bidang kedoktoran. Kerana itu saya mendedahkan mereka dengan bidang perubatan ini sejak awal lagi.
“Tetapi andai suatu hari nanti mereka mahu memilih bidang lain, saya akur. Tetapi saya percaya jika kita didik dan asuh minda mereka sejak awal ke arah tersebut, maka saya yakin mereka akan menuju ke arah yang betul.
Take a break elak stress
Ditanya mengenai cabaran memiliki anak kembar, jelas Angkasawan negara ini lagi, memang sangat mencabar dan dalam masa yang sama terselit kebimbangan tidak mampu memberi kasih sayang sama rata.
“Memang stress dan kadang kala penat sangat kerana boleh dikatakan 24 jam kami menguruskan anak-anak sendiri. Saya bangun jam 2-3 pagi untuk susukan dan dodoikan anak. Pada saya suami kena banyak berkorban dan jangan harapkan isteri sahaja.
“Saya lebih suka berjaga malam dan biarkan Dr Halina tidur dan berehat. Pada saya, sebagaimana isteri berkorban begitu juga suami dan kedua-dua kena main peranan.
“Saya selalu pesan pada isteri, kalau penat ambil rehat dengan pergi keluar untuk ‘take a break’ walau hanya 30 minit. Tetapi jarang sebenarnya nak stress kerana penat macam mana sekali pun itu adalah sesuatu yang kami suka lakukan” ujar Dato’ Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Anak sekolah aliran Cina
Tidak mahu anak terkena kejutan budaya membuatkan pasangan ini menghantar anak-anak bersekolah lebih awal sedari usia 3 tahun. Bahkan Bella menurut Dato Dr Sheikh Muszaphar lagi sudah mencapai level tahun empat untuk subjek matematik dan Bahasa Inggeris. Mengakui Bella banyak mengikut jejak langkah isterinya terutama bab bergaya, mekap, kasut dan sebagainya, Dato Dr Sheikh juga menghantar anak-anak ke sekolah Cina.
“Saya selesa menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan kerana tidak mahu anak berasa diri ‘besar’ sebaliknya mahu mereka jadi orang biasa yang sentiasa rendah diri. Sekolah Cina menjadi pilihan kerana mahu mereka fasih bahasa Mandarin. Walaupun saya secara peribadinya tidak tahu berbahasa Cina dan terpaksa membuka Google translate apabila mengajar anak-anak, saya tidak kisah kerana bahasa ini amat penting untuk masa depan,”ulas Dato Sheikh Muszaphar.
Parenting satu eksperimen
Mengakui masih baru dalam bab keibu bapaan, Dato Dr Sheikh Muszaphar tidak mengharapkan semua orang menerima kaedah yang dipraktikkannya itu.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza. Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut.
“Keutamaan saya lebih pada keluarga dan bab memberi ceramah masih diteruskan cuma tidak mahu terima terlalu banyak. Soal penerimaan tawaran untuk anak-anak buat masa sekarang kami masih kawal lagi.
“Kami tidak mahu mereka didedahkan pada bidang komersil dan memilih produk yang bersesuaian dengan anak-anak,”jelas Dato Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui kerjasama dan perancangan awal yang sistematik memudahkan dia dan isteri menguruskan anak-anak baik di rumah mahupun ketika bercuti dan sebagainya.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.