Kebiasaanya untuk memasak pulut, terdapat dua cara boleh dilakukan iaitu sama ada ditanak iaitu dimasak di dalam periuk atau pun dengan kaedah kukus.

Pun begitu, bila pulut dikukus dikatakan rasanya lebih berlemak dan enak. Bahkan menurut Nur Baheeta, pulut yang dikukus dijamin tiada lagi pulut melekat di dasar periuk  bahkan cara memasaknya juga cukup mudah dan pasti masak sempurna.

Jadi sempena mood Raya yang semakin dirasai kini, bolehlah kita sediakan hidangan pulut kuning ini dinikmati bersama rendang. Pasti puas hati menikmatinya.

Nak tahu resipinya, ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Nur Baheeta daripada resipi asal Umie Qut .

 

 

“Cara masak pulut kuning style mak saya. Senang dan mudah. Pulut pun cantik je kejadian nya. Tak lembik dan tak terlalu keras. Dijamin tiada lagi kes pulut hangit/melekat di dasar periuk,” ujarnya ringkas.

Jadi bolehlah dicuba memasak pulut kuning yang elok kejadiannya dengan cara dan resipi yang dikongsikan di sini. Selamat mencuba.

Langkah 1 : Basuh dan rendam beras pulut dengan serbuk kunyit. Rendam dari pagi hingga petang lagi elok.

Masak Pulut Tak Berkerak, Puas Makan Hingga Tak Bersisa. Begini Cara Masaknya!

Langkah 2 : Panaskan pengukus. Sebaiknya gunakan pengukus lubang kecil.

IKLAN

Masak Pulut Tak Berkerak, Puas Makan Hingga Tak Bersisa. Begini Cara Masaknya!

Langkah 3 : Kemudian kukus terus beras pulut yang telah ditoskan tadi.

Masak Pulut Tak Berkerak, Puas Makan Hingga Tak Bersisa. Begini Cara Masaknya!

Langkah 4 : Di dalam bekas lain, campurkan 1 kotak santan dengan 2 cawan air, satu sudu kecil garam dan sebatang serai yang telah diketuk.

Masak Pulut Tak Berkerak, Puas Makan Hingga Tak Bersisa. Begini Cara Masaknya!

 

 

IKLAN

Langkah 5 : Kukus pulut hingga terlihat melekat sesama sendiri.

Masak Pulut Tak Berkerak, Puas Makan Hingga Tak Bersisa. Begini Cara Masaknya!

Langkah 6 : Kemudian angkat terus pulut dan masukkan ke dalam bekas yang berisi campuran santan tadi.

Masak Pulut Tak Berkerak, Puas Makan Hingga Tak Bersisa. Begini Cara Masaknya!

Langkah 7 : Gaul sehingga menjadi seperti di dalam gambar di bawah.

Masak Pulut Tak Berkerak, Puas Makan Hingga Tak Bersisa. Begini Cara Masaknya!

Langkah 8 : Kemudian kukus sekali lagi selama 10 minit.

Masak Pulut Tak Berkerak, Puas Makan Hingga Tak Bersisa. Begini Cara Masaknya!

IKLAN

Langkah 9 : Siap dan bolehlah dihidang untuk dinikmati.

Masak Pulut Tak Berkerak, Puas Makan Hingga Tak Bersisa. Begini Cara Masaknya!

Sumber : Nur Baheeta

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Masak Pulut Tak Berkerak, Puas Makan Hingga Tak Bersisa. Begini Cara Masaknya!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI