Siapa sahaja yang tak mengenali penyanyi dan pelakon yang manis bertudung, Nabila Razali. Meskipun sering mendapat komen tentang vokalnya, namun tidak memutuskan semangat pelantun lagu ‘Peluang Kedua’ itu.
Baru-baru ini, tular video di laman Tiktok di mana dirinya sedang membuat ‘house tour’ rumahnya sambil menjawab soalan yang diajukan.
Menerusi video yang tular tersebut, terserlah kecantikan beberapa ruangan rumah Nabila yang berkonsepkan minimalist dan berwarna putih seperti ruang tamu, dapur, tandas dan sekitar tingkat dua rumahnya.
Bagi seorang yang beragama Islam, mandi wajib adalah proses membersihkan diri dari hadas besar bagi menunaikan solat yang sah.
Kita perlu mandi wajib kerana selagi kita berhadas besar, kita tidak boleh menunaikan solat, membaca Al-Quran dan melakukan ibadah lain seperti tawaf dan sebagainya.
Tetapi satu kekangan untuk mandi wajib adalah kesibukan di pejabat dan tiada ruang disediakan untuk melakukannya.
Memetik perkongsian dari Husna Ghani ini boleh anda jadikan rujukan.
Haritu masa belajar kitab safinatun naja, ustaz ada sebut kalau wanita tu dah kering dari darah haid tapi masa tu dia dipejabat yang mana sukar untuk dia mandi wajib ketika itu juga.
Contoh darah kering pada waktu Zohor, dan dia kena mandi wajib untuk solat Zohor.
Tapi di pejabat tiada tempat untuk mandi wajib.
Nak balik rumah sebab waktu rehat sekejap sangat.
Jadi apa nak buat jika tak sempat mandi wajib.
Usaha juga untuk cari tempat mandi wajib untuk solat Zohor.
Tapi kalau memang betul-betul tiada tempat, untuk mandi, maka dia kena usaha untuk tayamun
Tak sempat juga tayamun kita haruslah solat hormat waktu sekali pun masih dalam keadaan belum mandi wajib.
Dan jika waktu Asar pun tak sempat untuk mandi wajib maka sampai sahaja di rumah, dia kena mandi wajib dan seterusnya kena qada solat.
Dalam sesebuah rumah tangga, komunikasi antara suami isteri itu penting. Bukan sekadar soal anak mahupun rumah tangga, namun luahan tentang rasa hati juga perlu. Segala keluh kesah pasangan patut di ambil berat. Usah dibiarkan begitu sahaja kononnya si isteri mahupun suami tidak pernah meluahkan.
Andai mereka tidak berbuat demikian, tak salah jika kita yang bertanyakan, selalu ambil berat baik, tanyakan tentang apa yang mereka lalui sepanjang hari. Biarpun hanya benda yang remeh namun itu akan membuatkan pasangan rasa diri begitu dihargai.
Jangan tunggu sehingga berlaku sesuatu yang membuatkan kita menyesal. Waktu itu sudah terlambat untuk berpatah balik.
Perkongsian saudara Firdaus Mokhtar berkenaan hal ini wajar menjadi pengajaran buat semua pasangan supaya take note tentang pentingnya komunikasi antara suami isteri.
Berbeza dengan klien yang lain, klien kali ini mulakan sesi psikoterapi dengan soalan ke isteri saya.
“Puan dah kahwin?” Dia bertanya.
Klien ini seorang lelaki berusia 45 tahun. Seorang usahawan. Waktu sesi pertama, datang dengan badan yang agak gempal. Dalam rekod perubatan tulis 100kg juga beratnya.
Dia kematian isteri sebulan sebelum dirujuk ke hospital. Dia kerap sakit perut dan doktor diagnos sebagai gastrik. Kerap sakit kepala juga. Migrain.
2 simptom yang sebenarnya menunjukkan pesakit mengalami stress. Jadi doktor terus rujuk unit Psikologi dan kaunseling hospital. Di sini dia bertemu dengan isteri saya.
“Oh saya dah kahwin,” jawab isteri saya.
Klien tadi lantas bertanya lagi, “stress kan berkahwin?”
Isteri saya cuma jawab, “biasalah. Macam tu lah hidup rumahtangga.” Cuba memberi persamaan dengan dia. Lepas itu baru klien tadi buka cerita.
Dia dengan arwah isteri dah berkahwin selama 19 tahun. Dikurniakan 4 orang anak. Yang sulong berusia 17 tahun dan yang paling kecil berumur 10 tahun.
Selama hidup bersama arwah isteri dia tak ada rekod sakit. Pada mata dia, sihat sahaja. Cuma pada 1 malam, isteri dia meninggal dalam tidur. Esoknya baru klien tadi sedar, lepas tengok ada darah keluar daripada telinga dan hidung arwah.
Sebabkan tak ada rekod sakit, post mortem adalah 1 kemestian untuk dapatkan punca kematian.
Keputusan yang keluar adalah pembuluh darah pecah. Doktor kata salah satu sebabnya adalah stress. Sebab dia tak ada sakit lain.
Maka, klien tadi ini buntu. Dia marah dengan diri sendiri.
“Kenapa dia tak bagitahu dia stress? Kenapa saya sendiri tak nampak pun dia stress?” Ini dia ulang entah berapa kali. Menangis dia sepanjang sesi. Air mata yang tak berhenti. Sugul sungguh muka dia.
Dia salahkan diri. Rasa dia suami yang tak pandai menjaga isteri, tak ambil tahu tentang derita isteri. Sampai isteri tak cerita apa-apa dekat dia.
Dia rasa dia tak ambil peduli tentang isteri dia. Rasa isteri sihat sahaja tanpa dia tahu sebenarnya isteri sedang mengalami tekanan.
Akhirnya dia hukum diri sendiri. Tak makan langsung. Minum air sahaja. Itu pun bila dia rasa dia perlu. Tak pergi kerja, tak masuk pejabat. Perniagaan dia tinggal terus.
Yang buatkan isteri saya lebih terkesan, masa sesi kedua, 3 bulan lepas perjumpaan pertama tu, dia hadir dengan perubahan fizikal yang ketara. Berat dia cuma 60kg, hilang 40kg daripada sebelumnya.
Dan untuk sesi kedua ini dia masih lagi bercerita dengan air mata. Perasaan bersalah yang tak hilang dari benak hati dia.
Kawan-kawan sekalian;
Ini yang banyak berlaku dalam rumahtangga kita. Tiada komunikasi. Masing-masing hidup dengan sandaran tanggapan sendiri.
“Sihat je isteri aku tu. Tak ada masalah apa pun.”
“Suami aku tu ok. Balik rumah gelak, buat kelakar, layan anak-anak pun ok.”
Itu yang kita sangka. Tanpa kita sekali sekala bertanya kalau-kalau dia ada masalah yang ingin dia kongsi.
Isteri saya selalu pesan begini;
“Sesekali kita duduk, tanyalah keadaan pasangan. Tentang kerja, tentang kawan-kawan dia dan tentang kewangan dia.
Untuk para isteri pula, luahkanlah bila ada perasaan negatif. Luahkan dengan cara baik. Sekadar berkongsi untuk elakkan perasaan terpendam dan boleh jadi depresi.”
Begitulah sepatutnya. Saling berkongsi cerita. Jadi telinga untuk setiap suara daripada pasangan. Suara hati dia. Itu juga salah satu untuk kita hargai pasangan kita.
Sementara masih ada umur. Sementara dia masih lagi boleh berkata-kata. Kita berkongsilah.
Sekian.
Firdaus Mokhtar, Sendiri pun selalu tak tanya ke isteri. Allahu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu mana tak cemas, hati mana yang tak gusar bila mana anak yang disayangi tiba-tiba ‘hilang’. Namun segala kerisauan lenyap bila menerima berita daripada si anak akan ‘kehilangannya’ itu. Lebih menyentuh hati ibu ini bila mengetahui keberadaan si anak tersebut.
Demikian kisah yang dikongsikan oleh puan Ruhaidini Abd Kadir menerusi laman facebooknya baru-baru ini. Beliau awalnya ingin mengajak bersarapan bersama sempena hari jadi si anak tetapi diberitahu yang anak tiada di rumah kerana sudah keluar dengan rakan-rakannya. Benar! Semalam (15hb Ogos) merupakan ulang tahun Aiman Zaharudin yang ke-21.
Selepas waktu Syuruk semalam, saya mencari aiman untuk sama-sama bersarapan pagi. Namun, dimaklumkan oleh pembantu rumah – awal pagi lagi aiman telah keluar dengan rakan-rakan baiknya; Luqman, Azmil, Harun, Naim dan Manol.
Rupa-rupanya Aiman memilih pendekatan yang berbeza dalam menyambut hari kelahirannya. Dia bersama rakan-rakan meraikan hari jadi dengan membersihkan tanah perkuburan. Membuatkan si ibu hilang kata-kata dek kerana terharu dan tersentuh hati.
Rupa-rupanya, Aiman memilih untuk meraikan hari jadinya pada 15 Ogos 2020 dengan sahabat dunia akhiratnya – membersihkan Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi.
Dari Syuruk hingga selesai Zuhur, Aiman dan rakan karib bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan yang merupakan ‘rumah kediaman’ terakhir kita di dunia yang fana ini.
Saya sebagai ibu yang melahirkan aiman ke dunia ini; hilang kata-kata!
#myaiman #myheart #mysoul
(Man…terima kasih untuk sebuah kasih sayang man yang sangat berharga)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di