Nilai ilmu jangan disamakan dengan gaji dalam kehidupan kita. Ini kerana mempunyai ilmu ini akan mempengaruhi cara kita bertindak dan ‘survival’.

Malah dalam Islam pun menerusi ayat Al Mujadalah ayat 11 ada menyatakan bahawa “Allah akan mengangkat derajat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu di antara kamu sekalian“.

Manakala, “Raihlah ilmu dan untuk meraih ilmu, belajarlah untuk tenang dan sabar.” – Umar bin Khattab

Justeru, ini menunjukkan bahawa ilmu itu penting dalam kehidupan manusia terutama orang mukmin.

Tular mengenai pandangan bahawa pendidikan yang tinggi itu tidak menjamin gaji yang tinggi, membuatkan seorang pakar motivasi, Coach Zaid Mohamad cakna untuk menjelaskan bahawa padangan itu tidak relevan.

Menurutnya, ilmu itu akan mendidik kita untuk belajar mengenai kehidupan. Sekali gus akan memberi impak kepada daya pemikiran dalam membuat keputusan dalam kehidupan termasuk alam pekerjaaan.

Coretan yang sungguh inspirasi untuk kita ibu bapa mendidik anak-anak bahawa ilmu itu penting dalam kehidupan. Jangan jadikan alasan pendidikan rendah mampu menjana pendapatan lumayan.

Sesungguhnya kita adalah khalifah yang harus sentiasa dituntut sentiasa mencari ilmu. Moga jadi inspirasi buat semua.

Ikuti perkongsianya.

Nilai Ilmu Jangan Samakan Dengan Gaji, Cara Bertindak dan ‘Survival’ Pun lain Level. 

“Prinsip saya

Belajar untuk hidup, hidup untuk belajar. Bukan untuk cari kerja.”

IKLAN

Bila kita belajar tinggi sampai degree, polar pemikiran kita berbeza dgn mereka yang tidak alami proses ini.

Class projects akan ajar kita time, resources & people management. Group discussions akan ajar kita toleransi, teamwork dan cara tangani ahli yg toksik.

Malah lecturers yang brutal pun akan ajar kita erti ketabahan dan kecekalan.
Pengalaman saya mengupah dua pemuda jadi Personal Assistant…

Nilai Ilmu Jangan Samakan Dengan Gaji, Cara Bertindak dan ‘Survival’ Pun lain Level. 

Yang pertama tiada degree, perlu disuruh setiap perkara. Even utk kerja mudah spt ambil gambar masa event. Gambar tak kreatif dan dari satu sudut sahaja. Banyak priceless moments terlepas.

Nilai Ilmu Jangan Samakan Dengan Gaji, Cara Bertindak dan ‘Survival’ Pun lain Level. 

Pemuda kedua – student UPM, saya engage part time. Gambar-GAMBAR dia ambik – Masyaallah – segenap angle ada… depan, belakang, atas stage, bawah stage… cemerlang!
Berbeza langit dan bumi dari segi logical thinking, creativity dan proactiveness.

Perlukan bukti lagi? Perkara yg sama berlaku dlm bidang lain spt berniaga, berurusan dgn jiran, bersosial, hatta jadi parents pun. Parents yg ada degree, walaupun full-time kat rumah, cara didik anak dia berbeza…

IKLAN

Boleh nak jadi waiters atau food delivery dll dgn gaji RM2K, malah sampai 5-6K. Tapi sampai bila? Masih puashati ke kita kalau 20 tahun kemudian, gaji tahap sama tapi badan makin tua.

Sedangkan yg ada degree, mungkin gaji kecik di usia muda, tapi akhirnya bijak mengatur strategi mengubah kehidupan.
Sedih kerana masih ada yg berfikiran begini di saat kita menuju menjadi negara maju.

 

Sumber:

Baca Juga: Sebab Jati Diri, Ibu Ini Tak Kisah Anak ‘Travel’ Jauh Naik ‘Train’ Ke Sekolah Dari Putrajaya Ke Kuala Lumpur.

Baca Juga: [VIDEO] “Dah Sampai Panggilannya. Saya Berdoa Mana Yang Terbaik Buatnya.” – Fizz Fairuz Luah Syukur.

Baca Juga: 10 Tahun Akan Datang Harga Durian Menjunam? Pensyarah Ini Tunjukkan Kronologinya.

IKLAN

Trending:“Ni Satu-Satunya Gambar Aki Mat Kilau Lengkap Berkeris, Berbaju Melayu Dan Bersamping .” Cucu Mat Kilau Dedah Perjuangan Kisah Benar.

Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Nilai Ilmu Jangan Samakan Dengan Gaji, Cara Bertindak dan ‘Survival’ Pun lain Level. 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI