Kepada yang gemar mengatakan bawang boleh menghilangkan batuk hanya sekadar letak dalam bilik, sebenarnya tiada fakta yang shahih mengatakan ia benar. Mengikut sumber Public Health Malaysia di laman facebook yang menyediakan fakta mengenai bawang ini patut kita ambil peduli. Moga manfaat.

Persatuan Bawang Kebangsaan US Jelaskan Sebab Hirisan Bawang Tidak Bantu Cegah Penyakit. Baca Sampai Hadam!

Persatuan Bawang Kebangsaan Nafikan Bawang Menyembuhkan Penyakit! Perkongsian santai PHM di petang ahad ini berkenaan tips bawang dihadapan kipas 

 Menurut Persatuan Bawang Kebangsaan (US), tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan fungsi hirisan bawang untuk merawat dan mencegah penyakit.
*Betulll!! Persatuan Bawang memang wujud!

 Untuk makluman, tips yang telah dikongsikan lebih dari 2500 netizen ini berasal dari kepercayaan masyarakat sejak tahun 1500 lagi.

 Pada ketika itu, hirisan bawang diletakkan di dalam bilik untuk mencegah wabak Plague, iatu sejenis wabak penyakit yang menyebabkan kematian hampir 200 juta manusia ketika itu!

 Penggunaan hirisan bawang ini berasal dari teori Miasma, iaitu teori kesihatan purba yang percaya ‘udara kotor’ merupakan punca kepada penyebaran penyakit berjangkit. Masyarakat ketika itu percaya, udara malam merupakan udara yang merbahaya dan perlu dielakkan.

 Teori Miasma telah terbukti TIDAK TEPAT selepas penerokaan sains dan teknologi semakin berkembang. Punca sebenar yang menyebabkan jangkitan penyakit telah ditemui iaitu berpunca dari kuman.

IKLAN

 Selain dari hirisan bawang yang diletakkan di dalam bilik untuk membersihkan udara didalam bilik, amalan popular yang melibatkan penggunaan bawang adalah dengan meletakkan hirisan bawang di dalam sarung kaki dan dipakai semalaman.

Tips ini juga telah dibuktikan dengan kajian saintifik TIDAK berkesan.

Persatuan Bawang Kebangsaan US Jelaskan Sebab Hirisan Bawang Tidak Bantu Cegah Penyakit. Baca Sampai Hadam!

KHASIAT BAWANG

Walaubagaimanapun, bawang merupakan sejenis sayur sayuran yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

IKLAN

 Bawang kaya dengan Flavonoids yang mempunyai fungsi anti kanser dan anti radang.

 Bawang juga merupakan sumber vitamin C yang baik dan baik untuk fungsi imun badan.

 Ia juga baik untuk kesihatan rambut dan kulit. Vitamin c merupakan bahan penting dalam penghasilan kolagen

 Apa yang menarik, dalam satu pengumpulan hasil kajian pada tahun 2010, pengambilan bawang (yang kaya dengan organosulfur) boleh melindungi dari penyakit jantung.

Khasita bawang ini hanya di perolehi sekiranya anda MAKAN bawang, BUKAN meletakkan bawang di kipas ?? 
.
Tips alami untuk merawat batuk dan selsema.

IKLAN

Gejala batuk dan selsema biasanya berpunca dari virus. Untuk jangkitan virus, anda TIDAK perlukan antibiotik.

Berikut kami kongsikan beberapa tips untuk merawat gejala batuk dan selsema secara alami dan telah terbukti berkesan.

– Minum teh dengan limau dan madu. 
– Ambil sesudu madu asli 
– Minuman panas yang dicampur hirisan halia dan madu
.

Adakah penggunaan hirisan bawang sebagai rawatan batuk dan selsema merbahaya?

Selain mengakibatkan bau kurang nyaman dan memedihkan mata, tips menggunakan hirisan bawang untuk merawat gejala batuk dan selsema adalah TIDAK merbahaya.

Fakta dan info kami kongsikan, pilihan sentiasa di tangan anda

SUMBER: Public Health Malaysia
.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI