Petua Ibu Buat Pulut Kuning Lembut Lemak Dan Cantik Berkilat, Guna Bahan Ni Saja. Memang Menjadi Cara Orang Dulu-Dulu!

Share

Asyik masak pulut kuning tapi tak jadi cantik berkilat macam beli dikedai. Bagi yang tidak mahir memasak pulut kuning, pasti pulut tidak akan menjadi. Kadangkala kelihatan warna tak kuning cantik dan rasa pun tak rasa lemak.

Nampak senang tapi hakikatnya proses memasak pulut kuning ni ada caranya. Nak lebih cantik dan berlemak ada petuanya.

Sebagaimana perkongsian petua oleh puan Nasriah Ramli yang mempelajari cara memasak pulut kuning menjadi cantik dan kuning berkilat.

Memasak dengan menggunakan kaedah kukus, sebelum itu, pulut akan direndam bersama asam keping dan kunyit.

“Mak saya yang bagi petua ni sejak saya mula belajar buat Pulut Kuning dulu.”

1.Rendam dengan kunyit dan asam keping

Rendam dgn serbuk kunyit dan asam keping. Selepas 2 jam keluarkan asam keping tu. Biarkn pulut terendam lagi 2 hingga 3 jam.

2.Basuh dan kukus

Bilas dengan air bersih kemudian pulut yang direndam tadi baru dikukus. Untuk kukus, lapik pulut dengan daun pisang atau daun pandan untuk lebih harum bila kukus. Jika tak ada daun pisang atau daun pandan boleh lapik plastik je yang digunting  buat lubang. 

3.Sukatan santan 

2 kg pulut, santan pekat dalam 1.3 kg. Lepas kukus, masuk pulut dan gaul santan dan  kukus semula sehingga masak. 

4. Sedia untuk dihidang

Siap! Cantik berkilat pulut kuning untuk menjamu selera. Makan dengan rendang tambah rasa kesedapannya!

Selamat mencuba!

Sumber: Nasriah Ramli

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

 

IKLAN