Anda semua pasti pernah mengalami situasi di mana kerap berasa lapar. Mulut asyik mahu mengunyah sahaja sedangkan anda baru sahaja makan. Walaupun anda cuba untuk menahan perasaan itu namun akhirnya kecundang juga.
Perasaan lapar sukar dibendung lebih-lebih lagi ia akan mengganggu konsentrasi kerja kita. Walaupun sudah pelbagai cara dilakukan termasuklah makan makanan berat, namun anda masih lagi berasa lapar. Apa yang lebih membimbangkan adalah ia juga punca berat badan anda meningkat.
Rupa-rupanya inilah puncanya perkara ini terjadi.
5 SEBAB KENAPA CEPAT LAPAR
1. Tidak Bersarapan Pagi
Tidak bersarapan pagi juga boleh menjadi punca anda sering berasa lapar. Jadi, untuk pastikan anda berada dalam keadaan yang ok dan perut tidak berbunyi, jangan sesekali abaikan kelebihan bersarapan pagi.
2. Dehidrasi
Kurang minum air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan seseorang itu cepat lapar. Pastikan anda minum banyak air secukupnya untuk tubuh, paling kurang 8 gelas sehari.
Ads
3. Makan Cepat-cepat
Makan terlalu cepat juga boleh mengundang perut lapar. Hormon di dalam tubuh tidak boleh bekerja dalam waktu anda makan terlalu cepat. Anda patut percaya bahawa semakin lama anda mengunyah makanan, maka anda akan berasa kenyang lebih lama.
4. Stress
Stress juga boleh menjadi punca perut lapar dan pada waktu itu, anda pasti akan terasa ingin memakan semua makanan.
5. Kurang Tidur
Ternyata kurang tidur akibat berjaga pada malam hari serta tidak cukup rehat juga boleh menjadi penyebab perut lapar. Disebabkan kurang rehatlah, tubuh susah untuk menghasilkan hormon yang meransang rasa kenyang.
Masa untuk berharga buat wanita yang bergelar ibu. Kadang kala akibat kesuntukan masa, hal penampilan diri jadi ‘biasa-biasa’ aje.
Selain masak nak nak mudah dan cepat, ada juga mahu masa yang cepat kala memakai tudung terutama selendang yang memerlukan masa yang lama untuk mengosoknya.
Akibatnya selendang yang lama dibeli simpan jadi ‘khazanah’. Hanya selesa menggunakan tudung sarung untuk ke mana-mana.
Namun, ada berita gembira buat mak-mak yang super busy, ini tip mudah nak gosok tudung hanya menggunakan alat melurus rambut sahaja.
Hanya beberapa minit sahaja, selendang kelihatan kemas dan tidak berkedut.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini yang menunjukkan cara mudah ‘gosok’ tudung hanya menggunakan alat meluruskan rambut untuk melicinkan bahagian tudung yang berkedut.
Para netizen kagum melihat cara yang mudah dan memberi kara pujian.
Nak cantik kan? So, jangan culas, kena rajin barulah hasilnya memuaskan hati. Nak nak lagi yang sudah bersuami.
Tidak perlu memikirkan bab modal kerana bahan-bahannya sudah ada di dapur anda. Serai, lemon dan hali memang banyak khasiatnya, bukan sahaja dalam masakan, bahkan untuk tujuan kecantikan dan kesihatan diri juga.
Perkongsian dari Noriza Rahman mungkin boleh membantu anda yang ingin cantik dan mantap luar dan juga dalaman.
Nak tahu caranya, jom baca ni.
Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Pepatah yang sudah mangli. Nak buat tu tak susah, tapi yang payahnya nak istiqamah. Betul, kan?
Siapapun suka melihat kecantikan wanita daripada sudut luar fizikalnya, raut wajah yang berseri seri dan ‘figure’ badan yang menawan saja. Namun hakikat sebenar, kecantikan tu terletak pada kesihatan dalaman wanita itu sendiri.
Kan selalu dengar pepatah cantik dalam cantik juga luarnya?
So, untuk kalian semua yang mahu benar-benar cantik di mata suami perlu SEGERA lakukan sesuatu dan sebaiknya jangan pernah culas atau liat untuk mengamalkan minum air rebusan istimewa ini.
Masa balik kampung, ayah bagi seperdu pokok serai. So, alang alang serai, halia dan lemon ada banyak sangat dalam gerobok ni, meqza nak kongsikan kepada kalian khasiat air rebusannya jika diamalkan.
1. Meningkatkan pencernaan dan mengelakkan sembelit
Serai penuh dengan khasiat fitokimia yang membantu meningkatkan pencernaan dan fungsi lain saluran gastrousus. Jadi ianya bersifat menenangkan dan mengurangkan kekejangan abdomen perut. Selain daripada tu, ia juga boleh merangsang reseptor di usus untuk bekerja dengan lebih cekap apabila menyerap nutrien dari makanan.
2. Melegakan senggugut
Wanita yang setiap bulan ada simptom PMS digalakkan sangat amalkan meminum air serai setiap pagi ketika datang bulan. Ianya bukan sahaja boleh bantu hilangkan kesakitan rengat senguggut tu, malahan yang loya mual juga akan tutut hilang.
3. Faedah anti-kanser
Baru-baru ini para saintis di Universiti Ben Guriun melakukan kajian mengenai ciri-ciri anti-mutagen dalam serai. Jumlah citral yang didapati hanya dalam 1 gram serai telah diminum ke dalam teh dan kemudian ditambah kepada sampel sel kanser dan sihat. Sel-sel kanser yang masuk dimusnahkan tanpa membunuh sel-sel yang sihat.
4. Menurunkan tekanan darah
Untuk mereka yang sering ada masalah tekanan darah tinggi, cuba lah minum setiap hari. Selain ubatan hospital, lemon pun boleh bantu mengurangkan masalah hipertensi.
5. Buat yang dah terover STRESS tu, kalian wajib minum. Perghhh! Memang jiwa akan tenteram lahhh.
6. Sebagai diuretik
Selalu tahu lemon sahaja yang berfungsi sebagai diuretik. Eh serai ni pun boleh juga tau. So, kalau bergabung dua ni memang mantoppp lah. Selain tu ia juga boleh bantu meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik.
7. Detoksifikasi
Serai juga merupakan pencegah toksik yang membantu membersihkan buah pinggang, hati, pundi kencing dan pencernaan, dan juga kaya dengan mineral seperti kalium, besi, dan magnesium. Jadi semua organ ni dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan. Besttt kan?
8. Meningkatkan kadar metabolisme
Kita makin berusia makin kurang metabolisma badan. So, halia sangat bagus untuk meningkatkan metabolisme dan membakar kalori. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.
9. Menyokong penurunan berat badan
Antioksidan polifenol yang terdapat dalam lemon pula bantu mengurangkan berat badan pada mereka yang terlebih BMI atau obesiti.
Jika kalian ingin glowing dari dalam, ini adalah resipi air rebusan serai yang bagus ditambah dengan ‘spicy ginger’ serta ‘zesty lemon’ yang memberikan rasa ‘kick’.
Kalian boleh memulakan minuman pagi dengan secawan air rebusan yang hangat atau sejuk untuk diminum sepanjang hari. Memang terasa sungguh kepahitan dan kepedasannya. Tapi, itu lah penawarnya.
Balik kampung dapat banyak serai dan lemon ayah bagi, jadi buat lah air rebusan ni.
Cara penyediannya:
7 batang serai – diketuk (guna 3 batang pun ok)
Halia sebesar ibu jari – diketuk
3 biji lemon – dihiris (kalau takde lemon, boleh ganti limau nipis)
Air dalam 1liter
*Ini meqza bahagikan segelas tu 3 kali minum, bukan sekaligus minum. Kalau tak nak masam sangat cukup 1 biji je, serai sekadar 3 batang.
Sejukkan dan sedia diminum. Sejuk pun sedap! Simpan dalam peti sejuk.
Wajib diminum setiap pagi atau malam. Sebaiknya diminum semasa perut kosong.
Rasanyaaa? Umphhh lah!
Kalau tak boleh nak teguk segelas, man man minum. Rasa nak manis, tambah lah madu sikit.
Masukkan kesemuanya dalam periuk, masak atas dapur api sederhana. Perlahankan api, masak sehingga air dah tinggal agak agak segelas untuk diminum.
Hampas kelapa jika dilumurkan pda bahagian kulit, ia mampu menjadikan kulit terasa lebih halus, lembab, cerah, menanggalkan kulit mati, meredakan masalah kegatalan kulit dan menyelesaikan masalah jerawat dan jeragat.
Mungkin ada yang tidak percaya keberkesanan menggunakan hampas kelapa ini bagi yang belum pernah mencubanya.
Jadi ayuh kita semak beberapa perkongsian daripada rakan fb mengenai kesan yang mereka perolehi setelah mengamalkan petua kecantikan menggunakan hampas kelapa ini. Jom semak!
PERKONGSIAN 1: Sarifa Redzuan II
Okay, resipi yang cikgu nak berkongsi ini boleh digunakan sebagai scrub untuk muka dan seluruh badan.
Bahan-bahannya :
7 sudu besar hampas kelapa
Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit
2 sudu besar gula biasa atau gula perang
1 sudu besar garam halus
2 sudu tepung beras
Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering.
Tara dah siap!
Cara guna :
PERKONGSIAN 2 : Nur Hafizah Sharudin
HAMPAS BUKAN SEBARANG HAMPAS
Memandangkan kerja akak ni dok jaga pokok kelapa, ni akak nak kongsi sikit petua orang dulu-dulu.( errrr…..petua orang-orang lama macam akak ni …hik hik hik…)
Korang pernah tengok tak hampas kelapa? Hampas nyor kata orang Perak.
Masa zaman akak kecik-kecik dulu, selepas je mak akak habis perah kelapa untuk keluarkan santannya, hampas kelapa tu akak simpan… ( kadang-kadang bila mood akak rajin, atau kena paksa, baru akak tolong perahkan…hik hik hik)
Apa guna hampas kelapa ni?
Haaaaaaaaa…..ni yang akak nak bagitahu ni. Bagi yang ada ternakan seperti ayam ke….itik ke….hampas ni akan diberi sebagai makanan tambahan. Bukan main laju je dema-dema membalun hampas kelapa yang masih segar itu.
TAPI….. akak pulak akan gunakan hampas kelapa ini sebagai scrub untuk badan….
Hhhaaaaaa…..Best woo! Cer cuba! Selepas basahkan badan, ambik hampas kelapa tadi, tenyeh satu badan. Selepas itu, bilas dengan air. Perrrggghhh! Korang mesti rasa kulit badan korang licin dan segar. Tak caya? Cuba dulu…..
Ya la kan….Akak ni orang kampung, so akak guna je apa-apa bahan yang ada kat keliling kampung.
PERKONGSIAN 3 : Suzilawani Sidik
HAMPAS KELAPA BUANG DAKI KEPALA BABY
Semalam Sue botakkan kepala baby Aus. Pastu ada daki air di ubun-ubun kepalanya. Pastu teringat tips yang kak ipar Sue bagitau guna hampas kelapa untuk buang daki.
Caranya:
Ambik segenggam hampas kelapa dan letakkan dalam kain tuala kecil. Ikatkan dan boleh gosok kepala baby secara lembut pada tempat yang berdaki tu. Sambil tu ramas sikit kelapa tu bagi ia keluar sedikit air. Dalam masa tak sampai 5 minit daki tersebut akan hilang.
So jimat kan. Guna barangan yang ada kat dapur aje. Tak payah guna produk bagai. Selamat mencuba mommys.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...