Emas adalah penyimpan nilai yang kukuh. Sejak dunia dilanda pandemik Covid-19, ramai sudah menyedari bahawa banyak manfaat memiliki emas.
Tidak tidak hairan jika banyak barangan kemas seperti gelang, rantai mahupun cincin laku keras terjual di kedai-kedai emas di seluruh pelosok di negara ini.
Malah menurut pakar ekonomi, pulangan emas lebih stabil dan juga berfungsi waktu kecemasan. Nyata ia pelaburan berbaloi.
Juga jangan tak tak tahu, dengan menyimpan emas boleh membantu untuk membuat rumah!
Begitulah yang dilakukan oleh Puan Puan Roziah Abdullah berjaya bina rumah dengan simpanan emas beliau. Beliau yang berkongsi kegembiraan itu menerusi sebuah grup emas pada bulan mac lalu.
Ads
Puan Roziah Abdullah bersama keluarga
Simpan emas pun dapat bina rumah
Salam….nk kongsi perasaan sikit kt sini .. Rsa mcm tak percaya lg bakal duduk rumah sdri hasil dr simpan emas ….selalu duk pikir betul ke aku ni…kalau aku tak beli emas dulu-dulu kompom tak kan dapat buat rumah ni lagi dengan keje yang biasa2 je…. Saya buat kuih,suami bawak lori..nak buat loan memang tak kan dapat la… Saya jual hmpir 70 %,saya gadai dalam 30% barang emas saya. Rumah hampir siap . Semua ni dah abis dalam 45k….rumah bajet2 je….tapi Alhmdulillah syukur sangat-sangat. Insyaallah boleh puasa n raya dengan rumah sdri….syukur ya Allah….
Ads
Ads
Ni lah dikatakan simpan emas untuk masa depan. Tahniah puan!
Kita semua tahu kemudaratan garam. Ia akan meningkatkan tekanan darah dan akhirnya menyebabkan masalah kardiovaskular.
Namun kita tidak dapat mengelakkan pengambilannya dalam makanan yang kita makan setiap hari.
Kita meletakkan sedikit garam agar makanan kita menjadi sedap. Tetapi apakah manfaat yang dapat dari pemilihan garam yang terbaik?
Pengambilan makanan yang berproses (makanan yang dibungkus) yang biasa dijual di rak pasaraya besar selalunya mengandungi kandungan garam yang tinggi. Ia telah ada dalam makanan berproses tersebut. Pengambilan garam tambahan sudah tentu akan menyebabkan tahap pengambilan garam (terutamanya sodium) sangat tinggi.
Panduan Kesihatan Eropah dan Ametika Utara mencadangkan orang dewasa tidak mengambil lebih dari 1500 mg sodium setiap hari. Sodium adalah mineral yang menyebabkan rasa masin. Semakin banyak sodium di dalam garam tersebut, semakin masin rasanya.
Sumber garam yang biasa kita perolehi adalah garam laut. Ia dikenali sebagai garam laut (sea salt). Ia boleh didapati dalam pelbagai warna seperti putih, kelabu atau merah jambu. Namun itu tidak penting. Yang penting kandungan dalam satu pek garam tersebut.
Garam laut yang terbaik adalah garam yang kurang diproses kerana semakin lama ia diproses semakin kurang kandungan garam-garam penting di dalamnya. Ia juga sebaiknya tidak dicampur dengan pewarna atau pengawet yang bertujuan untuk mewarnai dan mengekalkan bentuk hablurnya.
Setakat ini ramai yang mengatakan Pink Himalayan Salt adalah yang terbaik. Namun cuba perhatikan kandungan sodium, potassium dan magnesium yang tertulis pada label packagingnya.
Garam Bukit pula adalah garam yang diperolehi dari daratan apabila sumber air dari kawasan perbukitan menjadi kering dan meninggalkan garam pada dasar kolam.
Selalunya garam yang berproses sama ada dari laut atau bukit, akan mengalami kekurangan zat iodine. Iodine sangat penting bagi fungsi kelenjar tiroid dan perkembangan fungsi otak.
Namun begitu sumber iodine boleh diperolehi dari
sayur-sayuran hijau, rumpair laut (seaweed), susu, ikan dari lautan dan garam laut yang tidak berproses.
Secara kesimpulannya garam yang terbaik adalah garam yang mempunyai tahap sodium yang rendah, tetapi masih mengekalkan tahap potassium dan magnesium yang mencukupi.
Semoga bermanfaat.
sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isu melibatkan pengacara Awal Ashaari dengan pihak pengurusan rumahnya menjadi viral baru-baru ini.
Belum reda insiden tersebut,kini pelakon Amar Baharin turut berkongsi masalah yang sama. Menurut suami kesayangan Amyra Rosli ini lagi, dia tidak dibenarkan melakukan aktiviti penggambaran di premisnya sendiri.
“Saya pemilik mutlak rumah itu namun tidak menetap sepenuhnya di situ disebabkan lebih banyak kerja di Kuala Lumpur dan menetap di rumah saya di sana.
“Sebagai pelakon saya sering menggunakan kediaman sendiri untuk penggambaran dan saya akur setiap aktiviti keluar masuk di rumah memerlukan kebenaran pihak pengurusan.
“Tetapi baru-baru ini saya didatangi oleh wakil dari JMB dan meminta bukti kebenaran penggambaran di rumah saya. Wakil saya telah berhubung dengan pengurusan dan mengesahkan kebenaran tetapi JMB tidak berpuas hati dan cuba mencari salah saya,” katanya.
Dalam perkongsian yang dibuat itu, Amar turut mempersoalkan hal dirinya sebagai pemilik rumah berkenaan.
“Apa guna saya sebagai pelakon membeli rumah di kawasan yang tidak dibenarkan untuk buat penggambaran sedangkan itu kerjaya saya dan saya beli rumah tersebut hasil titik peluh sendiri.
“JMB ini bila ada kuasa setahun dah lupa diri… Belum jadi wakil rakyat. Sampai mesyuarat agung tahunan pasti kena tukar,” ujarnya.
Sementara itu, suami kepada pelakon Amyra Rosli ini turut mengingatkan supaya sentiasa mengeratkan hubungan baik dalam kalangan jiran dan bukan hanya mencari masalah apabila diberi kuasa.
“Kita hidup berjiran, fikir macam mana hendak eratkan silaturrahim dan bukan bila ada kuasa di sesebuah kawasan hanya mahu cari salah orang lain.
“Sekarang ini saya rasa beli rumah tapi bukan sepenuhnya milik saya. Ramai nak ambil tahu fasal rumah saya, nasib baik tak ambil tahu hal dalam kain,” jelasnya lagi.
Awal yang juga suami kepada Scha Alyahya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lalu.
Mengikut pertuduhan selebriti itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu.
Ibu bawa anak ke balai Polis, biar jadi pengajaran sebab selalu ganggu rakan sekolah. Oleh kerana anaknya sering menganggu rakan-rakan di sekolah, seorang ibu mengambil langkah drastik dengan membawa anak lelaki berusia 7 tahun ke balai polis.
Suri rumah, Aisyah Hamzah, 42, berkata, tindakan tersebut untuk memberi pengajaran sekali gus mendidik anaknya supaya tidak mengulangi kesilapan sama walaupun sudah ditegur berkali-kali.
“Saya sudah tidak tahu cara lain untuk menyedarkan dia. Sebagai ibu, saya mahu yang terbaik untuk anak saya.
“Saya rasa pengajaran inilah yang terbaik untuk dia belajar dan tidak mengulangi kesilapannya,” katanya.
Tambah Aisyah, dia sering menasihati anak bongsu daripada dua adik-beradik itu, namun kata-katanya tidak dipedulikan walaupun Muhammad Ziqri merupakan murid cemerlang di sekolah.
Aisyah yang mengambil Muhammad Ziqri sebagai anak angkat sejak berusia lapan hari memberitahu bahawa anaknya suka mengganggu murid lain dan sering ditegur guru.
“Cikgu dia memang selalu beritahu saya yang Ziqri suka kacau murid lain, tapi tidaklah begitu teruk.
“Tetapi, hari itu sudah melampau kerana kawannya terjatuh dan dahi terkena bucu meja. Itulah sebabnya saya bawa dia ke balai polis untuk beri pengajaran,” ujarnya.
Ditanya mengenai maklum balas daripada pihak polis berkenaan, Aisyah berkata, itu semua lakonan yang dilakukan semata-mata untuk menakutkan anaknya.
Menurutnya, pihak polis di balai itu juga memainkan peranan untuk memberikan pengajaran kepada anaknya selepas dimaklumkan perkara sebenar.
“Memang banyak kali saya beritahu Ziqri untuk jaga perangai, kalau tidak saya nak hantarnya ke balai polis.
“Sampai saja di balai, saya terus beritahu pegawai itu untuk ‘tangkap’ Ziqri dan mereka pun sama-sama membantu bagi menjayakannya,” tambahnya.
Bagaimanapun, selepas kejadian tersebut, Aisyah memaklumkan bahawa Muhammad Ziqri sudah tidak membuat perangai nakal dan mengganggu rakan-rakan sekelas lagi.
“Alhamdulillah, sekarang dia tak ganggu kawan-kawan lain. Mungkin dia ambil pengajaran dengan apa yang saya dah buat,” katanya.
Selain itu, Aisyah turut menyarankan kepada ibu bapa lain supaya sentiasa sabar dalam mendidik anak-anak terutama mereka yang terlalu aktif.
“Saya faham memang sukar untuk kita jaga anak-anak yang aktif, tetapi setiap anak itu membawa sebuah amanah dan tanggungjawab,” tambahnya ringkas.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.