Sebut sahaja ikan siakap biasanya menu yang terlintas difikiran untuk kita sediakan adalah menu siakap tiga rasa, atau tidak pun menu siakap stim lemon.
Pun begitu apa kata kali ini ikan siakap yang dibeli dimasak Asam Jawa ala Thai yang dikongsikan oleh Suhana Mohd Khalid.
Menurutnya, menu tersebut pertama kali dicuba ketika bercuti di Langkawi. Bila balik rumah, sampai teringat-ingat sebab terlampau sedap.
Bahan-Bahan Tumis:
Bawang merah
Bawang putih
Ads
Halia
Cili padi
Sos tiram
Sos tomato
Gula melaka
Tomato
Air asam jawa secukupnya
Gula
Ads
Garam
Serbuk perasa
Cara-cara Membuatnya:
Lumurkan kunyit, garam dan tepung jagung pada ikan. Goreng sehingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan sementara membuat kuahnya.
Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi.
Tambah sos tiram, sos tomato, gula melaka dan tomato.
Masukkan juga air asam jawa secukupnya.
Ads
Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
Hari kedua berpuasa di bulan Ramadan, sudah tentu ada yang mencari resipi untuk hidangan berbuka puasa.
Bukan sahaja hidangan utama tetapi juga kuih muih menjadi pelengkap berbuka nanti. Boleh rambang mata jika mencarinya di media sosial.
Namun sudah tentu kita mencari resipi yang viral dan dikongsi oleh mereka yang bertauliah dalam masakan, sudah tentu ada rahsia hidangan menjadi lebih sedap dan gerenti jadi!
Sebagaimana perkongsian guru masakan ini, Muhammad Ali menerusi grup Masak Apa Hari Ini, menunjukkan cara bagaimana memasak Agar-Agar Pandan Santan menjadi lebih sedap. Paling penting resipi yang diberikan mudah untuk dicuba!
Jom ikuti resipi ini.
Resepi Agar- Agar Pandan Santan by Mr.Ali. Yang penting sedap, mudah, rasa berlemak
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Bintang Kecil: Sebab tu kita kena selalu bersederhana dalam semua perkara termasuklah ketika berbuka puasa. Ingat tu kawan-kawan makan berbuka jangan banyak sangat nanti nak terawih mengantuk pulak
Saksikan 1001 Malam di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan ini pada jam 6.30 petang bersama pengacara PU RIZ.
Jangan lupa kawan-kawan Bintang Kecil semua!
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil @bintangkecilmy
#BintangKecil #KitakanJuara #1001Malam
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kuih-muih sememangnya antara menu yang wajib ada setiap kali makan terutamanya bulan Ramadan ni. Tak lengkap rasanya berbuka tanpa pencuci mulut atau kuih kan? Dah tak perlu risau sebab kali ini menu lepat jagung sangatlah mudah untuk dibuat.
Resipi lepat jagung yang dikongsikan oleh pengguna profil Facebook, Mas Cotek amat mudah tanpa menggunakan pengukus. Sesuai sangat untuk orang bujang atau pelajar nak masak. Bukan itu je, kalau masak terlebih boleh juga beri pada jiran-jiran terdekat atau simpan dalam peti sejuk sahaja.
“Nak mulang mangkuk piring jiran-jiran opah ni hah. Ni opah habor siap-siap kalau tak de daun kome tuang je dalam citak lompang”.
Lepat Jagung (Tanpa kukus)
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
– Satukan kesemua bahan-bahan, kacau sebati.
– Dengan menggunakan api perlahan masak sehingga pekat/meletup.
– Kacau lagi sehingga adunan kelihatan berkilat dan tutup api.
– Angkat kemudian ambil 2 sdb adunan cedokkan ke atas daun, bungkus ketika masih panas.
– Sejukkan dahulu kemudian baru masukkan ke dalam peti sejuk.
– Sedia dihidangkan.
Cara Lipatan:
– Ceduk 2 sdb adunan letak atas daun pisang.
– Lipat tepi dia sikit (tarik ketepi sikit adunan)
– Lepastu gulung.
– Opah gulung dengan cara pegang hujung dan pangkal kemudian opah pusing-pusingkan. Kena buat dengan cepat proses menggulung ni sebab adunan lepat tu lembik nanti terkeluar pulak dari daun.
– Lipat sebelah kemudian tolak adunan tu bagi padat.
Anda penggemar makanan laut? Salah satunya pelbagai jenis kerang-kerangan tentunya menjadi makanan kesukaan. Pastinya ada waktu tertentu teringin untuk menikmatinya.
Terdapat beberapa jenis kerang-kerangan namu antara yang popular adalah tiram, kupang, kepah, kerang, pepahat, mentarang, etok, sipu sedut dan lala. Semua jenis kerang-kerangan ini menggoda selera untuk segera menikmatinya.
Kerang-Kerangan Di Sungai Genting Kelantan Tercemar
Namun berita terkini daripada Jabatan Perikanan Negeri Kelantan memaklumkan bahawa orang ramai supaya tidak memakan kerang-kerangan yang diperoleh dari perairan Sungai Geting di sini, berikutan kawasan tersebut disyaki telah tercemar dengan serangan alga merah.
Pengarahnya Nazri Ishak mengeluaran arahan bahawa orang ramai dilarang melakukan sebarang aktiviti memungut dan menjual hasil kerang-kerangan seperti tiram, lokan, kepah, lala serta lain-lain, yang diperoleh dari kawasan berkenaan.
“Adalah dimaklumkan bahawa keputusan analisis daripada pihak Makmal Biosekuriti Perikanan mendapati, kerang-kerangan di kawasan tersebut telah tercemar dengan toksin saraf (saxitoxin) daripada alga berbahaya iaitu ‘alexandrium minutum’.
“Akibat daripada memakan kerang-kerangan tersebut boleh menyebabkan keracunan berbahaya serta memudaratkan kesihatan manusia.
Katanya lagi, kawasan berkenaan merupakan lokasi biasa berlaku serangan alga merah ekoran banyak faktor antaranya akibat cuaca panas.
““Kerang-kerangan berfungsi sebagai penapis dan ia akan menapis bahan seperti alga dan jika ditapis sehingga tahap tinggi, apabila dimakan ia boleh menyebabkan keracunan.
“Kita akan buat pensampelan ini setiap minggu hingga keadaan selamat untuk dimakan. Sebagai langkah kawalan kita mengarahkan supaya tidak mengutip kerang-kerangan tersebut, sehingga kerja siasatan selesai dan dijamin selamat,
Pengguna tanya sebelum beli
Dalam pada itu, tidak semua tidak semua kerang-kerangan yang dijual di tepi jalan berhampiran Pantai Geting diperoleh atau dikutip dari kawasan yang tercemar itu.
“Jabatan Perikanan Kelantan sudah melakukan tinjauan dan penjual memaklumkan bekalan kerang-kerangan mereka bukan diperoleh dari perairan Sungai Geting.
Beliau juga menasihati orang ramai bertanya dahulu sebelum membeli kerang-kerangan untuk mengelak sebarang perkara yang tidak dingini.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.