Ayam kampung ni adalah istilah untuk ayam yang tak diketahui asal usulnya. Ayam kampung ni biasanya dipelihara di kawasan luar bandar atau kampung. Biasanya di negara Barat ayam kampung ni diberi gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).
Isi ayam kampung memang lebih keras dan pejal berbanding ayam ternakan biasa. Isinya tak mudah hancur dan kebiasaannya sesuai untuk dimasak gulai atau kuah. Nak masak pon memang mengambil masa yang lama sikit berbanding ayam biasa.
Tapi jangan risau, ada cara untuk lembutkan isi ayam kampung ni….jom kita cuba cara di bawah.
CARA LEMBUTKAN ISI AYAM KAMPUNG
CARA-CARA:
1. Ambil nenas dan potong beberapa keping, kemudian kisar hingga jadi macam jus
Ads
2. Curah nenas yang dikisar tadi ke atas ayam kampung mentah dan gaul rata
3. Biarkan ayam kampung tadi dalam 5-10 minit tapi jangan terlalu lama
Ads
4. Dah cukup masa, bilas bersih dan sedia untuk dimasak
Resipi agar-agar sirap ros selasih, sedap makan sejuk-sejuk. Agar-agar merupakan salah satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya yang manis dan menyegarkan menjadikannya pilihan utama, terutamanya apabila disajikan dalam keadaan sejuk.
Menu agar-agar sangat mudah disediakan dan kos penyediaannya juga rendah kerana hanya menggunakan bahan-bahan asas. Hidangan ini amat sesuai untuk disajikan semasa rumah terbuka atau majlis potluck. Percayalah, satu bekas sahaja pasti tidak mencukupi, lebih-lebih lagi apabila dimakan dalam keadaan sejuk.
Berikut dikongsikan resipi agar-agar sirap ros selasih dalam versi kurang manis, sesuai untuk dinikmati oleh semua.
Biji selasih secukupnya
10 g serbuk agar-agar
80 g (⅓ cawan) gula pasir
2 helai daun pandan – disimpul
1 liter (4 cawan) air
2 sudu besar sirap ros
1.Rendam biji selasih dalam air paip selama 10–15 minit hingga kembang. Bilas dan tapis sebelum digunakan.
2.Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali biji selasih.
3.Masak di atas api sederhana sehingga larutan agar-agar mendidih dan gula larut sepenuhnya.
4.Masukkan kira-kira 1 sudu teh biji selasih ke dalam setiap bekas.
5.Tuang larutan agar-agar panas ke dalam bekas yang telah berisi biji selasih.
6.Biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
7.Sedia untuk dihidangkan setelah agar-agar mengeras sepenuhnya.
USAHAWAN kosmetik terkenal dan pempengaruh Datuk Seri Aliff Syukri, 37, membuat keputusan untuk menarik diri daripada dunia nyanyian.
Menurutnya, beliau berkeputusan sedemikian atas faktor semakin berusia dan sering terpalit dengan isu kontroversi.
Baru-baru ini beliau dikecam hebat kerana mengeluarkan lagu raya yang dikatakan tidak menghormati budaya dan agama sendiri.
“Tahun ni adalah tahun terakhir saya sebagai penyanyi. Tahun ini paling suwey (malang).
“Setiap gerak geri saya dikritik. Kes baru-baru ini juga masih dalam siasatan.
“Sedikit sebanyak, ia memberi tekanan dan penyesalan kepada saya. Jadi, saya tarik diri dan reda,” jelasnya kepada Harian Metro ketika ditemui sewaktu Majlis Rumah Terbuka Terlajak Raya di Glamhall Damansara pada petang Ahad.
Beliau juga menjelaskan bahawa keadaan ekonomi sekarang turut menyebabkan kes samannya mencabar dan memberi kesan kepada emosinya.
Pengunduran beliau dalam dunia nyanyian turut dianggap sebagai pembuka jalan kepada artis-artis baharu nak up (BBNU) untuk menyerlah.
“Tapi, janganlah kerana tak ada lagu, anda lupakan saya.
“Saya sampai bergaduh suami isteri dan bukan gimik. Jujurnya, saya dah putus asa. Mungkin saya dibenci sebagai penyanyi,” sambungnya lagi.
Pada April lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya.
Rakaman percakapan tersebut adalah susulan aduan yang diterima oleh SKMM berhubungan dengan kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik beliau.
Menurut Aliff, video teaser yang dimuat naik itu cumalah prank untuk hari April Fool sahaja. Dia hanya ingin bergurau dengan rakyat Malaysia.
Telefon bimbit dan kad sim miliknya turut disita dan dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut.
Beliau turut mempersoalkan sikap netizen yang lebih gemar dengan ‘content’ (kandungan) yang diciptanya berbanding objektif utama perniagaannya.
Katanya ia secara tidak langsung memaksanya untuk menghasilkan kandungan yang dapat alih perhatian netizen hingga berdepan dengan kritikan dan kecaman.
“Kalau tak ada orang macam kami ini, tak ada ‘monyet’, tak ada ‘kera’ macam kami ini, tak ceria Malaysia,” katanya.
Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu menambah, orang di negara ini lebih gemar melihat kandungan yang bersifat mengaibkan seperti saman, tangkap basah dan sebagainya.
Anda mesti akan berasa kagum dengan seseorang yang boleh mencongak pengiraan tanpa menggunakan calculator lebih-lebih lagi yang tidak bergantung pada mana-mana alatan mahupun kertas untuk melakukan cara pengiraan.
Contohya di kedai mamak, cara pelayan mengambil order dengan hanya mengingat menu makanan yang dipilih pelanggan pasti membuat anda kagum inikan pula yang dapat mengira dengan pantas.
Jika anda berkunjung di negeri Terengganu, anda wajib berkunjung di sebuah gerai yang di usahakan oleh seorang wanita ini. Apa yang menarik selain menu makanan yang sedap adalah cara pengiraan wanita ini yang unik dan pantas setiap kali pelanggan meminta jumlah yang harus dibayar pasti mencuri perhatian anda.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @azman_ngah, lelaki ini bersama ibunya pergi bersarapan di kedai Mak Cik tersebut dan memesan lauk daging, ayam goreng, mi goreng, sebiji telur bersama air milo ais dan teh o ais.
Namun apa yang menarik tumpuan ramai adalah pengiraan Mak Cik kedai tersebut yang sangat lain daripada yang lain ditambah pula dengan pengiraannya yang sangat pantas.
Makcik berkenaan menggunakan angka ratus dalam cara pengiraannya malah ramai juga yang terhibur dan tertanya dengan jumlah RM220 yang dikatakan Mak Cik tersebut, dimana harga asal hanyalah RM22 sahaja.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen pada awalnya pening dengan cara pengiraan makcik tersebut namun akhirnya kagum melihatnya yang laju mengira tanpa menggunakan kalkulator.
“Ingatkan RM220 sungguh mujur baca komen, baru nak kecam”- Netizen
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berhasrat untuk datang ke kedai makcik tersebut dan merasai sendiri air tangannya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...