Buat penggemar laksa tentunya mencari cara yang mudah untuk kukus laksa agar menjadi lembut.
Jika nak merebus laksa kering memang memakan masa yang agak lama. Sebenarnya ada petua yang cepat supaya laksa cepat jadi lembut.
Seterusnya ikuti perkongsian puan Suzana Saad yang berkongsi petua yang diberikan oleh seorang taukey laksa.
Dulu saya kalau nak buat laksa, malas bab nak rebus laksa sbb kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari tokeh laksa, anytime terasa nk makan laksa, terus pi cari ikan.
Cara penyediaan:
Rendam laksa kering tu semalaman atau 2 jam pun ok dah
Dengan air rendam tu, rebus hingga mendidih dalam 10 minit.
Tutup api & tutup piuk.
Biarkan dalam air panas tu 1 jam. Kenudian boleh tapis laksa tapi jangan basuh ye. Biarkan dalam penapis macam tu ja. Dah boleh makan.
Selamat mencuba!
Sumber: Suzana Saad
“Pekerjaan Mulia. Wira-Wira Negara Kita.” Berbuka Di Tepi Jalan & Baju Kalis Api Ganti Sejadah, Gambar Ahli Bomba Bertugas Jentik Emosi Netizen. Sebaknya!
Pngorbanan mereka yang bergelar anggota pasukan beruniform. Saat ahli keluarga enak menjamu selera, mereka bertungkus lumus memadamkan api yang marak menjulang. Tanpa menghiraukan pnasnya bahang api dan rasa dahaga setelah seharian berpuasa. Semuanya demi tugas dan khidmat kepada masyarakat.
Demikianlah yang berlaku kepada sekumpulan anggota bomba yang terpaksa berbuka puasa di lokasi kebakaran dek kerana tugas.
Malah, dalam kesempatan itu, mereka masih sempat menunaikan solat walaupun hanya di atas jalan dengan beralaskan pakaian seragam masing-masing.
Berbuka puasa di tepi jalan
Situasi tersebut dikongsikan menerusi laman Facebook Friends of Bomba Malaysia. Malah perkongsian beberapa keping gambar sekumpulan anggota bomba itu menjadi tular sejak semalam lagi.
Rata-rata netizen memuji dan sebak melihat situasi yang terpaksa dilalui oleh anggota bomba berkenaan.
Ramadan bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga!
Baju kalis api dijadikan sejadah
Gambar yang dirakam berlatarbelakangkan lokasi kejadian mengundang keprihatinan netizen yang menghargai usaha dan pengorbanan pasukan beruniform dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
Marza Zain Subhanallah……betapa indahnya ciptaan Allah…..hamba2Nya sujud patuh perintah Allah bila tiba waktu tak kira dimana…..Allahu Akhbar
Mohd Abe Joe Pernah baru nak buka puasa makan karipap.air pun xsempat minum.bunyi siren api kilang.trus melompat dalam jentera..balik dari operasi..masuk tangan dalam poket..aa…karipap tadi xsempat makan..?
Hafiz SG Semoga kamu sentiasa di dalam lindunganNya. aamiin
#RinduAdib
Shalawati Mahamud saya bangga menjadi keluarga skuad merah oren.. sebahagian dari dugaan Ramadhan, kita yg memasak pun berasa bahang nya. Alhamdulillah, di mana2 pun solat masih dijaga. Semoga sentiasa dalam Lindungan dan Rahmat NYA. Aminn.
Aina Safiya Semoga semua dilindungi Allah taala.saya dah tgk sendiri.diorg tgglkan nasi yg baru di masukkan dlm pinggan setelah dpt panggilan kebakaran
Syarfina Khairuddin Terima kasih abam bomba… Semoga Allah memberi ganjaran berlipat ganda untuk anda yg sudi berkhidmat untuk masyarakat
Nasrul Farkhan Jumian Semoga Anggota Bomba Sentiasa Dalam lindungan Allah SWT, Dipermudahkan Segala Apa Jua Rintangan Dan Cabaran Sewaktu Bertugas, Terima Kasih Hero??
#Respect
#Salute
Nina Efrina Antara pengorbanan anggota bomba..anda semua wira ♥️ kami rkyat malaysia..
Ummi Atiqah Khalid Syabas anggota bomba..walau ape pun cabaran yang kalian hadapi dibulan ramadan,kalian sanggup berkorban tenaga .bomba i love u .
Pekerjaan yang sangat mulia
Rider Putih Panas2 bulan puasa ngadap api.X blh bayangkan.Moga anggota diberi kekuatan
Aliyya Nasir The real heroes ???? Pekerjaan yang sangat mulia . Salute dengan abang bomba ??? sebab adik pun dia dapat jadi anggota bomba . Semoga kalian sentiasa di bawah jagaan Allah . Aamiin ??
كاما شاب Semoga Allah menjaga kamu semua sepertimana kamu berkorban menjaga keselamatan kami agar kami dpt hidup dengan selamat..
Nia Azura Setiap kali tgok bomba2 mesti rasa sedih….
Dan rasa marah kalau ade yg pertikai kan kerja bomba…
Semoga Allah melindungi Ahli2 bomba penyelamat kita semasa menjalan kan tugas…
Tun Teja Salute & respect…. Moga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah….
Norkhuzaini Mohd Respect kepada semua anggota..menjalankan tugas tanpa mengire mase…
Ketika Menjadi Imam, Ayah Ni Menangis Baca Surah Alfajr. Kesan Kenangkan Anak Sah Down Syndrome!
Menerima hakikat anak yang dilahirkan berbeza daripada anak-anak yang normal, tentunya ia merupakan ujian yang bukan mudah untuk diterima.
Perasaan yang sama juga turut dirasai oleh seorang ustaz ini apabila anaknya disahkan down syndrome. Namun cara bagaimana keluarga ini akhirnya redha, diharapkan jadi inspirasi buat yang lain.
Ini perkongsiannya.
HARI PERTAMA MENYAMBUT 23 MAC DALAM HIDUPKU.
“Anak Ustaz kemungkinan besar anak istimewa down syndrome.’ Kata doktor pakar setelah 2 hari anakku dilahirkan. Aku memandang wajah isteriku menahan kesedihan dengan berita itu. Aku dapat melihat manik-manik berkaca gugur di kelopak mata isteriku. Aku berusaha menahan air mataku tapi aku juga tak berdaya.
Pada awalnya aku seolah-olah mahu menafikan, lebih-lebih lagi wajah anakku tidaklah terlalu iras pengidap down sindrom, tambahan pula ujian jantung, mata dan telinga semuanya dalam keadaan baik dan normal.
Namun, aku tetap menunggu keputusan ujian darah sambil mengumpul daya sifat reda dan pasrah.
Namun hati seorang bapa tetap sentiasa terbayang anaknya. Pernah, ketika menjadi imam solat di Masjid Taman U, aku menangis ketika membaca ayat-ayat dari surah alFajr.
Aku tak mampu melantunkan ayat Ya Ayyatuhannafsul Mutmainnah, kerana aku merasakan sifat itmi’nan masih belum menempati hatiku.
Namun sedikit demi sedikit aku cuba gagahkan untuk menerima segala ketentuan.
Ujian darah mengesahkan Aqil anak istimewa setelah 3 bulan kami menunggu. Sewaktu doktor memberikan keputusan tersebut setitis air mata pun tidak gugur dari mataku dan juga mata isteri.
Rupa-rupannya kami berjaya mengumpul redha dan pasrah kerana kami gembira dengan tingkah laku dan perkembangan anak kami yang lagaknya seperti anak normal yang lain.
HAKIKATNYA KAMI AMAT GEMBIRA ATAS ANUGERAH ANAK SYURGA INI KEPADA KAMI. MOGA MAMPU MEMBERI SYAFAAT BUAT KAMI SEMUA.
Posted by Mohd Rifqi Myiddin on Wednesday, 20 March 2019
Muhammad Aqil, jangan lupa ajak Baba Mama ke syurga bersama semua ahli keluarga yang menyayangi Aqil. Selamat datang ke dunia penuh sayang.
Sumber : Mohd Rifqi Myiddin
“Ikhtiar Minum Air Kelapa Muda Bakar & Doa…” Empat Tahun ‘TTC’ Mona Allen Umum Hamil Enam Bulan
Penantian empat tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya termakbul buat pasangan selebriti Pekin Ibrahim dan Mona Allen.
Dalam satu perkongsian menerusi Instagramnya, pelakon drama Monalisa ini mengumumkan kini sedang hamil anak sulung.
Menurut Kata pemilik nama sebenar, Munna Hafiraneza Allen, dia tidak berniat untuk merahsiakan kehamilannya cuma menunggu masa yang tepat untuk diumumkan.
Pasangan ini pada awalnya merancang untuk menunggu sehingga usia kandungan mencecah tujuh bulan namun terpaksa diawalkan selepas ramai yang perasan ‘baby bump’.
“Alhamdulillah… kandungan dah masuk enam bulan. Sebenarnya kami bukanlah sorok atau merahsiakan kehamilan. Tapi sekadar tak umum saja. Ikutkan ada saja video atau gambar yang memperlihatkan ‘baby bump’.
“Cuma kami memilih untuk umum selepas kandungan dah kuat dalam enam atau tujuh bulan. Rancang nak umum masa kandungan cecah tujuh bulan tapi sebabkan ramai yang dah bertanya sebab dah viral, jadi kami umum saja, kongsinya lagi.
Pekin mual dan mengidam
Mengakui tidak mengalami sebarang alahan sepanjang proses kehamilan, sebaliknya Pekin yang sering mual dan mengidam.
“Saya tak ada alami alahan sepanjang hamil ini tapi Pekin pula kena tempias alahan. Masa bulan pertama itu, dia mual, muntah dan mengidam macam-macam.
“Sekarang pun, ada masa dia rasa mual-mual juga. Tapi tak selalu.Saya ada baca dekat online, katanya kalau lelaki yang kena alahan maksudnya dia suami penyayang,ujar Mona lagi.
Cuba kaedah perubatan Islam
Dia turut mendedahkan pernah melakukan kaedah perubatan Islam di Melaka sebagai usaha untuk hamil atau Trying to Conceive (TTC).
Katanya, selepas kali ketiga minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa, dia mendapat berita gembira.
“Sebenarnya saya dan suami ada berubat dengan seorang ustaz menggunakan kaedah perubatan Islam untuk ikhtiar hamil. Kebetulan ada shooting di Melaka, kawan pun beri cadangan untuk jumpa ustaz di sana.
“Alhamdulillah, dalam ikhtiar untuk dapatkan anak saya hamil selepas kali ketiga minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa. Sebelum ini, kami ada juga buat pemeriksaan doktor dan doktor beritahu saya dan suami tiada masalah kesihatan lain. Itu yang ambil keputusan untuk cuba perubatan Islam pula.
Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim pada 7 Disember 2018.
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club