Jika rumah anda sudah lama tidak dibersihkan dan berhabuk, anda harus berjaga-jaga kerana serangga ini pasti akan hadir tanpa anda sedar.
Serangga Kamitetep ini seperti kepompong biji kuaci tetapi permukaan badannya kelihatan seperti berpasir.
Awas! Serangga ini adalah sejenis serangga perosak yang akan bertukar menjadi kupu-kupu yang indah setelah dewasa. Ianya kelihatan menarik tetapi amat berbahaya kepada manusia.
Serangga yang dikenali sebagai kamitetep ini atau dalam bahasa saintifiknya adalah Phereoeca Uterella adalah berbahaya jika ia membiak di kawasan rumah anda kerana selain memakan fabrik untuk meneruskan kehidupan, serangga ini juga akan menyengat atau menggigit.
Kesan dari sengatan itu akan menimbulkan bengkak dan lebam selama beberapa hari bahkan lebih dari satu minggu ianya akan menjadi hitam jika dibiarkan.
Kain fabrik yang menjadi kesukaan serangga ini adalah seperti sutera, kain berbulu dan juga rambut manusia.
Cara Atasi Masalah Serangga Kamitetap
Untuk mencegah serangga ini dan membasmi serangga ini dari terus membiak di dalam rumah, anda wajib hapuskan seranggaini kerana dikhuatiri akan merosakkan semua pakaian anda di rumah.
Ads
1. Wajib memastikan ruang simpanan baju atau almari pakaian tidak lembab.
2. Jagalah kebersihan kawasan rumah terutamanya habuk yang banyak dan barang-barang yang tidak digunakan lagi.
3. Pastikan pakaian yang dibasuh betul-betul kering sebelum dimasukkan ke dalam almari atau tempat simpanan pakaian.
4. Jika anda mengedari kehadiran kamitetep, wajib untuk anda melakukan pembersihan dan penyelenggaraan di seluruh ruang dan hapuskan segera serangga itu.
5. Pastikan anda membersihkan sarang labah-labah atau sawang yang terdapat di dalam rumah. Sawang adalah tempat yang disukai oleh serangga unik ini.
6. Ketika mahu membasmi serangga kamitetep ini, anda disarankan tidak meggunakan tangan kerana bimbang akan digigit oleh serangga ini. Kesan gigitannya akan meninggalkan rasa gatal yang sukar untuk dihilangkan.
Jadi jika anda sedar akan kehadiran makhluk perosak ini, segera bertindak sebelum ianya menjadi lebih banyak di dalam rumah anda.
Ads
Apa yang penting adalah anda perlu menjaga kebersihan rumah, sapu debu dan sawang untuk mencegahnya dari terus membiak.
Amanah atau hajat dari seseorang yang telah meninggal dunia, sepatutnya ditunaikan lebih-lebih lagi ianya dikalangan ahli keluarga kita. Tetapi ramai juga yang gagal untuk melaksanakannya dek kerana beberapa kekangan terutamanya jika ia melibatkan harta yang ditinggalkan.
Tidak mustahil, ada keluarga yang dulunya harmoni terus berpecah belah kerana harta pusaka. Dan ada juga yang mengambil sikap berdiam diri kerana merasakan hrta pusaka ini tidak elok dihujahkan kerana ianya bukanlah dari titik peluh kita sendiri.
Menjengah di laman sosial, seorang pemuda bernama Imran telah berkongsi cerita mengenai restoran yang diusahakan oleh ibunya sejak anak dara, dalam sekelip mata musnah disebabkan ayahnya sendiri.
Mungkin disebabkan ketamakan atau mungkin juga atas sebab rasa tanggungjawab itu tidal sama seperti orang yang berhenpas pulas membinanya.
Ibu selalu cakap jaga kebajikan pekerja, bila ibu meninggaI ayah turunkan gaji pekerja dari RM120 kepada RM55. Ayah marah aku, cakap ini restoran dia suka hati nak buat apa. Tapi sebenarnya segala harta restoran, kereta, rumah, arwah ibu letak nama aku dan nama adik. Aku nekad halau ayah..
Salam para pembaca, kita terus ke cerita ye. Ibu aku ni dari muda dia dah meniaga. Buka warung tepi jalan. Dari warung tepi jalan yang setakat muat 10 orang ibu aku kembangkan kedai yang besar sedikit.
Dari kedai yang kecil akhirnya ibu berjaya buka sebuah restoran jual nasi campur. Ibu dengan ayah aku ni kahwin waktu muda. Kahwin pun sebab arwah nenek aku iaitu mak ibu aku yang paksa. Zaman 80, 90an biasalah perempuan nak tak nak kena terima dan telan.
Ibu aku pun kahwin. Ayah aku dia kerja main-main sebab dia tahu mak aku ada warung tepi jalan jadi dia kerja ala kadar. Lepas ibu aku melahirkan aku. Ibu aku terpaksa stop sekejap dekat warung dia suruh ayah aku tolong.
Tapi ayah aku tak nak sebab dia cakap “ada kerja” jadi lepas tahun demi tahun kedai makan ibu aku pun dah berkembang hidup kami pun senang. Tapi ayah aku tetap sama tak kerja, nafkah tak bagi. Tolong dekat restoran lagi lah tidak.
Sepanjang hidup ibu dan restoran dia tak pernah satu sen dia tolong bagi duit untuk perniagaan ibu aku. Ibu aku pernah dulu cakap dekat aku yang ayah aku ni pandai berlakon. Dia datang kedai mak aku ‘pura-pura’ bantu padahal dia duduk makan minum air lepas tu borak dengan orang yang dia kenal.
Itu tak termasuk berpura-pura nak kira meja orang makan, padahal nak pergi dekat cashier nak ambik 50 – 100 ringgit. Dah nak balik baru dia acah-acah bekerja tutup kedai. Depan saudara mara depan kawan-kawan nampak macam bisnes ibu dan ayah. Tapi hakikatnya?
Ayah aku tak sumbang apa-apa, dari urus hal restoran beli itu ini. Renovate itu ini semua duit ibu aku yang keluar 100%. Tapi dekat luar ayah aku menjaja cakap restoran tu 50 / 50. Aku pun hakikatnya tak suka dengan ayah aku.
Dia ni memang jenis paling kuat berlakon dalam rumah aku dengan adik perempuan aku habis kena tengking marah tapi dekat luar tunjuk yang dia ni ‘ayah dan suami hebat’.
Sepanjang aku hidup tak pernah sekali ayah aku bagi duit dekat adik dan aku. Semuanya hal sekolah hal belanja dari ibu.
Bila aku dah makin besar dan ibu dah buka restoran lagi satu dan dah ada buah. Ibu aku selalu tunjuk aku hal macam mana beli barang dekat kedai dan yang paling penting iyalah kebajikan pekerja. Ibu aku selalu cakap tiang utama kejayaan bisnes iyalah pekerja.
Layan mereka baik dan bagi gaji setimpal mereka akan bekerja dengan elok. Ibu aku memang banyak kali pesan kalau ibu tak ada dia nak aku yang uruskan hal restoran ni dia tak percaya ayah aku. Aku pun dari situ belajar serba sedikit.
Umur aku 21 tahun ibu aku meninggaI dunia. Aku waktu ni tengah sambung study jadi hal restoran ayah aku yang uruskan. Baru 6 bulan ibu aku meninggaI kau tahu ayah aku dah guna duit lebih 100 ribu beli macam-macam barang.
Aku awalnya nak sambung degree tapi aku tak sedap hati sebab ayah aku uruskan hal restoran. Habis study graduate convo apa semua aku pun melawat restoran. Baru seminggu aku datang kerja memang dan banyak benda berubah.
Pertama sekali macam lauk pauk selalunya memang banyak lebih 20 jenis. Sekali bila aku balik check ada 14 sahaja. Selalunya antara jenis lauk dari ayam, daging, kambing, sayur, telur, sambal dan lain-lain.
Jadi aku tanya mak jah (Mak Jah ni pekerja lama mak aku kira orang kanan) kenapa lauk sikit sangat selalunya double rupanya ayah aku yang suruh dia cakap selalu membazir.
Aku macam pelik membazir apa, selalunya Alhamdulilah dari aku kecil sampai besar lauk habis kalau tak habis pun staff restoran akan bawa balik. Check barang dekat stor punya banyak ayah aku tak restok dia cakap jangan beli banyak, nanti kena binatang lah rosak lah.
Padahal ibu dari dulu setiap kali barang macam beras memang tak sampai seminggu dah habis. Yang paling aku marah dia pergi turun gaji pekerja. Macam Mak Jah ni dia memang pekerja veteran waktu mak aku mula buka kedai makan kecik dia lah yang tolong. Lebih 20 tahun dia kerja.
Gaji Mak Jah ni ibu aku kasi 120 ringgit sehari sebab hal dapur memasak dia settlekan. Sekali ayah aku turunkan 55 ringgit. Mak Jah ni dahlah kena masak lauk banyak untuk 2 restoran. Lepas tu ayah aku pergi potong 65 ringgit dah lebih 7 bulan.
Cuba korang kira 65 ringgit darab hari dan 7 bulan dah berapa? Banyak kot. Alasan pula sebab ekonomi. Yang staff lain tu gaji awal 50 ringgit ayah aku cancel jadi 35 ringgit. Apa lagi yang pekerja Indonesia ayah aku kasi 30 ringgit.
Aku bila dengar memang marah. Selama ibu aku hidup dia tak pernah potong gaji tapi dia selalu naikkan gaji. Aku jumpa ayah aku tanya kenapa dia pergi tukar hal kedai yang dah bertahun ibu uruskan benda dah teratur elok bertahun tahun, ayah aku marah dia tengking aku cakap ini hal restoran dia suka hati nak buat apa, siap cakap aku budak lagi tak reti berniaga.
Aku apa lagi memang marah waktu tu, aku jerit cakap dari restoran, dari kereta duit, rumah arwah ibu lepaskan atas nama aku dan nama adik aku. Tak ada satu pun nama dia. Sedangkan restoran dua biji tu ibu aku letak nama aku dan adik.
Sejak bila tu jadi restoran dia. Dah lah dia sedap berbelanja guna duit dalam bank mak. Kira bernasib baik sebab mak aku ada akaun lain dan banyak lagi yang dia sorokkan tak kasitahu ayah aku dia suruh aku simpan. Kau bayangkan ibu aku tak sampai setahun meninggaI tapi ayah aku berbelanja 100 hingga 150 ribu ringgit.
Bukan sikit tu, banyak. Duit tu sepatutnya untuk belanja aku dan adik. Duit untuk kedai pula mak aku ada asingkan. Tapi ayah aku pergi sesuka hati dia pakai. Sejak hari tu aku dah tak kasi ayah aku handle hal kedai. Gaji pekerja pun aku dah naikkan balik.
Macam Mak Jah pun aku dah kasi dia 130/hari yang lain 50/hari. Yang macam pekerja Indonesia kesian diorang kerja bukan sebulan dah kena balik lepas tu selang seminggu datang Malaysia balik. Ingat setakat 30 ringgit cukup ke.
Kerja kedai ni dah dari pagi sampai petang letih bukan tak letih. Akaun bank mak aku, akaun kedai aku memang dah simpan. Aku siap upah lawyer nak ambil balik duit ratus ribu yang ayah aku sesuka hati guna. Itu tak termasuk tiba-tiba ayah aku marah cakap tak halal kan apa yang aku buat.
Siap Jaja dengan sedara mara aku anak derhaka halau ayah keluar rumah. Aku biarkan je. Sebab ibu aku dah memang amanahkan semua ini untuk aku dan adik aku. Kau bayangkan baru beberapa bulan dah banyak gitu ayah aku guna duit.
Kalau aku sambung degree rasanya ranap restoran mak aku. Dengan gaji pekerja dia kasi kecik memang diorang lari. Sekarang ni aku dah umur 26 tahun, adik pula tengah sambung pelajaran. Aku memang dah buat akaun khas untuk adik aku, duit ni biar dia sendiri yang decide nak guna.
Ayah aku ada juga berapa kali datang tapi aku setakat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Saudara mara aku memang lama aku tak melawat. Aku cukup tenang dengan keluarga kecil aku dan restoran hasil titik peluh ibu aku.
Setiap kali terimbas balik apa yang ayah aku buat memang aku rasa takut. Bukan apa benda ni amanah ibu aku, aku memang dari kecik selalu duduk dekat kedai tengok ibu ambil order, masak, kira duit. Ibu aku selalu sangat pesan “jagakan kedai kita ni” sebab itu nama kedai pun ibu letak nama aku dengan adik.
Aku sekarang dah tengah dalam proses untuk restoran yang ke-3 nak letak nama ibu. Dalam 70% progress Insha Allah 2023 mungkin Februari akan beroperasi. Sampai sekarang saudara mara beIah ayah aku label aku anak derhaka.
Kata mereka tamak, padahal ibu aku dah banyak kali nak bercerai tapi cancel sebab arwah nenek aku. Pernah juga adik aku tunjuk dekat aku, makcik dan pakcik aku buat tulisan dekat Facebook mengata pasal aku. Aku dengan adik aku cuma mampu gelak sahaja.
Sepanjang bulan puasa ini, ramai diantara kita yang terpaksa ponteng puasa bila terikat dengan ubatan dalam melalui proses penyembuhan.
Namun baru-baru ini, Dr Samhan telah berkongsikan mengenai ubatan yang tidak membatalkan puasa namun bergantung pada jenis ubatan yang perlu anda ambil.
Ada ubat yang perlu dimakan, dicucuk atau disapu pada waktu pagi tetapi risau pula kalau ada jenis ubat yang boleh membatalkan puasa tanpa kita sedari.
Semoga perkongsian ini dapat menjelaskan segala persoalan yang mungkin ramai tidak tahu.
Hari ini saya akan terangkan :
– Ubat yang batalkan puasa
– Ubat yang tak batalkan puasa
– Prosedur yang tak batalkan puasa
1. Ubat yang BOLEH BATAL puasa:
– Ubat biji.
– Ubat minum.
– Pesari (ubat masuk ke dalam vagina).
– Ubat masuk bontot (iaitu supositori dan enema).
2. Ubat yang TAK BATAL puasa:
– Ubat letak bawah lidah (dengan syarat: LETAK bawah lidah, BUKAN ditelan).
– Ubat cucuk insulin.
– Ubat titis mata, telinga dan cuci telinga (ear wash).
– Ubat sapu macam krim dan losyen.
– Ubat kumur (dengan syarat: kumur-kumur sahaja, BUKAN ditelan).
– Ubat sembur atau pancit hidung (dengan syarat: ia TAK disedut).
– Ubat bius setempat atau separuh.
– Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma).
3. Prosedur yang TAK BATAL puasa
– Haemodialisis atau peritoneal dialysis.
– Mengambil darah untuk pemeriksaan.
– Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.
– Injeksi(cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.
– Menderma atau menerima darah.
– Menerima oksigen atau gas untuk bius.
– Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.
– Memasukkan ovules kedalam kemaluan wanita(vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (contoh periksa jalan untuk bersalin).
– Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan.
– Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).
– Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat ia tidak ditelan.
– Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).
– Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan.
– Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).
– Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari.
– Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia).
Tolong sebarkan pada orang lain sebab masih ramai yang keliru.
Pelakon Ummi Nazeera yang sedang hangat diperkatakan sejak menampilkan lakonan hebat dan berkarisma dalam drama Rindu Kasih telah mendedahkan dirinya pernah mengalami masalah depresi sewaktu belajar di Melbourne, Australia suatu ketika dahulu.
Perkongsian ini telah dibuat menerusi program bual bicara TV3, Wanita Hari Ini yang menampilkan Ummi Nazira dan Izzue Islam sebagai tetamu.
Menurut Ummi, dia pernah mengalami masalah tersebut ketika berjauhan dengan keluarganya sehingga sukar untuk tidur. Malah, Ummi turut berkongsi mengenai cara penyelesaian yang disarankan oleh pakar terapinya. Ujar Ummi, dia perlu meluahkan segala yang dirasai dalam bentuk penulisan.
Sebenarnya saya memang jarang bercerita dengan kawan-kawan. Saya pernah menghadapi masalah masa saya belajar dulu dekat Melbourne. Tiba-tiba kita jauh dengan family, memang saya menghadapi depression tak boleh tidur malam.
Jadi saya jumpa pakar terapi yang disediakan oleh universiti dan dia ajar saya untuk tulis setiap benda yang saya rasa. Alhamdulillah, memang it makes you feel better, menulis memang menolong dan bersenam. Saya tulis semua benda yang saya rasa. Mungkin sebab tu saya nampak macam orang gila.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian yang diberikan oleh Ummi tentang cara menangani masalah depresi yang dialami. Ujar netizen, teknik menulis dapat meredakan emosi.
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.