Menyediakan menu untuk anak-anak dan keluarga tentunya kita akan pilih menu yang digemari mereka.
Sekiranya sotong gereng tepung, ini ada cara dan petua untuk pastikan kekal rangup.
Nak tahu lanjut, jon kita semak perkongsian ini.
Hari ni buat sotong goreng tepung. Selalu beli yang sudah siap sekor rm7. Hari ini beli sekilo buat sendiri puas makan anak-makan.
Sotong Goreng Tepung
Bahan-bahan:
Ads
Tepung beras
Rempah kari ikan
Garam
Telor.
Ajinomoto
Serbuk kunyit
Cara-cara:
Potong sotong dan toskan
2. Pecahkan telor. Masukkan sotong yang ditoskan tadi. Gaul bersama.
Ads
3. Dalam bekas lain masukan tepung beras ,rempah kari,garam,serbuk perasa dan serbuk kunyit.
Ambil sotong yang digaul bersama telur tadi dan letak dalam tepung gaul-gaul bagi rata dan goreng.
4. Dah agak-agak kekuningan siap..
Ads
Selamat mencuba…
INI RAHSIANYA
Telur jangan campur dengan tepung je saya buat satu-satu. Lepas salut telur baru letak dalam tepung golek-golek bagi rata dan terus goreng.
Kredit resepi : Sue Awie Via :Resepi Masakan Sedap
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melalui perkongsian daripada Putra Bugis Temasik, menurutnya ada cara dan petua berbeza untuk memasak sambal agar rasanya enak.
Boleh ikut tip mudah ini, memandangkan ia mudah dilakukan. Jom semak.
Saya nak share petua atau cara buat sambal tumis yang lebih sedap. Saya buat penyelidikan tentang sambal tumis sejak dari tahun 2013. Tip ini saya kumpul dan jika ada yang nak berkongsi silakan.
1. Sambal bilis
Kalau masak sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Lebih perisa sambalnya.Sambal bilis juga memang tak masukkan garam sebab bilis dah masin.
Cara membuatnya goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar pula. Agak dah layu, angkat dan ketepikan. Kemudian tumis lada kering.
Apabila dah masak baru masuk air asam gula garam dan ikan bilis dengan bawang tadi. Kadang-kadang saya tumis tomato dadu dengan belacan sikit
2. Sambal sotong
Kalau sambal sotong, untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, selepas basuh sotong perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa garam supaya tidak berlebihan.
Sebelum masukkan air asam jawa pastikan sotong dah kecut baru dimasukkan.
Satu lagi untuk sambal udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dah nak masak baru saya masukkan balik.
3. Sambal udang
Jika memasak sambal udang rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal.
Elakkan menggunakan cili boh kerana ada cuka (jika terpaksa menggunakannya ia perlu dimasak sehingga betul-betul garing.
Gula juga perlu digunakan dengan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya.)
Selain itu api juga harus kecil dan tumis sehingga naik minyak.Selepas naik minyak baru masukkan gula. Gula dan minyak akan menjadi caremalize. Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap!
Kemudian masukkan air asam, garam dan air secukupnya. Kalau nak masukkan air asam jawa sebaiknya selepas air udang keluar.
Kalau sambal tumis udang, saya kisar sedikit udang kering dengan cili kering.
Petua arwah nenek, tiap kali kisar cili kering letakkan sikit kunyit hidup, insyallah mana-mana masakan yang perlukan cili, sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap…
4. Sambal telur
Masukkan sikit bilis sebagai perencah.
Sumber : Siti Wan Mahani via Resepi Pilihan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nasi ulam merupakan menu yang sedap dan mudah untuk dibuat. Nasi ulam bukan sahaja enak untuk dimakan, malah ia kaya dengan pelbagai khasiat. Bila tiba bulan puasa, memang sedap berbuka dengan menu nasi ulam.
Nasi putih yang digaul bersama pelbagai jenis ulam-ulaman kampung serta rencah ini ternyata sangat mudah dihasilkan. Malah rasanya yang enak juga membuatkan ia menjadi kegemaran ramai. Nak lagi sedap, guna banyak ulam-ulaman yang berbau wangi. Memang lagi berselera.
Boleh juga dapatkan di bazar Ramadan, tapi sebenarnya nak buat nasi ulam senang saja. Hanya perlu sediakan bahan kemudian beberapa langkah mudah dan nasi ulam pun akhirnya siap. Nak tunggu balik kampung ibu buatkan? Memang lambat lagi! Jom ikuti perkongsian resepi nasi ulam seperti yang dikongsi oleh Zurida Hassan ini.
BAHAN-BAHAN:
Nasi
Serai – hiris nipis
Halia
Lengkuas
Cili padi
Bawang merah – mayang halus
Kerisik secukupnya
Ikan masin (boleh guna ikan talang, tenggiri & gelama) – goreng dan tumbuk
Lada hitam – tumbuk
Gula dan garam secukup rasa
BAHAN DAUN ULAM:
Daun mengkudu
Putat
Selom
Sekentut
Bebuas
Tebengau
Beluntas
Janggus
Pucuk kari
Daun kesum
Peria pantai
Kaduk
Bunga kantan
CARA MEMASAK:
1.Satukan ulam-ulaman dan hiris halus. Ketepikan.
2. Serai, halia dan lengkuas dikisar kering atau ditumbuk lumat. Jika suka pedas, boleh hiris nipis cili padi mengikut kepedasan yang disukai.
3. Dalam bekas berisi ulam yang dihiris, masukkan bawang merah dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan kerisik dan ikan masin yang sudah digoreng dan ditumbuk halus. (boleh guna ikan talang, tenggiri atau gelama masin).
5. Gaul hingga sebati.
6. Masukkan nasi ke dalam bekas bersesuaian. Masukkan serbuk lada hitam dengan secukupnya.
7. Tambahkan bahan-bahan ulam yang telah digaul tadi dan perasakan dengan gula serta garam dengan secukupnya.
8. Nasi Ulam sedia untuk dinikmati. Enak dimakan bersama sayur keladi.
9. Jika suka, boleh juga nikmati bersama telur masin.
Aneka jenis pastri seperti puff dan sebagainya selalunya kita beli di kedai pastri atau kedai kek sahaja. Mungkin cara membuatnya yang sedikit sukar membuatkan satu masa dahulu ibu-ibu takut hendak mencubanya di rumah. Jalan paling mudah adalah membelinya sahaja di kedai.
Pun begitu dengan kemudahan teknologi kini, rasanya ramai ibu-ibu lebih suka mencuba buat sendiri di rumah dengan melihat langkahnya di Youtube. Sangat membantu.
Tapi nak lagi mudah boleh ikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh Roslinda Selamat. Senang, beli sahaja kulit pastri puff segera di kedai dan masukkan intinya. Mudah kan? Jom intai resipi yang dikongsikan olehnya. Nampak macam sedap!
Selalu buat untuk orang yang tempah. Harini untuk bawak sendiri ke rumah orang…Tuna Puff.
Bahan-bahan:
Pastri puff segera
Inti tuna:
1 tin isi tuna (toskan airnya)
1/2 biji bawang besar -dicincang
1 biji lada merah -dicincang
2 biji cili padi -dicincang (untuk rasa lebih umphh)
1 biji limau kasturi (perah, buang bijinya)
Serbuk lada hitam/garam (secukup rasa)
4 sudu besar jagung dalam tin
Mayonais
Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan dan rasa. Ikutlah taste sendiri ya.
2. Panaskan oven 220C, 10 minit.
3. Isikan inti pada kulit puff. Cantumkan kulit puff. Susun dalam loyang dan bakar selama 20 hingga 25 minit.
Ikut perangai oven masing-masing ya. Yang penting, oven kena cukup panas sebelum nak bakar puff.
Lupa satu lagi, dah susun kat loyang, sapulah dulu dengan telur dan taburkan bijan hitam/putih untuk bagi cantik, menarik dan tertarik…baru nmpk debomb…
Kredit resepi: Roslinda Selamat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.