Kos sara hidup yang tinggi di samping ekonomi yang tak menentu menyebabkan ramai graduan yang ‘sangkut’ tidak dapat peluang kerja dalam bidang yang mereka pilih.

Bagi yang rajin berusaha dan tidak suka tunggu saja, pasti tidak kisah untuk melakukan apa sahaja kerja janji halal.

Demikian juga dengan pemuda yang mesra dengan panggilan Zarep ini. Dia tidak kisah melakukan 3 kerja dalam sehari. Semuanya demi mencari sumber pendapatan untuk keluarga.

“Biar Penat Janji Dapat Tolong Mak & Adik-Adik.” Sedar Belajar Tak Pandai & Sanggup  Buat 3 Kerja Sehari, Perkongsian Lelaki Ini Menyentuh Hati!

Menurut pemuda tersebut, Muhamad Zhariff Zikry Zainur, 21, rutin kerjanya bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12 malam.

IKLAN

“Saya kerja sebagai despatch di syarikat kurier City-Link Express di Kulai, Johor. Apabila sudah selesai menghantar barang-barang City-Link, saya terus ambil barang di syarikat Ninja Van untuk servis penghantaran. Pada waktu malam pula, saya kerja sebagai penghantar makanan KFC.

“Anggaran gaji sebulan yang saya dapat hasil daripada tiga kerja ini dalam RM2,700 sebulan. Kebiasaannya saya akan bekerja dari Isnin hingga Sabtu. Ahad sajalah masa untuk berehat,” katanya kepada mStar Online.

“Biar Penat Janji Dapat Tolong Mak & Adik-Adik.” Sedar Belajar Tak Pandai & Sanggup  Buat 3 Kerja Sehari, Perkongsian Lelaki Ini Menyentuh Hati!

IKLAN

Menurut Zharif, ibunya tidak bekerja dan hanya sebagai suri rumah sepenuh masa. Disebabkan dia tidak pandai dalam pelajaran dan tidak dapat membanggakan ibu bapanya, jadi ini adalah peluang untuk membalas jasa mereka selagi mereka masih ada.

Anak kedua daripada lima adik-beradik ini turut memberitahu, bapanya hanya bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan hanya RM1,400 sebulan untuk menyara mereka sekeluarga.

IKLAN

“Biar Penat Janji Dapat Tolong Mak & Adik-Adik.” Sedar Belajar Tak Pandai & Sanggup  Buat 3 Kerja Sehari, Perkongsian Lelaki Ini Menyentuh Hati!

“Saya bukan dari keluarga yang senang dan akan cuba sedaya upaya yang termampu untuk membantu keluarga. Saya ingin berterima kasih kepada mereka yang banyak memberikan kata-kata semangat kepada saya,” ujarnya lagi yang tidak menyangka perkongsiannya di twitter mendapat respond pelbagai pihak.

Rata-rata netizen kagum dengan semangat dan memuji dia seorang yang rajin mencari rezeki dan semoga kisahnya ini menjadi inspirasi buat anak muda diluar sana.

Sumber: Twitter Zarep. & Mstar Online

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI