Biskut coklat chip sememangnya digemari ramai tidak mengira usia . Rasanya yang rangup bercoklat dan beraroma membuatnya enak dijadikan menu kudap-kudapan buat seisi keluarga.
Jadi buat yang ingin mencuba untuk sediakan sendiri biskut chocolate chip ala Famous Amous boleh mencuba resipi viral sebelum ini yang dikongsikan oleh Baizura Muhammad.
COOKIES ALA FAMOUS AMOS
Bahan-bahan:
* 250 gram Butter
* 1 1/4 cawan Brown Sugar
* 1 sudu kecil Essence Vanila
* 1 biji Telur
* 2 1/2 cawan Tepung Gandum
* 1/2 cawan Tepung Jagung
* 1 sudu kecil Baking Powder
* 1 sudu kecil Soda Bikarbonat
* 6 sudu besar Minyak Masak
* 2 cawan Coklat Cip
* Almond nips / almond flakes –jika suka
Cara-cara:
1. Masukkan butter 250g, brown sugar 1 1/4 cawan, essence vanilla 1 sudu kecik & telur sebiji. Kacau bagi sebati je, tak perlu bersungguh sangat
[UPDATE: Ramai yang buat silap kat sini. Jangan pakai mixer. Pakai spatula/senduk/sudu je cukup. Nak pakai tangan pun boleh. Kacau sekadar nak bagi bahan sebati je, kacau slow2. Bila bahan dah bercampur je terus stop. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut. Seminit-dua je cukup]
2. Dalam bekas yang sama tadi, masukkan pula tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecik, baking powder pun 1 sudu kecil & minyak masak 6 sudu besar. Kacau lagi bagi sebati.
Ads
[UPDATE: Ingat, kacau slow2 je sekadar nak bagi bahan bercampur rata. Dah sebati terus stop, buat step seterusnya]
3. Bila semua dah sebati, masukkan 2 cawan choc chip.
4. Kacau sebati lagi sampai semua mesra. Masih lagi dengan kacau slow2
Ads
5. Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes ke, cornflakes ke or nestum ke, tambah je ikut suka. Saya asingkan sikit untuk letak almond nips, so dapatlah 2 jenis nanti. Dah tambah, kacau sebati juga
6. Adunan yang dah siap tu, masukkan dalam fridge selama 30 minit. Tutuplah sikit adunan tu, nanti bercampur pula dengan bau bawang, petai, budu hehe. Kalau fridge jenis tak sejuk sangat, simpan lama lagi. Make sure adunan tu jadi keras sikit masa ni
7. Sapu tray dengan butter. Tak perlu letak baking paper. Cubit sikit dan susun jarak2 dalam tray. Kekalkan social distancing seperti dalam gambar okay
Ads
[UPDATE: Cubit je adunan tu. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti bila bakar dia akan cair dan turun sendiri. Tengok gambar dan tiru buat yang sama]
8. Sebelum tu, panaskan oven suhu 150’ guna api atas bawah, kipas on. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit. Jangan gatal2 nak buka oven kejap2 nanti bantat jadinya
9. Dann Famous Amous cookies is DONE! Masa baru keluar oven biskut ni lembut sikit tau. Dah sejuk baru dia crunchy
Sumber : Baizura Muhammad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat seisi keluarga suka makan mashed potato bila menjamu selera di restoran segera, terdetik juga dihati untuk menyediakan sendiri hidangan tersebut untuk keluarga tercinta. Nak tahu apa petua dan resipi untuk pastikan rasanya sedap dan enak, jom ikuti perkongsian daripada Kuali Mama ini.
TIPS & PETUA NAK BUAT MASH POTATO DENGAN SEDAP !
Bahan-bahan Resepi Kentang Putar (Kentang):
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara-caranya
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana
2. Bila kentang sudah empuk, toskan air
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.
Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy)
– 1 labu bawang besar (ditumbuk)
– 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
– 4 sudu butter
– 2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
– 2 kiub ayam knorr
– lada hitam dan sulah
– 2 1/2 cawan air
Cara-caranya
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ) . Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel )
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air ( sikit2 smbil kacau ) dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.
Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar. KENA CUBA TAU..!! Pasni anak-anak suka !! memang sedap dan puas hati..
SUMBER : Kuali Mama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada orang kata gula perang lebih bagus digunakan berbanding gula putih untuk menjaga kesihatan. Benarkah?
Mencari jawapan tersebut, baik kita baca perkongsian daripada doktor ini yang pastinya berasaskan fakta. Jom semak perkongsiannya.
GULA PERANG & GULA PUTIH: APA PERBEZAANNYA?
Gula adalah bahan yang sangat biasa digunakan oleh masyarakat kita hari ini. Tanpa gula kita akan rasa segala makanan dan minuman tidak lagi sedap dan menyelerakan.
Tetapi kajian menunjukkan bahawa pengambilan gula berlebihan adalah merbahaya kepada kesihatan.
Oleh kerana itu, kita selalu mendengar pendapat yang menyatakan bahawa gula perang adalah lebih baik daripada gula putih. Adakah pendapat ini benar dan berlandaskan bukti kajian sains yang betul.
PERBEZAAN NUTRISI – GULA PERANG & GULA PUTIH.
Sebenarnya gula perang dan gula putih kedua-duanya adalah dibuat daripada tebu atau daripada lobak bit . Kebanyakan gula perang adalah dihasilkan dengan mencampurkan gula putih dengan molasses iaitu sejenia gula perang cecair.
Molasses ini menyebabkan warna gula menjadi perang dan menambahkan sedikit kandungan nutrisinya. Penambahan ini akan menambahkan kandungan kalsium,zat besi dan potassium didalamnya. Data menunjukkan, jumlah penambahan nutrisi ini adalah sangat sedikit dan tidaklah menjadikan ianya sumber terbaik kepada nutrisi tersebut .
Gula perang juga mempunyai nilai kalori yang kurang sedikit iaitu 15kcal berbanding gula putih 16.3kcal, tetapi perbezaan tersebut sangat minimal dan tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada gula perang. Perbezaan utama adalah dari segi warna dan rasa sahaja.
PERBEZAAN PENGHASILAN – GULA PERANG & GULA PUTIH
Gula dihasilkan samada daripada tebu atau lobak bit, walaubagaimanapun terdapat perbezaan di antara pengahsilan gula perang dan gula putih. Langkah pertama adalah jus daripada tebu atau lobak bit di ekstrak, di pekatkan dan di panaskan untuk membentuk pekatan perang yang di panggil ‘molasses’ .
Kemudiannya molasses perang bergula ini di putar dengan mesin ‘centrifuge’ untuk mengasingkan kristal gula dengan molasses . Kristal gula putih di proses seterusnya untuk mengasingkan lebihan molasses dan menjadikan kristal gula lebih kecil. Seterusnya, kristal gula di tapis melalui sistem penapisan untuk menjadikannya gula putih yang biasa kita lihat.
Gula perang halus (refine) adalah gula putih halus yang dicampurkan semula dengan molasses. Manakala, gula perang yang kasar (unrefined) melalui proses yang kurang berbanding proses menghasilkan kristal gula putih yang menjadikan ia mempunyai kandungan molasses yang lebih tinggi dan warna perang yang asli.
PENGGUNAAN DALAM MASAKAN
Gula putih dan gula perang di gunakan dengan cara berbeza dalam seni masakan dan pembuatan kek. Ia juga digunakan secara bersama untuk mengolah warna, tekstur dan rasa masakan dan makanan.
Molasses dalam gula perang lebih kuat mengekalkan lembapan (moisture), oleh penggunaannya dalam pembuatan kek akan menjadikan kek tersebut lembut tetapi lebih pejal. Biskut yang dibuat menggunakan gula perang akan menjadi lebih ‘moist’ (lembab) dan pejal dan biskut yang menggunakan gula putih akan menjadikan ianya lebih kembang dan rapuh serta lebih kering.
.
Oleh kerana perbezaan sifat ini maka gula putih dan gula perang digunakan untuk tujuan berbeza dalam pembuatan kek dan biskut untuk tekstur, rasa dan kerapuhannya. Gula perang juga digunakan sebagai sapuan untuk mengilatkan makanan dan juga sebagai sos gula seperti dalam sos barbeque dan sebagainya.
PERBEZAAN GULA PUTIH & GULA PERANG
.
Perbezaan utama diantara gula putih dan gula perang adalah kerana ‘rasa’ dan ‘warna’ serta kesan tekstur kepada makanan yang disediakan. Ia bukanlah kerana perbezaan kepada kesannya kepada kesihatan atau kesannya kepada indeks glisemik (GI). Oleh itu pendapat yang menyatakan gula perang lebih sihat daripada gula putih adalah tidak tepat kerana kedua-duanya mempunyai indeks glisemik (GI) yang sama serta nilai nutrisi yang hampir sama iaitu kedua-duanya mempunyai kandungan glukosa dan fruktosa didalamnya.
Menukar gula putih kepada gula perang hanya akan mengubah warna dan rasanya sahaja dan tidak menjadikan makanan atau minuman tersebut lebih sihat.
Menggunakan gula perang dalam pembuatan kek cokelat dan kek buah adalah lebih sesuai daripada segi rasanya dan warnanya berbanding dengan gula putih.
Menggunakan gula putih lebih sesuai untuk kek atau biskut yang berwarna cerah dan juga produk makanan yang memerlukan rasa yang lebih manis seperti kek span dan pastri manis.
YANG MANA SATU HENDAK DI PILIH?
Samada anda menggunakan gula putih atau gula perang, kesannya kepada kesihatan adalah serupa. Oleh itu pemilihan hanyalah berdasarkan rasa, warna dan tekstur makanan yang ingin dibuat. Walaupun gula perang mempunyai kandungan mineral yang lebih berbanding gula putih, tetapi jumlah kandungan mineral didalamnya terlalu kecil sehinggakan ia tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada kesihatan.
Gula adalah faktor risiko utama yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang berlaku sekarang seperti obesiti , diabetes, penyakit jantung , kanser dan sebagainya . Oleh kerana itu pengambilan gula perlu dikawal dan di kurangkan seminimum yang boleh iaitu kurang daripada 5 sudu teh sehari iaitu dalam anggaran kurang daripada 5% gula tambahan daripada jumlah kalori keseluruhan pemakanan seharian kita .
Pengambilan sekali sekala makanan manis bergula masih boleh diterima, tetapi penggunaan secara berterusan setiap hari akan menjadikan seseorang ketagih kepada rasa manis gula dan untuk jangkamasa panjang memudaratkan kesihatan .
Menggunakan alternatif gula perang menggantikan gula putih bukanlah satu alternatif yang sihat dan betul kerana kedua-duanya sebenarnya sama tentang kesan negatifnya kepada kesihatan. Penggunaan pemanis gantian seperti stevia atau lakanto adalah lebih baik dan lebih sihat.
KESIMPULAN
Gula perang dan gula putih adalah dua jenis gula yang sangat mudah diperolehi di pasaran. Walaupun terdapat perbezaan sedikit diantara keduanya dari aspek warna dan rasanya, tetapi kesannya kepada kesihatan adalah SAMA kerana kandungan nutrisi yang sama.
Pengambilan gula samada gula perang atau gula putih masih perlu kita hadkan dalam pengambilan makanan setiap hari untuk mengurangkan risiko jangkamasa panjang kepada kesihatan umumnya.
Tambahkan manis dalm senyuman, kurangkan manis dalam pemakanan, Insyaallah.
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS,MSc(UCSI), MNM(ACNEM), FAGE
Rujukan:
1. https://www.ers.usda.gov/topics/crops/sugar-sweeteners/background/
2. https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/343930/nutrients
3. https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/468247/nutrients
4. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/B9780128022399000141
5. Barker AL, Dayan FE. Fate of Glyphosate during Production and Processing of Glyphosate-Resistant Sugar Beet ( Beta vulgaris). J Agric Food Chem. 2019 Feb 20;67(7):2061-2065. doi: 10.1021/acs.jafc.8b05672. Epub 2019 Feb 11.
6. Singh, Amandeep et al. “Phytochemical profile of sugarcane and its potential health aspects.” Pharmacognosy reviews vol. 9,17 (2015): 45-54. doi:10.4103/0973-7847.156340
7. Delli Bovi, Anna Pia et al. “Obesity and Obesity Related Diseases, Sugar Consumption and Bad Oral Health: A Fatal Epidemic Mixtures: The Pediatric and Odontologist Point of View.” Translational medicine @ UniSa vol. 16 11-16. 1 Jul. 2017
8. DiNicolantonio, James J, and James H OKeefe. “Added sugars drive coronary heart disease via insulin resistance and hyperinsulinaemia: a new paradigm.” Open heart vol. 4,2 e000729. 29 Nov. 2017, doi:10.1136/openhrt-2017-000729
9. Yang Q, Zhang Z, Gregg EW et al. Added sugar intake and cardiovascular diseases mortality among US adults. JAMA Intern Med. 2014 Apr;174(4):516-24. doi: 10.1001/jamainternmed.2013.13563.
10. Rippe JM, Angelopoulos TJ. Sugars and Health Controversies: What Does the Science Say?. Adv Nutr. 2015;6(4):493S–503S. Published 2015 Jul 7. doi:10.3945/an.114.007195.
11. Bhardwaj, Bhaskar et al. “Death by Carbs: Added Sugars and Refined Carbohydrates Cause Diabetes and Cardiovascular Disease in Asian Indians.” Missouri medicine vol. 113,5 (2016): 395-400.
Cili padi memang tak tahan lama. Mudah lembik dan sudahnya berbau busuk. Kadang-kadang dalam masa seminggu sahaja, cili padi yang kita beli sudah tidak boleh digunakan lagi. Membazir pula rasanya jika tidak sempat di masak. Sudahnya dibuang begitu sahaja.
Sebenarnya ada banyak cara untuk mengekalkan ketahanan cili padi ini. Namun perkongsian wanita cantik, Nurliana Liana di facebooknya dengan menggabungkan dua bahan ini, iaitu cili padi dan bawang putih, lain dari yang lain. Sungguh menakjubkan! Jadi kita kenalah cuba.
Menurutnya dengan melakukan petua ini, cili padi dapat bertahan lama sehingga tiga minggu. Malah masuk sahaja minggu ke3, cili masih segar lagi. Menarik bukan? Jom ikut petua ini.
BAHAN-BAHAN:
Cili padi
Bawang putih
1. Buang tangkai cili padi.
2. Bersihkan cili padi dengan air bersih dan toskan hingga kering.
3. Masukkan ke dalam satu bekas dan alas dengan tisu.
4. Letakkan seulas bawang putih yang sudah siap di kupas pada bahagian tengah (seperti dalam gambar).
5. Simpan di dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Cara ini bukan hanya buat cili padi bertahan sampai 3 minggu malah tetap segar dan cantik. Masalah busuk dan lembik memang tak ada lagi. Empat langkah ini juga boleh anda cuba untuk pastikan cili padi kekal segar.
Buang Tangkai
Menurut wanita ini, sebaik dibeli daripada pasar, cili padi haruslah dibersihkan dan dibuang tangkainya. Kemudian biarkanlah seketika hingga kering sebelum dimasukkan semula ke dalam bekas bertutup. Simpan kemas di dalam peti sejuk.
Guna Plastik
Jika untuk memudahkan penyimpanan, cili padi yang di buang tangkainya tadi bolehlah diletakkan ke dalam beg plastik yang boleh dikemaskan di atasnya. Tebukkan sedikit lubang bagi membolehkan udara beredar di dalamnya.
Pilih Surat Khabar
Cili yang dibuang tangkai juga boleh disimpan di dalam kertas surat khabar dan bungkuslah kemas. Kemudian simpanlah ke dalam peti sejuk. Kertas membolehkan haba dan suhu sesuai pada cili. Ini membuatkan cili mampu bertahan lebih lama.
Kisar Dan Masak
Salah satu cara lagi bagi memastikan cili padi lebih tahan lama adalah dengan cara mengisarnya dan simpan untuk dijadikan pes. Namun untuk kekal lama kena ada caranya. Caranya kisar cili padi bersama garam hingga hancur dan masak seketika di atas api perlahan. Biarkan hingga kering dan simpanlah di dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...