Membersihkan kotoran degil dari bilik mandi dan tandas tidak semua antara kita suka melakukannya. Namun, bila bilik mandi dan tandas di rumah terlihat kotor pasti membuatkan kita seisi keluarga tidak selesa menggunakannya.
Apatah lagi jika ada tetamu yang berkunjung dan ingin menggunakan tandas atau bilik air di rumah kita. Saat itu pasti kita berasa malu kerana tidak menitikberatkan soal kebersihan. Kemungkinan kita akan dilabel sebagai seorang yang pengotor!
Pastinya kita tidak mahu perkara ini terjadi dan oleh itu ketahui ada cara paling mudah untuk menanggalkan kotoran degil tanpa perlu untuk menyental bersungguh-sungguh. Ikuti tip atau cara yang biasa dilakukan oleh Ikin Maskuri ini untuk info bersama.
Tip Membersihkan Tandas/Bilik air.
Ads
Basahkan permukaan dinding, lantai, tombol paip, belakang pintu, basin dan semua yang ada di dalam bilik air yang ingin dibersihkan.
2. Lepastu sembur dengan clorox original. Kalau boleh sila masukkan clorox dalam botol spray. Gunakan hanya peluntur brand Clorox berpenutup biru saja.
Ads
3. Bila sudah spray, tinggalkan sekejap. Biar semua kotoran kembang. Setengah jam ke sejam. Kemudian rinse off.
InsyaAllah semua kotoran daki dan kerak akan tanggal begitu saja. Tak payah try hard nak gosok-gosok, kecuali bekas selaput sabun. Yang tu memang kena berus sikit. Settle, Sekarang semua orang boleh cuci tandas dengan mudah !
Ads
Nasihat awal: Sila pakai spek dan tutup mulut dan hidung sebab cecair peluntur yang meruwap itu boleh merengsakan kulit.
Sumber : Ikin Maskuri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Para suami, di bulan Ramadan yang mulia ini, beri peluang dan ajaklah isteri sama-sama mengumpul pahala. Bukan anda seorang sahaha ingin mengumpul pahala di bulan Ramadan ini.
Kesibukan menguruskan anak-anak dan rumah tangga sering kali menjadi dilema buat para isteri dan mak-mak untuk merebut amalan di bulan Ramadan ini. Jadi sebagai suami, bertimbang rasalah dengan diri sendiri.
Dalam situasi ini, peranan suamilah yang paling penting agar dapat memahami dan turut memberi ruang yang sama pada isteri untuk melakukan amal ibadah di bulan Ramadan ini.
Berikut perkongsian oleh Muhammad Hassan ini sebagai renungan;
Cara saya nak dapat pahala mudah sahaja. Bagilah masa kepada isteri untuk rebut amalan di bulan ramadhan ini.
Isteri saya kata dia nak khatam Al Quran sebelum akhir Ramadan. Maka antara perkara yang perlu saya fikirkan supaya tidak sibukkan isteri dengan rutin harian dia seperti bulan bulan lain.
Saya perlu rancang supaya bulan ini tidak terlalu lama ‘outstation’. Jika saya outstation isteri perlu uruskan urusan rumah dan perniagaan saya. Jika sibuk dengan urusan-urusan begini makanya target untuk habiskan 30 juzuk lebih awal mungkin tipis.
Lubuk Pahala Suami
Pendapat saya. Lubuk suami untuk dapat pahala, berilah masa@ ‘me time’ kepada isteri. Untuk dia lebihkan masa mengabdikan kepada الله atau apa yang kita rasakan isteri perlu masa untuk diri dia sendiri.
Ya tugasan di rumah,jaga anak itu juga pahala. Namun bagaimana dengan amalan amalan seperti Al Quran,zikir,solat dan aktiviti aktiviti yang mereka suka. Terutama keperluan emosi dan fizikal isteri.
Bila ada makcik makcik datang jumpa saya. Mereka katakan waktu tua inilah baru ada masa untuk sibukkan diri dengan amal. Itu pun ‘merangkak’ baca Al Quran, solat kadang kadang tak boleh nak berdiri lama dah. Dulu terlalu sibuk dengan urusan rumah tangga sehingga terabai amalan-amalan dengan Tuhan.
Emosi & Fizikal Terbeban
Dari perkongsian beginilah saya rasakan,saya tak boleh beri tekanan kepada isteri hanya dia semata uruskan rutin dalam rumah. Takkanlah pinggan yang kita guna pun isteri perlu basuh juga. Itu belum urusan anak anak dari mandikan anak,saiz pampers sehinggalah baju tidur anak pun ada diantara suami tak ambil tahu.
Jika isteri hamil dalam masa yang sama perlu jaga anak demam,anak kurang upaya,anak masalah jantung,anak kanser lagilah emosi dan fizikal mereka terbaban.
Sebab itulah kenapa saya suka masuk dapur, kemaskan rumah dan tidak mengharapkan isteri urusankan segalanya tentang keperluan saya. Kerana saya nampak kesannya. Isteri lebih tenang,mudah menerima teguran dan cukup memahami tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Semoga para suami bertimbang rasa, dapat memberi sedikit me time buat isteri, merebut ganjaran pahala di bulan mulia ini.
Bagi yang mengikuti pelakon jelita, Emma Maembong, mesti tahu bahawa sekarang ini dia sekeluarga sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci.
Semalam, di samping berkongsi gambar-gambar sesama di sana, Pelakon Emma ada berkongsi di bahagian kapsyen tentang kisah doanya pada tahun 2019 yang diangkat satu per satu mengikut permintaan diri.
Menerusi hantarannya di laman Instagram, Emma menyatakan bahawa dia memohon doa agar dipercepatkan jodoh pada tahun 2019 di hadapan Kaabah dan doanya diangkat pada tahun seterusnya.
Malah, sekali lagi, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Binti Ismail dijemput ke Mekah untuk menunaikan ibadah bersama suami, Muhammad Shazli Azhar dan anaknya, Shariq Gabriel.
Susulan daripada itu, pelakon tersebut meluahkan rasa syukur kerana doanya didengari dan dimakbulkan mengikut kemahuannya.
“2019 Emma berdoa depan kaabah untuk percepatkan jodoh , doa Emma nak kawin next year tu jugak, dan setahun kemudian 2020 alhamdulillah Allah makbulkan doa Emma, Emma kawin dan telah di kurnia kan anak dalam tahun yang sama seperti apa yg Emma doa kan.
“Dan tahun ni emma diberikan rezeki utk dtg balik ke kaabah bersama suami @shazli.a dan anak @shariqgabriel , Ya Tuhan Sekalian Alam, Tuhan Maha Mendengar Lagi Berkuasa, terima kasih kerana mengkabulkan doa ku, syukur ya rabb ❤️😭” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitip doa yang baik-baik untuk Emma dan sekaligus berharap agar Emma dan adik beradik yang lain kekal menutup aurat.
Sumber: Instagram @emma_maembongofficial
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terkadang bila anak sudah semakin besar, mereka bijak memilih makanan kegemaran mereka sendiri. Ada anak kita yang suka makan coklat tetapi ada pula yang kurang gemar makanan yang satu ini.
Malah ada anak-anak yang cukup suka makan sayur, tak kurang juga yang langsung tak mahu menyentuhnya. Menolak beberapa jenis makanan buat anak pastinya terasa rugi setiap makanan terkandung khasiatnya yang tersendiri.
Apa jenis makanan yang mak dan ayah patut ajar anak makan daripada awal lagi? Semak senarai ini.
Telur Baik Untuk Anak
Telur memang cukup digemari kanak-kanak. Ia bukan sahaja berkhasiat tinggi bahkan rasanya mampu menarik perhatian mereka untuk makan lebih. Samada direbus, digoreng dan dijadikan sup, telur masih mengandungi protein yang tinggi.
Kajian yang dijalankan di Wayne State University di Michigan mendapati, telur merupakan sajian terbaik selain rendah kalori berbanding yogurt, keju dan juga pisang.
Pilih Anggur
Anak anda penggemar anggur? Anggur yang kaya dengan antioksidan cukup baik untuk si kecil anda. Menjadikannya sebagai makanan sampingan selepas sarapan paling disarankan untuk si kecil anda. Malah antioksidan yang ada di dalamnya boleh mengatasi risiko berkaitan jantung. Bagi kanak-kanak ia membentuk jantung yang sihat sejak kecil.
Serat No 1
Sembelit sering terjadi kepada anak-anak kecil kerana proses pemakanan yang kurang sesuai untuk mereka. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh kejutan makanan yang baru diterima bayi yang baru memulakan makanan berat.
Bagaimanakah caranya untuk mengatur menu anak ini? Serat merupakan pilihan terbaik untuk mereka. Sayur antara pilihan terbaik dan tepat selain bijirin
dan makanan seumpamanya. Sayur berdaun hijau antara yang disyorkan untuk semua. Variasikanlah bayam, sawi, aneka kacang dan pelbagai jenis sayuran lain untuk mereka.
Bayam Untuk Mata
Mata sememangnya anugerah terbesar untuk semua. Bukan bermula dari dewasa, tetapi sejak mula diperkenalkan dengan makanan lagi, anda seharusnya mencari makanan yang baik untuknya. Bayam dan lobak merupakan pilihan terbaik untuk si anak anda.
Bayam bukan hanya tinggi serat tetapi mengandungi vitamin A yang cukup tinggi dan baik untuk mata. Samada di rebus, goreng mahupun dikisar terus bersama bubur nasi, merupakan pilihan terbaik untuk sikecil anda.
Elak Kafein?
Tahukah anda bahawa di dalam coklat yang anak anda makan mengandungi sejumlah kafein? Pun begitu kuantitinya hanya sedikit berbanding kopi dan teh, ia hanya sekadar 20 peratus sahaja. Jika anak anda penggemar coklat, sebaiknya hadkanlah pengambilannya. Kafein yang tinggi boleh memberi impak besar pada kesihatan kanak-kanak yang mudah bertindak balas.
Multivitamin Sihat
Siapa kata kanak-kanak tidak perlukan sebarang makanan tambahan untuk membesar? Kanak-kanak sekitar usia 2 hingga 8 tahun paling susah untuk makan kerana pemfokusan mereka tertumpu kepada aktiviti fizikal semata-mata.
Di sinilah vitamin berperanan untuk mereka. Multivitamin paling disyorkan untuk mereka bergerak cergas setiap hari. Ia membentuk sel baru dan membantu prose pembesaran. Jadikan amalan pengambilan vitamin ini setiap hari untuk anak anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.