Seharian berpuasa memang terasa keletihannya. Paling seronok dapat minum minuman yang menyegarkan seperti jus tembikai dan jus buah-buahan yang lain.
Tak ketinggalan juga laicikang yang sejuk dan menyegarkan badan. Pun begitu kebiasaannya laicikang tak cukup semangkuk, pasti terasa nak bertambah-tambah.
Apa kata kali ini kita buat sendiri. Jom ikut cara yang diajar oleh superdad ni!
Baik kau save resipi ni. Boleh buat untuk berbuka nanti. Lagipun dah start panas sekarang ni, memang segar dan menyejukkan tau benda alah ni.
Jom kita tengok cara nak buat Laicikang.
Bahan-bahan untuk 4-5 orang:
1 helai daun pandan
1 sudu besar barli
10 biji kurma merah
1 genggam longan kering
1 keping gula melaka
2 sudu gula batu
2-3 sudu gula kundur
3 sudu lotus seed
1-2 ketul kembang semangkuk (white fungus)
1 sudu besar biji selasih
2-3 sudu kismis
1 genggam kacang shandong.
Ads
Cara-caranya :-
1. Rebus semua bahan kecuali kacang shandong dan kismis bersama daun pandan sehingga kembang. Tengok sampai barli kembang yer, dia tu lambat sikit. Kalau barli dah membesar dengan jayanya maka boleh tutup api.
2. Sejukkan dulu dan barulah masukkan kismis dan kacang shandong. Hidangkan di dalam mangkuk dan masukkan beberapa ketul ais.
Blender di rumah kita memang akan selalu ada kesan kuning akibat kunyit dan juga bau cili. Lagi-lagi kalau kerja memasak je setiap hari. Makin lama akan makin jelas kesan kuning, bau blender pun jadi kurang enak.
Jadi eloklah kita tahu cara yang mudah untuk menghilangkan kesan kuning dan bau cili pada blender.
3 cara mudah hilangkan kesan kuntit & bau cili pada blender
1) Guna Kelapa Parut
Masukkan kelapa parut dan air dalam blender. Kisar campuran tersebut beberapa saat. Kemudian bilas blender anda akan lihat kesan kuning hilang. Malah bau cili akan turtut hilang.
2) Limau nipis dan beras
Ambil satu biji limau nipis dan potong kecil, 3 sudu beras dan air secukupnya. Masukkan tiga bahan ini dalam blender dan kisar selama 15-20 saat. Tuang hasil kisaran, kemudian cuci dan bilas. Hasilnya kesan kuning dan bau yang kurang enak pun akan hilang.
3) Baking soda dan cuka
Ramai orang tahu bahawa baking soda ada banyak kegunaannya untuk tujuan pembersihan. Dana salah satunya adalah menghilangkan bau dan kotoran yang melekat pada blender. Caranya mudah sahaja, ambil 1/4 cawan baking soda dan 3/4 cawan cuka.
Masukkan dalam blender, letak sedikit dan gosok guna span basuh pinggan bersama cecair pencuci. Kemudian bilas seperti biasa. Lakukan tip ini beberapa kali sehingga kesan kuning hilang.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Menu daging korban, macam-macam resipi boleh masak. Setiap kali raya korban, pasti kita akan mendapat banyak daging korban daripada rakan-rakan dan saudara-mara. Apa hidangan yang hendak dimasak agaknya?
Terdapat pelbagai masakan berasaskan daging korban yang boleh anda cuba. Misalnya 12 jenis resipi yang dikongsikan ini. Mudah tapi sedap! Gerenti tak jemu menikmatinya seisi keluarga.
1. UNGKEP DAGING BERKERISIK
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
6 biji bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 batang serai | titik
1 inci halia | kisar
1 sudu makan kerisik
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan serai. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Gaul sekata.
Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan daging dan sedikit air.
Masukkan kerisik dan biarkan mendidih hingga kuah sedikit pekat.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Kerisik membuatkan masakan ini lebih pekat dan wangi kelapa yang disangai.
2. KARI DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | potong dan bersihkan
1 mangkuk santan
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia
1 tangkai daun kari
3 sudu makan rempah daging
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Air secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis.
Masukkan daun kari dan rempah daging. Apabila tumisan sudah garing dan pecah minyak, masukkan air. Kacau sebati
Masukkan daging dan sedikit air lagi
Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
INFO CHEF : Boleh cuci daging dengan tepung gandum untuk mengurangkan bau.
3. MASAK LEMAK DAGING SALAI DAN MANGGA MUDA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | disalai
1 mangkuk santan
2 batang serai
2 inci kunyit hidup
1 biji mangga muda | dihiris
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali mangga muda. Masak di atas api sederhana besar. Kacau perlahan.
Setelah mendidih, masukkan mangga muda.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Mangga muda beri rasa masam pada hidangan.
4. DAGING GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
4 batang kacang panjang | dipotong 2 inci
2 biji cili padi | dihiris
2 labu bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan kacau sekejap.
Masukkan pula daging yang telah digoreng tadi.
Akhir sekali masukkan kacang panjang dan garam serta gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Boleh tambah cili padi untuk lebih pedas bila digigit.
5. DAGING MASAK SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
2 biji cili besar merah | dihiris
2 biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 inci halia | hiris
3 sudu makan sos tiram
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris. Bila sudah naik baru, masukkan daging dan sedikit air. Gaul sebati.
Masukkan pula sos tiram dan biar ia masak seketika. Gaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Tidak perlu garam kerana sos tiram sudah masin.
6. RENDANG DAGING PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
5 batang serai | dihiris halus
2 inci kunyit hidup | dikisar
2 sudu makan kerisik
Sedikit hirisan daun kunyit
1 ikat daun pegaga
2 mangkuk santan
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali kerisik, daun pegaga dan daun kunyit. Kacau perlahan.
Bila kuah sudah agak kering dan pekat, masukkan kerisik.
Akhir sekali masukkan daun pegaga dan daun kunyit. Gaul seketika.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Hidangan ini tidak perlu ditumis.
7. RENDANG DAGING DAN HATI BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
300gm daging
300gm hati
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
5 batang serai | dihiris halus
2 inci kunyit hidup | dikisar
2 sudu makan kerisik
Sedikit hirisan daun kunyit
2 mangkuk santan
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali kerisik dan daun kunyit. Kacau perlahan.
Bila kuah sudah agak pekat, masukkan kerisik.
Akhir sekali masukkan daun pegaga dan hirisan daun kunyit.
Masak dan biar mereneh namun pastikan ianya masih berkuah.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8. DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
10 biji cili padi | dikisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
2 biji kentang |potong wedges dan digoreng
Sedikit air
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yang telah digoreng tadi.
Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Boleh tambah jumlah cili padi jika mahu lebih pedas.
9. DAGING GORENG KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
2 sudu makan cili kering kisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
5 batang kacang panjang | potong serong
1 sudu kerisik
1 batang serai | dititik
1 mangkuk santan
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar dan juga serai.
Setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging, diikuti sedikit air. Setelah daging kecut, masukkan santan. Kacau perlahan.
Biarkan kuah agak pekat sedikit, masukkan kerisik dan kacang panjang.
Akhir sekali, perasakan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Tidak perlu goreng kacang panjang terlalu lama agar ia rangup bila kunyah.
10. PERUT MUDA ALA PADANG
BAHAN-BAHAN:
500gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
3 sudu cili kering kisar
2 batang serai | dititik
1 mangkuk santan
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan kisar, serai dan daun kunyit serta daun limau purut.
Setelah tumisan naik bau dan garing, masukkan perut yang telah rebus tadi. Gaul sebati.
Masukkan santan dan biarkan mendidih.
Akhir sekali garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Kerisik membuatkan masakan ini lebih pekat dan wangi kelapa yang disangai.
Ayam kampung ni adalah istilah untuk ayam yang tak diketahui asal usulnya. Ayam kampung ni biasanya dipelihara di kawasan luar bandar atau kampung. Biasanya di negara Barat ayam kampung ni diberi gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).
Isi ayam kampung memang lebih keras dan pejal berbanding ayam ternakan biasa. Isinya tak mudah hancur dan kebiasaannya sesuai untuk dimasak gulai atau kuah. Nak masak pon memang mengambil masa yang lama sikit berbanding ayam biasa.
Tapi jangan risau, ada cara untuk lembutkan isi ayam kampung ni….jom kita cuba cara di bawah.
CARA-CARA:
1. Ambil nenas dan potong beberapa keping, kemudian kisar hingga jadi macam jus
2. Curah nenas yang dikisar tadi ke atas ayam kampung mentah dan gaul rata
3. Biarkan ayam kampung tadi dalam 5-10 minit tapi jangan terlalu lama
4. Dah cukup masa, bilas bersih dan sedia untuk dimasak
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...