Melipat baju yang telah dicuci bukanlah aktiviti yang ramai menggemari untuk lakukannya. Apatah lagi jika pakaian yang dilipat tetap juga nampak tidak kemas tersusun, ‘sakit mata’ juga mata yang memandang.
Tapi sebenarnya ada cara untuk pastikan pakaian yang dilipat terlihat kemas dan sama saiznya, bahkan bila disusun di dalam almari nampak begitu sekata seperti pakaian yang tersusun di rak pusat membeli belah. Cukup sempurna dan rapi!
Berkongsi cara melipat pakaian, Haryati Hossen turut berkongsi beberapa keping gambar langkah demi langkah yang mudah difahami. Jadi bolehlah dicuba dan hasilnya pasti seperti seorang yang pro melipat pakaian.
Ini perkongsiannya.
LIPAT KAIN ALA PRO*
Tips lipat baju & seluar anak supaya tak terburai & senang nak susun dalam drawer / bakul. Cara ni macam leceh tapi kalau dah biasa kejap je dah jadik. Semoga bermanfaat
1. Bentangkan atas lantai. Urut² (paham kan 😅) bagi licin baju tu.
4. Lipat sekali. Bahagian yg terlebih kat tepi adjust bagi sama saiz.
5. Kejadian lepas lipat 2 kali. Lipatan yg bahagian depan tshirt tadi (rujuk gambar 1st) akan jadi macam poket. Jadi, seluk tangan ko dalam poket tu, tangan lagi sebelah tarik keluar poket tu..hmm ntah faham ke tidak
Ads
6. Kejadian bila baju masuk bahagian berpoket tadi.
Tadaaaa…indahnya pemandangan bila tersusun sama saiz macam ni.
Part paling best, boleh berdiri tegak helokk je kejadiannya.
LIPAT SELUAR
Ads
1. Letak elok² macam ni.
2. Lipat ke dalam bahagian tengah seluar.
3. Lipat separuh macam ni sebelah kaki (A). Lagi sebelah (B) biar dulu.
4. Lipat pulak lagi sebelah. Pastikan lipatan ikut saiz A tadi.
Ads
5. Yg ni ko decide nak lipat sekali @ 2 kali; bergantung kpd panjang mana seluar tu..kalau legging gini lipat 2 kali dah cukup.
Meraikan ibu bukan hanya pada Hari Ibu sahaja, sebaliknya boleh dilakukan bila-bila masa waima setiap hari pun. Kerana ibu adalah insan yang sanggup berkorban mengandung dan melahirkan kita. Menempuh segala ujian dan dugaan.
Walaupun tidak meminta balasan, namun lihatlah bagaimana berserinya wajah dan senyuman tatkala diraikan oleh anak-anak. Ingatan anak-anak itu membuatkan ibu rasa dihargai.
Demikian dengan pelakon dan usahawan muda Wawa Zainal yang terharu dengan ucapan dan penghargaan yang diberikan oleh anak-anaknya.
ohhh melting 😩 my first year anak ucap hari ibu🤣 seronok nya.. berbunga2 hati..
Mendidik anak-anak bukanlah semudah yang disangkakan. Apatah lagi dengan zaman yang penuh cabaran ini. Ditambah ledakan teknologi membuatkan kealpaan apabila masa dihabiskan pada perkara tersebut.
Ditambah pula dengan situasi masa kini dengan keadaan negara dilanda wabak Covid-19. Menyedari hakikat itu, Dr Asyraf Wajdi dan isteri sepakat memberi keutamaan dalam pendidikan anak untuk berinteraksi dengan al-Quran. Pasangan suami isteri ini bukan hanya fokus mendidik anak pendidikan dunia tetapi juga akhirat.
Berikut antara Jadual rutin harian sekeluarga yang beliau kongsikan semasa PKP :
1. Seawal jam 5.50 pagi mereka sekeluarga bangun Solat Hajat dan Solat Sunat 2 Rakaat sebelum Subuh berjemaah.
2. Bacaan Al-Mathurat berjemaah selepas selesai solat subuh dan disusuli dengan Tazkirah Subuh yang disampaikan secara bergilir oleh anak-anak setiap hari. Kemudian beliau atau isterinya akan rumuskan untuk penutup.
3. Seterusnya, mereka akan berkumpul untuk solat maghrib dan Isyak berjemaah. Termasuk sesi tasmi’ hafazan untuk kesemua anak-anak beliau. Oleh sebab ini, ada anak beliau yang sudah hafaz 30 juzuk.
4. Antara jam 9.00 ke 10.00 malam adalah sesi santai bersama keluarga. Waktu ini mereka akan menonton filem, drama TV, atau anak-anak juga dibenar pinjam handphone atau i-Pad untuk bersosial dengan rakan-rakan.
Begitulah sahabat, seronoknya apabila banyak aktiviti ibadah dapat dilakukan berjemaah bersama keluarga. Ada hikmahnya setiap yang terjadi ini. Kita tak boleh keluar ke mana-mana, yang baiknya kita dapat duduk dan bonding dengan keluarga.
Kita tak dapat nak berjemaah di masjid, yang baiknya kita dapat jemaah sama-sama satu keluarga di rumah. Kalau sebelum ini terlalu sibuk sampai tak sempat nak berlama-lama baca Quran, sekarang Allah bagi masa untuk kita pegang dan baca.
Alhamdulillah. Jika kita belajar dari hikmah yang baik. Maka yang baik juga yang akan kita dapat.
Sejak kecil beliau diajar berdikari dan dihantar belajar jauh dari rumah membuatkan YB Zawawi yang berkelulusan Sarjana Muda (Bahasa Arab) dari Universiti Al Azhar, Mesir, pada 1995 dan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Malaya pada 2005 turut mempraktikkan apa yang dilakukan oleh ibu bapanya kepada anak-anaknya.
“Saya lahir dalam keluarga yang susah, antara asuhan yang paling berkesan bagi saya adalah pergantungan kita Allah SWT. Ayah dan ibu penoreh getah. Walaupun anak ramai, tapi keyakinan dan keikhlasan mereka besarkan anak-anak memudahkan segalanya. Malah sumbangan dan bantuan tidak putus-putus kami sekeluarga peroleh ketika itu.
“Ibu saya tak sekolah tinggi hanya setakat darjah dua. Kebetulan datuk saya guru sekolah pondok, jadi ibu saya lebih banyak belajar di rumah (home schooling). Penekanan lebih kepada agama dan begitu juga yang kami praktikkan pada anak-anak,”ujar YB Zawawi, Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh ketika memulakan bicara awal bersama penulis.
“Apabila sudah ada anak sendiri, apa yang ibu bapa saya ajar secara tak langsung saya cuba praktikkan.
“Anak-anak saya kebanyakannya di hantar belajar luar dari Malaysia iaitu di Indonesia dan juga Acheh. Saya mahu mereka belajar cara hidup, pengalaman baru di tempat lain sekali gus membantu kematangan mereka selain belajar budaya berbeza dan melihat dimensi baru dari kaca mata mereka.
“Kalau ada kesempatan saya akan melawat mereka atau jika ada masa terluang kami akan bercuti bersama. Tetapi kesibukan kerja dan urusan masing-masing membataskan kami untuk berbuat demikian.
Lebih dominan didik anak
Mengulas tentang siapa yang lebih tegas dalam mendidik anak-anak, jujurnya sang isteri mengakui lebih dominan dalam hal tersebut. Anak sulung pasangan ini, Abdullah Faizi Mohd Zawawi (23) sebelum ini belajar di Pesantren Gontor sekarang UIA Pagoh dalam bidang Hospitaliti dan Pelancongan, anak kedua Abdullah Hakimi (21) Kuis Universiti Ar Raniry Acheh dalam bidang Kewartawanan.
Manakala anak ketiga, Abdullah Qardhawi (20) belajar di University Darus Salam dalam bidang Hukum dan Ekonomi. Sementara yang keempat pula, Abdullah Nasafi (17) kini di Maahad Tahfiz Al Fateh- Hafiz 30 juzuk -SPM manakala yang bongsu, Abdullah Rizqi (7 tahun) di Sekolah Rendah Al Fateh.
“Saya memilih untuk berhenti kerja demi menjaga dan mendidik anak-anak di rumah. Dulu saya pernah bergelar pensyarah. Tetapi disebabkan anak-anak makin membesar, selepas berbincang dengan suami jadi saya berkorban kerjaya demi anak-anak. Asalnya saya memilih untuk untuk berhenti seketika, apabila anak sudah besar saya mahu bekerja kembali.
“Tetapi apabila berhenti kerja dan buat kerja sendiri, saya nampak masa lebih fleksibel. Paling penting saya boleh keluar ikut masa sendiri. Kalau orang lain keluar shopping sabtu ahad, tetapi saya pergi hari biasa dan seronoknya orang tak ramai jadi tak serabut dengan orang atau nak berebut parking dan sebagainya. Anak-anak saya pun ‘home schooling’ yang mana saya ajar sendiri di peringkat bawah.
“Kebetulan saya dan suami buat bisnes sendiri, sediakan program dan konsultan untuk yang memerlukan. Dengan kata lain, sebelum timbulnya konsep SOHO, saya dan suami terlebih dahulu mempraktikkannya.
“Awal-awal nak berhenti kerja memang ada timbul ralat di hati. Saya pula jenis wanita yang berfikiran moden kerana saya memperjuangkan hak wanita baik dari segi penulisan, rumah perlindungan wanita dan sebagainya. Rasa ralat kerana saya sendiri berjuang untuk wanita tetapi tiba-tiba memilih untuk berhenti kerja.
“Terasa bertentangan dengan prinsip tetapi lama-lama saya faham dan ambil kata-kata Naquib Akl-Attas iaitu ‘What is the meaning of knowledge’ iaitu ‘been means’ iaitu ‘Dia Bermakna’ yang mana saya memahami yang berkerjaya itu tak semestinya 8-5 petang. Saya juga faham asas dalam pembinaan keluarga adalah anak-anak.” ujar ustazah Hazlina Abdul Razak lagi sambil memberitahu berhenti kerja selepas kelahiran anak kedua.
Bunga antara 6 kumbang
Memiliki lima anak lelaki, akui ustazah hanya dia ‘bunga’ di dalam rumah namun dalam hal menguruskan rumah tangga tidak hanya dibebankan di atas bahunya semata-mata. Sebaliknya dia dan suami mendidik anak-anaknya untuk membuat kerja rumah.
“Saya selalu cakap pada anak-anak, di dalam rumah ada 6 lelaki termasuk ayah, mak sorang je perempuan. Takkan mak nak buat kerja semua orang. Jadi, setiap orang ambil sorang sedikit jadi ringan semua kerja. Disebabkan itu juga anak-anak saya ringan tulang.
“Kebetulan dulu saya pernah bekerja sebagai pensyarah sambilan, jadi apabila saya ke tempat kerja, anak sulung yang uruskan adik-adiknya sejak umur 10 tahun lagi. Senang cerita dia jaga adiknya dari kecil sampai besar. Ada sekali saya pulang ke rumah untuk melihat sama ada dia buat betul kerja. Memang sebak dan terasa nak menitis air mata tengok waktu itu.
“Alhamdulillah, didikan tersebut melekat pada semua anak-anak saya baik yang sulung sehingga yang bongsu. Walaupun ada yang melanjutkan pengajian luar dari Malaysia, namun setiap kali pulang bercuti, mereka masih amalkan segala yang saya dan suami praktik kan selama ini,”ujar ustazah Hazlina lagi tatkala bercerita mengenai anak-anak lelakinya.
Mengajar dari rumah ke rumah
Memiliki asas dalam Pendidikan bukan sahaja memberi kelebihan untuknya untuk mendidik anak-anak. Sebaliknya daripada situ timbul idea untuk mempraktikkan pada orang luar.
“Secara tak sengaja sebenarnya saya menjadi tenaga pengajar dan akhirnya membuka sekolah. Asalnya saya mengajar dari rumah ke rumah, kemudian ada kawan tanya kenapa tak buka tadika sendiri. Disebabkan saya memang memiliki kemahiran kursus untuk pra pendidikan dan ada kawan yang memberi modal.
“Dengan izin Allah ia menjadi dan saya teruskan sehingga membuka tiga cawangan setakat ini. Tetapi fokus saya lebih kepada memberi latihan, waktu itu saya memang aktif berceramah dan uruskan bisnes. Begitu pun saya masih boleh uruskan masa dengan anak-anak memandangkan saya bekerja sendiri. Itu yang paling bagus untuk wanita yang memiliki keluarga dan anak-anak sendiri,” ulas Ustazah Hazlina sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.