Harapkan pagar, pagar yang makan padi. Tak dapat bayangkan betapa hancurnya hati seorang ibu apabila mengetahui anak perempuannya yang masih kecil telah menjadi mangsa penderaan seksual oleh guru di pusat asuhannya.

Kisah ini telah dikongsikan di aplikasi TikTok milik usahawan terkenal, Hafiz Muhamad. Difahamkan wanita ini adalah salah seorang pasukannya. Dia mengetahui mengenai perkara ini selepas wanita tersebut menghantar video anaknya mengadu sakit di bahagian kemaluan.

Anak Mengadu Sakit Kemaluan Dan Dubur
Difahamkan, ibu kepada kanak-kanak tersebut merupakan seorang ibu tunggal yang bekerja dan disebabkan itu, dia telah menghantar anak perempuannya ke pusat asuhan. Namun siapa sangka, lain pula yang jadinya apabila anaknya mula mengadu sakit di bahagian duburnya. Apabila ditanya mengapa terjadi begitu, si kecil menjawab ia dilakukan oleh gurunya.

Yang baru-baru ni, dia cakap punggung dia sakit, macam saya pegang pun dia tak bagi. Dia cakap tu ‘ma sakit ma sakit ma’. Saya dah macam teringat baliklah kan pasal yang tu, tiga hari ni perasan rasa macam dia banyak termenung.

Wajib Baca : ‘Mungkin Ini Hikmah Allah Hadiahkan Pada Aku’ – Rita Rudaini

Sebelum ini, anaknya itu ada mengadu sakit di bahagian kemaluan tapi dia langsung tidak mengesyaki apa-apa dan berpendapat kemungkinan sakit disebabkan lampin pakai buang. Ternyata, tanggapannya itu salah rupa-rupanya si kecil menjadi mangsa penderaan seksual oleh guru sekolahnya sendiri.

IKLAN

Saya train dia, siapa-siapa lelaki yang pegang memang tak boleh saya cakap macam tu. Lepas tu saya tanya dia, ada sesiapa pegang ke? Tiba-tiba dia terus cakap macam teacher pegang. Macam tak terfikirlah, mungkin macam cikgu, pengasuh perempuan dia kan. Tak terfikir masa tu.

Start tu baru saya perasan bila hantar dia pergi sekolah, kalau yang teacher yang lelaki tu yang sambut dia tak nak pergi sekolah, dia tak nak masuk pun.

Difahamkan, kes ini telah dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan tindakan tidak berperikemanusiaan si pelaku. Mereka berharap agar si pelaku dikenakan tindakan yang sewajarnya.

IKLAN
@hafizmahamadBila dpt whatsapp video anak ni, menangis saya & isteri. Ya Allah, kenapa ada yg sanggup buat mcmni♬ Tujh Mein Rab Dikhta Hai (From “Rab Ne Bana Di Jodi”) – Salim-Sulaiman & Roop Kumar Rathod & Jaideep Sahni

Sumber : Hafiz Mohamad

IKLAN

 

 

Mesti Baca :

‘Ma..Sakit Ma..’ Ibu Tergamam Bila Anak Cakap Punggung Sakit, Rupanya Angkara Cikgu Taska

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI