Cekodok pisang yang lembut, rangup dan garing memang enak dimakan tidak kira ketika masih panas mahupun sudah sejuk. Cekodok pisang antara kuih yang menjadi kegemaran anak-anak kerana rasanya yang lembut dan rangup.
Bagaimanapun bukan semua orang mahir untuk menghasilkan cekodok pisang yang elok cantik, garing dan lembut di dalamnya. Salah cara, cekodok jadi keras dan kempis bila sudah sejuk.
Resipi Cekodok Pisang Rangup, Garing Di Luar, Rangup Di Dalam
Nak buat cekodok pisang yang menjadi elok pun kena ada ilmunya. Diturunkan oleh mak mentuanya, Aina Nik berkongsi cara buat cekodok pisang yang bulat comel dan yang penting sedap. Cekodok pisang ini juga rangup di luar tapi lembut di dalam.
BAHAN-BAHAN:
Pisang
3 sudu gula
Tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
Cara buat cekodok pisang garing di luar, lembut di dalam:
Ads
1. Kupas pisang yang sudah masak ranum. Pisang sesuai untuk buat cekodok ialah pisang awak. Lenyek sampai halus.
2. Kemudian, masukkan 3 sudu gula. Lenyek lagi sehingga gula larut.
Ads
3. Lenyek lagi sehinga halus. Kalau masih ada bintil-bintil, tandanya belum lagi halus.
4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak. Sukatannya boleh agak-agak, masukkan sedikit demi sedikit. Kalau nampak terlalu lembik, boleh masukkan sedikit tepung. Jangan sesekali masukkan air.
5. Selepas itu, gaul sebati. Hasilnya, adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu pekat.
Ads
6. Panaskan minyak dengan api sederhana. Pastikan minyak banyak.
7. Bila sudah panas, cubit adunan dengan hujung jari dan masukkan ke dalam kuali. Jangan terlalu besar, supaya bila sejuk cekodok tak kemek. Pastikan bila menggoreng, jangan letak cekodok terlalu banyak dalam kuali. Bila dah nampak keperangan, kaup balik dan leraikan. Adun guna belakang sudip sehingga garing.
8. Bila sudah masak, angkat dan tos. Boleh nampak hasil cekodok yang kecil dan bulat-bulat. Cekodok ini garing di luar, lembut di dalam. Bila sudah sejuk pun masih comel. Sedap dan lembut. Tak cukup kalau makan sebiji.
Biarpun dipasaran banyak dijual bawang goreng ‘ready made’, namun ramai ibu-ibu memilih untuk buat sendiri.
Sebab apa? Lain tak bukan kerana keaslian rasanya, ternyata yang dibuat sendiri lebih sedap. Itu hakikatnya!
Rasanya lebih fresh, ranggup dan menyelerakan. Pun begitu, tak semua percubaan membuat sendiri bawang goreng rangup di rumah menjadi.
Bagi yang tak pernah buat, dan ingin mencuba kali pertama menyediakan bawang goreng ada yang terhangus atau mungkin juga terlembik dan tidak sedap rasanya.
Di sini dikongsikan petua dan cara yang betul membuat bawang goreng rangup.
PETUA 1: PILIH BAWANG
Pastikan pilih bawang yang segar dan elakkan daripada memilih bawang yang lembik dan hampir busuk.
PETUA 2 : TOS HINGGA KERING
Bila bawang dicuci, pastikan selepas itu ditoskan hingga kering agar ketika digoreng tidak lembab dan dapat digoreng ranggup.
PETUA 3 :HIRIS NIPIS
Pastikan bawang dihiris nipis bagi memastikan ianya dapat digoreng sempurna.
PETUA 4 : TABURKAN GARAM
Menaburkan sedikit garam akan membuatkan bawang yang digoreng dapat mengekalkan kegaringan selain memberi rasa bawang goreng tersebut lebih enak.
Kuantiti garam jangan terlalu banyak, cukup sekadarnya bagi memastikan keaslian rasa bawang dapat dikekalkan.
PETUA 5 :GAUL BERSAMA TEPUNG
Taburkan tepung pada hirisan bawang juga dapat membantu menjadikan bawang yang digoreng menjadi ranggup dan enak dimakan.
Pilihan tepung pula bervariasi, boleh gunakan sama ada tepung gandum, tepung beras mahupun tepung jagung. Setiap jenis tepung mempunyai tekstur dan hasil tersendiri.
PETUA 6 : MINYAK YANG BANYAK
Pastikan semasa menggoreng, minyak diisi penuh di dalam kuali. Ini bagi memastikan bawang dapat digoreng sempurna.
PETUA 7 : API SEDERHANA
Kawalan api juga sangat penting. Sebaiknya guna api sederhana dan bukannya api yang besar atau kecil. Bila kekuningan barulah dikaub balik bagi memastikan bawang masak sekata dan sempurna.
PETUA 8 : SIMPAN
Selepas digoreng biarkan seketika hingga benar-benar sejuk. Untuk cara yang lebih berkesan, letakkan bawang goreng di atas kertas tisu agar minyak yang berlebihan dapat diserap sepenuhnya.
Kemudian pastikan bawang goreng disimpan di dalam bekas kedap udara.
Praktis 8 petua ini akan menjadikan bawang yang digoreng terasa begitu enak dan kekal ranggup untuk dimakan pada bila-bila masa. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya kita akan membeli kek untuk meraikan hari jadi anak. Tentu harganya agak mahal. Tambahan pula jika ada hiasan untuk mencantikkan kek tersebut. Jika mempunyai anak ramai tentu pening juga bila memikirkan bajet untuk membeli kek. Oleh sebab itu, ramai yang lebih gemar membeli satu keping kek untuk meraikan hari jadi anak-anak atau menggabungkan hari jadi anak-anak dengan membeli sebiji kek.
Selain itu, mungkin kita boleh membuat sendiri kek hari jadi anak. Biasanya kita akan membuat kek tanpa ada hiasan pada kek itu. Tapi kali ni kita boleh buat sendiri di rumah. Kek pun dah macam beli di kedai!
Sebagaimana perkongsian ini yang menyediakan cara membuat kek hari jadi anak. Huraian membuat kek yang disediakannya sungguh detail. Boleh lah cuba buat sendiri!
Mood mengekek. Mak2 asal birthday anak, mesti ada hati nak buat kek birthday sendiri. Kadang2 jadi, kadang2 tak jadi. Jadi hari ni Sis nak share resepi dan tips buat kek coklat yang mudah. As usual, memang panjanglah cerita Sis. Sis tak pandai tulis pendek2. Tak rajin baca, beli je.
Chocolate Sponge Cake:
4 biji telur Gred A 150gram gula 150gram tepung kek 20gram serbuk koko 70gram air 50gram minyak jagung 1 sudu teh esen vanilla 1+1/2 sudu teh baking powder 2 sudu teh ovalette
Cara penyediaan:
Mix telur, gula dan ovalette sehingga kembang, pekat dan putih. Masukkan kesemua bahan lain kecuali minyak dah mix lagi sehingga sebati dalam 2/3 minit.
Masukkan minyak dan kaup rata menggunakan spatula/sudip kayu. Tuangkan adunan ke dalam loyang 7 inci yang telah dilapik dengan baking paper. Hentak2 loyang.
Bakar dalam oven dengan suhu 160° atau 170° bergantung oven masing2. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak. Api atas bawah. Bila cukup masa, cucuk dulu kek tu dengan lidi nak check dah masak ke tidak. Jangan terbalikkan tanpa check. Kalau tak masak, kan dah hancur lebur.
Bila dah masak, keluarkan kek dari loyang. Bila dah suam, bahagikan kek kepada 3 bahagian. Atau ikut berapa tingkat kita nak.
Chocolate Whipped Cream:
750ml non-dairy whipping cream 180gram dark compound chocolate (cairkan dengan kaedah double boiler dan biar suam sikit) Pukul whipping cream sehingga kental dan masukkan coklat yang dah dicairkan. Mix bagi sebati. Boleh terus digunakan.
Tips layer: Kek Whipped cream Kek Whipped Cream atas sekali dan cover seluruh kek.
Kemudian hiaslah ikut suka. Boleh rujuk gambar2 di internet untuk inspirasi. Sis hias dengan grated chocolate je. Senang kita nak tutup kecacatan masa lepa kek. Yelah. Kita belum terer, mesti tak licin lepanya. So pandai2lah ye. Guna chocolate rice pun boleh.
Tips: Cairkan coklat dengan kaedah double boiler. Orang kata jangan kena air, nanti dia keras. Sis tak pasti yang ni sebab tak pernah jadi lagi. Tapi ikut jelah ye. Bukak api pelan2 je. Jangan mendidih2 air tu nanti terpercik masuk dlm bekas coklat. Asal air panas, cukuplah. Cara nak pukul whipping cream pun kena belajar gak. Kena pukul masa sejuk. Tapi janganlah berketul2 ais2 lagi kat dalam tu. Whipping cream ni simpan kat bahagian atas peti sejuk. Kena freeze. Tapi kalau nak guna, keluarkan awal2 bagi dia cair balik, tapi masij sejuk. Goncang2 kotaknya tu bagi cream kat dalam tu sebati. Tak boleh kurang mix. Tak boleh terlebih mix. Kalau terlebih, whipping cream jadi berketul mcm butter. Susah nak lepa kek nanti. So kena belajar consistency yang betul. Tengoklah tutorial, baca tips. Pukul dalam bekas besi yang dah disejukkan terlebih dahulu. Supaya lebih cepat gebu. Kalau tak sejuk, lambat nak jadi.
Kalau lepas masukkan coklat yang dicairkan tu dan dah mix sebati, at one point, mungkin whipped cream akan jadi terlalu kental dan keras sedikit. Sebab coklat tu. Jangan risau, tambah lagi whipping cream sikit dan mix lagi sebati. Mix sekejap je. Nak cairkan semula whipped cream tu supaya mudah kita nak lepa kek.
Mostly ada sapu sugar syrup atas lapisan kek sebelum boh whipped cream. Untuk jadikan kek moist. Kalo rajin, boleh buat. Kalau tak nak pun takpe.
Boleh lah cuba buat kek hari jadi anak. Selamat mencuba!
Teringin nak buat sendiri Udang Butter tapi bimbang tak menjadi. Nah cuba resipi yang cukup mudah ini. Bukan sahaja rasanya yang enak dan berlemak dari butter, menu ini pasti menarik selera seisi keluarga.
Caranya cukup simple dan pasti jadi. Jom cuba resipi Creamy Cheezy Butter Prawn hasil perkongsian dari puan Suzana Othman. Selamat mencuba!
Creamy Cheezy Butter Prawn
Ramai yang masih belum pass masak menu ni kan? Tak susah pun nak masak cuma nak buat jerami telur tu kalau silap percaturan boleh gagal. Sepatutnya nak lebih mudah faham kena buat video tapi kita nak cepat, tak sempat nak shooting video bagai. Harapnya uolls dapat tangkap apa yg ingin di sampaikan. Tak faham boleh tanya tapi mungkin lambat sikit kita balas sebab tengah kebizian.
Oh ya, ini resepi butter prawn gaya kita tau. Kalau uolls xsuka susu cair, boleh ganti dgn santan kotak. Kalau tak suka cheese, tak nak letak pun takpe.
Lihat langkah demi langkah dengan menekan klik pada gambar⬇️⬇️⬇️
Bahan-bahan creamy cheezy sause:
4ulas bawang putih-cincang
4tangkai daun kari
Cili api ikut kepedasan-potong
Butter
1sk serbuk lada sulah
1sk gula
1sk serbuk pati ayam
4keping cheese (tiada dalam gambar)
Cara membuat:
2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng udang hingga masak. Tos dan ketepikan. Jangan overcooked tau. Kalau nak tau udang yg dimasak sempurna, udang tu bentuk C bermaksud cooked. Kalau udang jadi bentuk O maksudnya overcooked.
3. Panaskan minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun kari dan cili api.
4. Masukkan susu cair, serbuk lada sulah, gula dan serbuk pati ayam. Tak perlu tambah garam.
5. Masukkan kepingan cheese. Kita guna jenama Emborg.
6. Apabila sauce dah menggelegak masukkan udang.
7.Gaulkan udang hingga sebati dengan sauce tadi. Tutup api dan ketepikan.
8. Dalam mangkuk lain pukul 4butir kuning telur.
9. Panaskan minyak dan setengah biji butter dalam kuali. Bila minyak dah cukup panas, perlahankan api. Guna senduk seperti dalam gambar.
10. Angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuangkan telur perlahan-lahan kemudian kacau dengan laju membentuk bulatan. Kacau laju-laju tau untuk dapatkan jerami telur yg halus.
11. Masak sebentar hingga minyak berbuih. Tutup api.
12. Tuangkan telur ke dalam penapis besi macam ni. Nak guna penapis santan yg besi tu pun boleh. Tekan telur guna senduk tadi untuk turunkan minyak ke bawah.
13. Toskan dengan tisu dapur utk menyerap minyak yg berbaki.
14. Masukkan udang dalam pinggan. Taburkan telur di atasnya. Sedia untuk disajikan