Puding jagung memang enak dimakan sejuk-sejuk. Tekstur puding jagung yang lembut bergedik dan tak muak dimakan antara kriteria penting pudingjagung yang menjadi kegemaran ramai.
Resipi puding jagung perkongsian Muhammad Ali memang sesuai untuk dicuba. Bukan sahaja bahannya tidak banyak, cara membuatnya juga tak susah mana pun. Jom cuba! Semestinya hidangan ini sangat enak dinikmati bersama keluarga. Pasti puas hati.
Resipi Puding Jagung Lembut Bergedik
Bahan-bahan:
4 cawan air
1 tin susu cair
10gm serbuk agar-agar
180gm gula
3 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan kordial jagung
1 tin jagung manis creamy
1 tin jagung manis (optional)
1 sudu kecil garam
Loyang saiz 8 inci
1.Masukkan air, serbuk agar-agar, gula, susu cair, tepung kastard dan tepung jagung ke dalam kuali.
Ads
2.Kacau sebati dulu semua bahan biar sebati. Kemudian barulah hidupkan api perlahan.
3.Masukkan juga jagung manis creamy, kordial jagung. Sebatikan.Kacau adunan hingga mendidih.
4.Semasa mendidih, biarkan selama 1-2 minit kemudian barulah tutup api.
Ads
5.Seterusnya masukkan garam dan sebatikan.
6.Jika suka, masukkan jagung manis. Kacau lagi.
7.Tuang adunan ke dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum sedia untuk dipotong dan dinikmati.
Ads
INFO: Resipi Puding Jagung ini memang lembut dan kena kendalikan dengan berhati-hati kerana ia menggunakan agar-agar.
Empunya resipi menggunakan agar-agar kerana kurang menggemari tekstur kasar bila menggunakan tepung kastard. Jadi kuanti tepung kastard dan menggantikannya dengan agar-agar.
Minggu depan kita akan menyambut hari raya Adilfitri. Walaupun tidak boleh balik kampung merentas negeri, kita perlu meraikan raya walaupun dalam mood PKP. Kini sana sini ramai yang membuat perkongsian di media sosial cara membuat biskut raya. Malah kedai yang menjual bahan-bahan kek juga dikunjungi orang ramai untuk membuat persediaan kuih raya.
Bagaimana pun, tidak dinafikan membuat kuih raya ini perlu ada skill, jika tidak tahu, ada yang tidak menjadi. Namun ada juga jenis kuih raya bila kita buat confirm jadi! Salah satunya, biskut florentine. Paling mudah nak buat dan paling cepat habis bila makan!
Cara membuatnya tidak perlu menggunakan mixer. Mudah aje nak buat. Anak-anak pun boleh buat sama. Menerusi facebook Noor Sa’adah Mohd Saidun melalui group Masak Apa Hari ini, beliau berkongsi resipi membuat biskut florentine yang sedap dan rangup.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Resepi Biskut Florentine
Bahan-bahan:
500 gram tepung florentine 500 gram almond flakes 200 gram biji labu (pumpkin seeds) 200 gram biji bunga matahari (sunflower seeds) 50 gram bijan hitam (Black sesame seeds) 20 gram bijan putih (sesame seeds) Muffin cup
Cara-cara:
1. Bakar semua kekacang sebentar dalam masa 5 minit suhu 160°c. Sejukkan sebentar. 2. Masukkan semua kekacang dan gaul sebati. 3. Masukkan tepung florentine dan gaul semuanya sehingga sebati . 4. Masukkan sesudu adunan td ke dalam muffin cup, nipis shj cukup sekadar menutupi dasar. 5. Bakar selama 10-15 minit dgn suhu 170°c. *Api atas bawah. 6. Keluarkan biskut drpd muffin cup dan biarkan sejuk sebentar. 7. Simpan dalam bekas kedap udara.
PERINGATAN
Tepung florentine ialah tepung berkaramel, Oleh itu, tepung ini akan mudah keras jika terkena angin. Pastikan u olls menutup campuran kekacang dan tepung florentine supaya tepung tidak mengeras. Tepung yang sudah mengeras akan menyukarkan kita memasukkannya ke dalam muffin cup.
Biskut raya yang paling senang nak buat dan laku keras . Campak-campak je dah siap. Boleh buat sambil pejam mata.
Nak sediakan hidangan buat keluarga tak susah mana pun. Tak perlu menu berat atau yang mahal. Kena kreatif dan pelbagaikan resipi barulah anak-anak dan suami teruja kan. Apa kata cuba resipi Roti Pattaya ni.Mudah, cepat dan sedap.
ROTI PATTAYA 3 bahan. Senang sangat nak buat! Inti tak kisah nak pakai inti apa,sy buat inti sardin senang.
Bahan-bahan -roti gardenia
-telur -inti sardin (sy tumis dulu sardin ni,terpulang pada korang nak tumis atau nk letak mentah je) Cara masak:
Panaskan pan dan tuang sebiji telur dan ratakan (ala ala nak buat pattaya) Letakkan sekeping roti Letakkan inti di atas roti tup dengan sekeping lagi roti Bungkus roti tadi. Jangan nipis sangat ok,nanti dia pecah tak cantik. Kredit: Jnida Nyda
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang tak boleh nak sangkal, ayam goreng tepung sememangnya lauk yang mudah untuk ibu-ibu sediakan dikala rasa buntu nak masak apa. Malah, menu ini juga semestinya menjadi kegemaran seisi rumah terutamanya anak-anak.
Tak dinafikan banyak tepung segera yang dijual di luar. Beli je, sampai rumah ‘bedakkan’ pada ayam, dah siap! Tetapi, ada sesetengah kita buat menjadi, ada juga yang tidak. Apatah lagi rasanya. Jadi yang mana nak buat ayam goreng seperti yang dijual di luar sana tu, ni haaa ada peniaga sudi berkongsi resipi dengan kita. Mana tahu nak masak untuk majlis apa-apa yang memerlukan untuk masak dalam portion yang banyak. Senang lah kan buat je guna cara ni. Selamat mencuba!
AYAM GORENG TEPUNG BERKERAK RESIPI PENIAGA
Adunan tepung ni banyak dan boleh disimpan. Saya gunakan tepung segera yang jenama PUAS. Tapi kalau nak makan sendiri boleh beli yang mahal sikit. Bagi menampung kos tepung, ada tepung campuran yang saya proses sendiri. Resepinya saya kongsikan di bawah.