Sudah menjadi tradisi apabila tibanya 11 Januari, pasti akan ada pelbagai sambutan untuk meraikan hari kelahiran penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Tahun ini, peminat-peminat masih meraikan hari istimewa ini. Lihat sahaja di laman sosial media meriah dengan ucapan hari lahir buat penyanyi kesayangan ramai ini.
Menjengah di laman instagram milik penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini kini berada di Turkiye bersama suami, Datuk K atau nama sebenarnya Datuk Sri Khalid Muhammad Jiwa dan anak-anak, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Siti bersyukur atas segala rezeki dan nikmat yang dikurniakan sepanjang kehidupannya.
Selain itu, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin menghargai Datuk K yang menjadi pendamping setia serta menjaga dirinya dan anak-anak.
‘Terima kasih Ya Allah, segala yang Engkau kurniakan padaku.’
Terima kasih suami tersayang yang sudah bersama melayari dan menjaga saya serta anak-anak dengan baik. Begitu juga buat keluarga besar saya yang sangat baik hati.
Ads
Penyanyi nombor satu negara itu turut mengharapkan kenangan sepanjang percutian itu menjadi kenangan terindah dan diberikan keberkatan buat semua.
Sungguh cepat masa berlalu, terasa baru sahaja kita semua berpuasa dan melakukan ibadah sunat yang lain seperti solat tarawih bertadarus, bersedekah dan amalan-amalan lain untuk mendapatkan pahala berganda sepanjang bulan Ramadan, dan pejam celik pejam celik, kini bulan Ramadan telah pun berlalu meninggalkan kita.
Begitu pun Syawal menjelma dan diraikan dengan rasa kesyukuran, kita juga masih diberi peluang untuk menggandakan amalan dengan melakukan amalan Puasa Enam Syawal yang diketahui umum, barangsiapa berpuasa enam di bulan Syawal ibarat pahala berpuasa sepanjang tahun.
Berkongsi tentang hikmah Puasa Enam Syawal, Dr. Ahmad Sanusi Azmi bekongsi penulisannya di facebook.
Puasa Enam Menampung Kekurangan
1. Antara hikmah disyariatkan puasa enam ialah supaya amalan sunat ini membantu menampung kekurangan yang berlaku dalam ibadah fardu puasa ramadan. Mereka yang berpandangan sebegini merujuk kepada hadis yang menyebutkan tentang kekurangan solat fardu akan ditampung dengan amalan solat sunat. Rasulullah bersabda:
إن أول ما يحاسب الناس به يوم القيامة من أعمالهم الصلاة قال يقول ربنا جل وعز لملائكته وهو أعلم انظروا في صلاة عبدي أتمها أم نقصها فإن كانت تامة كتبت تامة وإن انتقص منها شيئا قال انظروا هل لعبدي من تطوع فإن كان له تطوع قال أتموا لعبدي فريضته من تطوعه ثم تؤخذ الأعمال على ذاكم
“Perkara pertama yang akan dihitung oleh Allah pada hari kiamat nanti adalah solat. Allah berkata kepada malaikat: Perhatikan solat hambaku, apakah ianya sempurna atau ada kekurangan. Sekiranya solatnya sempurna, maka tuliskan baginya pahala yang sempurna. Namun sekiranya ada kekurangan, maka lihatlah andai sekiranya hambaku ada menunaikan solat sunat. Sekiranya dia menunaikan solat sunat, maka sempurnakannya pahala solat fardunya itu tadi dengan pahala solat sunat kemudian ambillah pahala amalan tersebut dan berikanlah ganjaran. (HR Abu Daud).
2. Dalam menjelaskan mengenai perkara ini al-Imam Ibn Rajab menjelaskan:
أن صيام شوال وشعبان كصلاة السنن الرواتب قبل الصلاة المفروضة وبعدها فيكمل بذلك ما حصل في الفرض من خلل.
“Sesungguhnya puasa enam dan puasa syaaban adalah seperti amalan solat sunat rawatib sebelum dan sesudah solat fardu. Amalan sunat ini menampung kekurangan yang ada pada amalan fardu tersebut sekiranya berlaku kelompongan pada amalan fardu.” (Lataif Maarif)
3. Selain itu, puasa enam turut dikatakan menyempurnakan pahala amalan berpuasa selama setahun. Ini berdasarkan hadis Nabi yang menyebutkan:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim)
4. Para sarjana hadis menjelaskan bahawa setiap amalan manusia akan dilipatkali-gandakan menjadi 10 pahala. Ini berdasarkan hadis yang menyebutkan:
جعل الله الحسنة بعشر أمثالها فشهر بعشرة أشهر وصيام ستة أيام تمام السنة
“Allah menjadikan setiap kebaikan dengan sepuluh kaliganda ganjaran. Maka puasa sebulan itu (sekiranya digandakan dengan sepuluh akan) bersamaan puasa 10 bulan, dan puasa enam (pahala yang menjadi 60 hari bersamaan 2 bulan) akan melengkapkan bilangan puasa seperti puasa setahun.” (HR al-Nasa’i)
5. Lalu sementara kita duduk di rumah dan tidak ke mana-mana ini, marilah berusaha menunaikan ibadah puasa enam. Semoga Allah membimbing kita.
Selian itu meninjau pula perkongsian daripada Ustaz Mohd Zaki Bin Zulkifli ada menjelaskan tentang persoalan yang sering ramai terkeliru tentang puasa enam dan puasa ganti. Adakah boleh digabungkan niat puasa kedua-duanya dalam satu masa yang sama.
Ini perkongsiannya.
PUASA ENAM SYAWAL DAN PUASA FARDHU GANTI.
Di dalam mazhab syafie sendiri ada khilaf tentang keharusan menggabungkan niat antara puasa 6 Syawal dengan puasa qadha’.
Disini saya bawakan petikan dari kitab fathul Muin dan hasyiah Iánah at Tolibin:
(فرع) أفتى جمع متأخرون بحصول ثواب عرفة وما بعده بوقوع صوم فرض فيها، خلاف للمجموع.وتبعه الاسنوي فقال: إن نواهما لم يحصل له شئ منهما
Ertinta: Telah berfatwa satu kumpulan daripada ulama’ mutakhirun bahawa dapat pahala puasa sunat arafah dan lain-lain dengan wujud puasa fardhu pada hari tersebut. Perkara ini khilaf bagi Imam an Nawawi di dalam kitabnya al Majmuk dan mengikut oleh Imam al Isnawi pendapat al Majmu dengan katanya: Sekiranya diniatkan kedua-duanya (gabung niat fardhu dan sunat) maka tidak sah kedua-duanya.[ Fathu Muin dengan Iánah m/s: 1330 cetakan Darussalam]
Kemudian seperti biasa pengarang Iánah akan mempermudahkan lagi kenyataan kitab Fathul Muin dengan katanya:
(قوله: أفتى إلخ) حاصل الإفتاء المذكور أنه إذا كان عليه صوم فرض قضاء أو نذر وأوقعه في هذه الأيام المتأكد صومها: حصل له الفرض الذي عليه، وحصل له ثواب صوم الأيام المسنون، وظاهر إطلاقه أنه لا فرق في حصول الثواب بين أن ينويه مع الفرض أو لا، وهو مخالف لقول ابن حجر الآتي أنه لا يحصل له الثواب إلا إذا نواه، وإلا سقط عنه الطلب فقط.
Ertinya: Rumusan fatwa ulama’ mutakhirun tersebut ialah: Sekiranya ada puasa fardhu keatas seseorang samada qadha atau nazar, kemudian ia buat puasa itu pada hari-hari yang di sunatkan puasa, maka dapat baginya pahala puasa fardhu dan pahala puasa sunat. Mengikut zahirnya, mereka akan mendapat pahala sunat itu samada dia niat puasa sunat atau tidak bersama puasa fardhu tadi. Tetapi pendapat ini nampak bercanggah dengan pendapat Ibnu Hajar yang mengatakan hanya dapat pahala jika di niatkan bersamanya puasa sunat [ Iánah at Tolibin ms 1330 juz 2, Darussalam]
KESIMPULAN DARIPADA PETIKAN-PETIKAN INI:
1. Pendapat Imam an Nawawi dalam kitab al Majmuk tidak sah puasa sunat di gabungkan dengan puasa fardhu. Pendapat ini di ikuti oleh Imam al Isnawi.
2. Mengikut pendapat ulama’ mutaakhirin sah puasa sunat gabung dengan puasa fardhu. Dan inilah pendapat mu’tamad di sisi Syekh Khatib Syarbini, Imam ar Ramli dan Bapanya[Tarsyih al Mustafidin m/s 171]
3. Mengikut Imam Ibnu Hajar tidak dapat pahala puasa sunat jikalau tidak niat gabung. Contohnya dia niat pada bulan syawal ini: [Sahaja aku puasa qadha ramadhan esok hari] sahaja. Untuk dapat pahala sunat mesti niat gabung contohnya [Sahaja aku puasa qadha ramadhan serta sunat enam syawal esok hari].
4. Tetapi mengikut zahir fatwa ulama’ mutaakhirin, dapat pahala puasa sunat enam tadi walaupun tidak niat gabung. Contoh dia niat macam ni sahaja:[Sahaja aku puasa qadha ramadhan esok hari]. Inilah pendapat mu’tamad di sisi Syekh Khatib Syarbini, Imam ar Ramli dan Bapanya[Tarsyih al Mustafidin m/s 171]
Inilah keluasan ilmu feqah. Semuanya dalam lingkungan mazhab syafie lagi. Ini sekadar perbincangan pendapat. Namun yang lebih penting lagi ialah mengamalkan dan berpuasa enam tu. Jangan jadi seperti orang yang bergaduh solat terawih 8 atau 20..tetapi dia tak solat terawih pun
Bagi yang mengikuti laman sosial Misi Rakyat, sebelum tular misi kutipan untuk Baby Nail sebanyak RM 9 juta, sebenarnya faundermisi sebelum ini telahpun membantu ramai lagi yang memerlukan.
Cuma apabila membuka kutipan untuk Baby Nail, angka RM 9 juta itu seakan agak mustahil lebih-lebih lagi ianya dibuka sewaktu Ramadan lalu dan angkanya sangat tinggi.
Ada juga yang mempertikaikan, kenapa rawatan terlalu tinggi dan sejauh manakah keberkesanan ubat RM9 Juta itu untuk Baby Nail, namun Foundermisi tidak pernah berputus asa.
Tampak seakan mustahil, siapa sangka jumlah yang mencecah hampir 8 angka itu berjaya dikutip hasil kerjasama rakyat Malaysia dalam tempoh yang singkat sahaja.
Perkongsian yang dibuat oleh TikTok @foundermisi ini berjaya membuatkan orang ramai sebak melihat keprihatinan rakyat Malaysia serta gembira apabila dana yang dikumpul berjaya dicapai.
Di sebalik usaha keras dalam mengumpul dana sebanyak RM9 juta, @akakfounder selaku isteri kepada lelaki yang berusaha keras ini tampil mendedahkan rutin harian suaminya dalam usaha membantu Baby Naail.
Menerusi perkongsian, difahamkan suaminya hanya tidur sekitar 3 jam sahaja sehari. Masa selebihnya digunakan di hadapan komputer dalam usaha untuk menjayakan misi ini.
Malah, suaminya turut pernah meluahkan rasa penat berusaha namun mengakui mempunyai tanggungjawab yang besar.
Beliau akui sebagai isteri, beliau sendiri agak terkejut apabila jumlah besar sebanyak RM9 juta berjaya dikumpul hasil usaha orang ramai menerusi tabung yang dibuka oleh suaminya itu.
Dimaklumkan Yayasan Misi Rakyat sudah berjaya didaftarkan secara rasmi di mana yayasan ini bakal menjadi platform untuk program crowdfund seterusnya dalam membantu lebih ramai individu yang memerlukan.
Menariknya, meskipun dibenarkan untuk mengambil 30% bagi menanggung kos operasi, pengasas Yayasan Misi Rakyat ini memaklumkan beliau memilih untuk menanggung kos operasi oleh beliau sendiri tanpa melibatkan duit sumbangan.
Beliau memilih untuk mewujudkan sistem yang jelas dan transparent dalam memudahkan orang ramai memantau sekaligus mengelakkan daripada penyelewengan. Tahniah diucapkan buat pengasas Yayasan Misi Rakyat dan juga orang ramai yang berusaha keras menjayakan misi ini.
Semoga usaha ini dalam membantu rakyat secara tidak langsung dapat menyatukan rakyat Malaysia.