Setiap kali makan diluar, suami dan anak-anak wajib order sotong goreng tepung.
Bukannya dekat rumah tak pernah masak, tapi kata mereka tak sama dengan yang di kedai. Malah setiap kali masak sotong goreng tepung, banyak komen-komen yang diberikan.
Nasib baik la jumpa resipi sotong goreng tepung ini. Ramai yang dah cuba, memang menjadi.
1 cawan tepung ubi
1 cawan tepung jagung
2 sudu tepung bestari
Sebiji Telur
1 sudu KFC garam dan black pepper
Cara-cara:
1. Campurkan semua tepung bersama garam dan black pepper- tak perlu bancuh
2. Pecahkan telur gaul2 sotong, angkat terus golek2 dalam tepung
3. Letak minyak dalam kuali dgn kuanti yang banyak, bagi betoi2 panas dan api jangan kuat sangat
3. Goreng sampai keperangan. Alhamdulillah elok kejadiannya, tak meletup dan tak makan minyak
Tip buat sambal belacan yang sedap, ikut sukatan dan petua ini. Sambal yang berasaskan cili dan belacan ini bukan sahaja pembuka selera, malah menjadi pelengkap wajib bagi pelbagai hidangan seperti nasi putih, ulam-ulaman, ikan goreng, mahupun nasi lemak.
Ada yang suka menggunakan cili merah, ada juga yang menggunakan cili padi yang lebih pedas. Ada yang menambah perahan limau kasturi, tak kurang juga yang memasukkan sedikit gula Melaka atau tomato untuk seimbangkan rasa.
Cara buat stok sambal belacan, sukatan bahan dan semua tip untuk hasilkan sambal belacan yang pedas, sedap, tahan lama dan wangi ini dikongsi oleh Nurulain Insyirah.
Jom buat stok sambal belacan simpan dalam peti ais Ikut petua ini dulu;
Petua 1
Bakar belacan sekejap supaya sambal kita lebih beraroma.
Petua 2
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam supaya sambal belacan tahan lama.
Petua 3
Limau kasturi kisar bersama kulit (buang biji) agar sambal lebih wangi dan sedap. Info: kulit limau kasturi tidak rasa pahit.
Petua 4
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai, petua supaya tak sakit perut makan sambal.
Ikut sukatan ini:
6 biji limau kasturi (buang biji)
50g belacan yang telah dibakar
3 biji cili merah + 1biji cili hijau
8 biji cili padi hijau
25 biji cili padi merah
100ml air asam jawa pekat
Masukkan sedikit gula dan garam
Cara membuat:
1.Kisar kasar semua bahan ini
2.Boleh tambah bahan jika mahu buat dalam kuantiti yang lebih banyak.
Sebenarnya banyak menu simple yang belum kita terokai sepenuhnya. Tapi jangan lah anggap menu simple ni untuk orang pemalas.
Kadang-kadang menu simple ni untuk orang yang nak cepat, mungkin ada kerja yang nak disiapkan.
So tak payah susah-susah nak fikir menu apa nak buat untuk makan. Yang penting kita sendiri yang masak, kita sendiri yang makan.
Jom kita cuba menu simple berkuah yang dikongsikan oleh Salina Jalaludin di Cookpad.
BAHAN IKAN GORENG:
-5 ekor baby ikan bawal
-Garam
-Serbuk kunyit
BAHAN KUAH:
-1 ulas bawang merah (dihiris)
-2 biji cili besar (dihiris)
-1/2 cawan air
-1-2 sudu besar cuka makan
-1/2 biji bawang besar (dipotong bulat)
-Garam
-Serbuk perasa (optional)
CARA MEMASAK:
1. Lumur ikan bawal dengan garam dan kunyit dahulu. Kemudian goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan seketika.
2. Tumis bawang merah yang dah dipotong dan cili besar sehingga naik bau. Kemudian tambah air dan cuka. Jangan banyak sangat cuka.
3. Masukkan ikan bawal yang telah digoreng tadi dan bawang besar. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Tutup api setelah mendidih.
Sekitar bulan Jun 2022, tular kes kematian Nour Rania Asyifaa atau lebih dikenali sebagai Baby Syifaa yang berusia 15 bulan ketika itu di bawah jagaan pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Pada ketika itu kecederaan bayi malang tersebut dikatakan terjerut buai tetapi tidak masuk akal kerana ada kesan luka di kakinya. Menurut siasatan awal polis, pengasuh mengatakan mangsa arwah Baby Syifaa dalam keadan tidak sedarkan diri dengan leher dan kepalanya terkeluar dari buaian manakala badannya masih di dalam buaian.
Melalui hasil bedah siasat merumuskan kematian bayi tersebut disebabkan tekanan pada leher. Hal ini telah membuatkan bapa arwah Baby Syifaa, Yuseri Yusoff menuntu keadilan di atas kematian anaknya itu.
Sangat memeranjatkan apabila pada Selasa yang lalu, Yuseri ditahan polis berkaitan kes penipuan dalam urusan yuran guaman. Ketika ditangkap, polis telah mengesahkan bahawa dia juga positif dadah.
Bapa Arwah Baby Syifaa Positif Dadah
Dipetik dari artikel di Sinar Harian, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Hal ini telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail.
Beliau berkata, ujian air kencing dibuat setelah suspek ditahan dalam satu serbuan di sebuah unit kediaman di Wangsa Maju, di sini berhubung kes penipuan berkaitan kutipan bagi bayaran guaman.
Bertindak atas maklumat risikan, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibupejabat Polis (IPD) Wangsa Maju telah membuat serbuan di sebuah unit kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Selasa.
Yusseri Dituduh Menyalahguna Harta Sebanyak RM67,000
Hari ini, Yusseri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas satu pertuduhan menyalahguna wang milik seorang wanita sebanyak RM67,000 pada tahun lalu.
Yuseri, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Illi Marisqa Khalizan.
Sinar Harian melaporkan bahawa mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak perempuan itu didakwa menyalahguna harta sebanyak RM67,000 milik seorang wanita di sebuah premis di Jalan Wangsa Delima 6, Wangsa Maju pada 20 Julai hingga 12 Oktober 2023 lalu.
Dia yang memakai baju T berwarna kelabu, didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda, jika disabitkan kesalahan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.