Sejak melahirkan anak pada 8 September yang lalu, ramai yang ternanti-nanti wajah comel yang telah menjadi penyeri pada pasangan Uyaina Arshad dan Raja Syahiran.
Uyaina dan suami sepakat memberikan nama bayi lelaki mereka ‘Raja Urhan’ yang membawa maksud pemimpin yang hebat.
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link ini. https://toko.ideaktiv.com/product/ekeluargagader-lencun-time/
Sambil menitipkan doa buat permata hatinya itu, ramai yang suka melihat wajah comel Raja Urhan yang memakai tengkolok seiras bapanya..
“Bismillahirohmanirahim. Akhirnya sempurna. Raja Urhan Bin Raja Syahiran. Our firstborn. Ourpride. May you be clothedwith His blessings, always dear son. Mama Baba love you so much. newbornheartshotfocus.
Anak perempuan yang rapat dengan ayah, bakal jadi orang yang hebat, IQ lebih tinggi. Bapa memainkan peranan penting sebagai teladan dalam kehidupan anak perempuan. Mereka sering melihat bapa sebagai figura lelaki yang kuat, penyayang, dan bertanggungjawab.
Ini memberi anak perempuan pandangan yang positif terhadap hubungan dengan lelaki dan membantu mereka dalam membentuk hubungan yang sihat di masa hadapan. Bukan hanya berperanan sebagai hero yang melindungi, tapi sebagai pembentuk karakter hebat.
Tidak dapat disangkal lagi pengaruh seorang ayah sangat kuat kepada pembentukan diri anak perempuan. Kalau betul cara dan didikannya, anak perempuan boleh jadi wanita yang hebat dan berkeyakinan diri.
Ayah, watak lelaki pertama yang hadir dalam diri anak perempuan. Ayahlah lelaki pertama dalam hidup anak perempuan, yang mempunyai perkaitan yang rapat dan memberikan pengaruh besar dalam segenap segi dalam kehidupan pada masa akan datang.
Jadi, ia bukanlah sekadar hubungan biasa-biasa. Kalau nak anak perempuan menjadi orang hebat, si ayah mesti mulakan dari awal lagi. Kaunselor, Puan Farhan berkongsi tentang hal ini. Pengalamannya sendiri turut dikongsikan bagi memberikan gambaran yang jelas tentang perkaitan antara hubungan anak perempuan dan ayah serta kasih sayang yang tertanam dalam diri anak kepada ayahnya.
Berikut ialah perkongsian beliau;
[Pengaruh ayah kepada anak perempuan]
“Ibu, kakak nak kahwin dengan abi”
“Hahh..heyy mana boleh, abi tu kan suami ibu”
“Haaa, tak kira kakak nak kahwin juga dengan abi…?”
Dialog saya diatas bersama Aufa berakhir begini
“Kakak, dengar sini. Kakak tak boleh kahwin dengan abi. Tapi kakak boleh kahwin dengan orang yang sama karakter dengan abi”
“Lepastu Aufa boleh kahwin dengan siapa?”
” Erm, contohnya kawan kakak kan ada. Kawan boleh. Yang penting bukan ahli keluarga macam abi, dan adik”
“Owh, macam tu.Ok ibu” Kata Aufa sambil malu malu kucing.
Dialog di atas adalah perbualan saya dan Aufa tempoh hari. Tidak pelik pun apabila anak perempuan yang masih KECIL berkata begitu. Sebenarnya, apa yang dia katakan itu merujuk kepada rasa kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi seorang anak kepada ayahnya.
Kiranya tidak ada lelaki lain yang boleh menandingi ayahnya.
1: TEMPAT BERPAUT
Seorang ayah yang penyayang dan baik akan memberi impak yang sangat besar kepada seorang anak perempuan. Tahukah anda, seorang anak perempuan sangat memerlukan figure seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab untuk dia berpaut.
2: HERO YANG SENTIASA MELINDUNGI
Anak perempuan yang membesar dengan seorang ayah yang mempunyai ciri ciri di atas akan sangat rapat dengan ayahnya. Sebelum datang lelaki lain (iaitu suami) ayah lah adalah lelaki yang paling utama dalam hidupnya. Baginya ayah adalah hero yang akan sentiasa menjaga dan melindunginya. Kehadiran ayah itu akan membuat dia merasa selamat.
3: BERI PUJIAN SUPAYA JADI YAKIN
Fungsi ayah juga adalah untuk menyokong proses anak perempuan membesar. Segala bentuk belaian, kata-kata pujian ini akan membentuk seorang anak perempuan yang kuat dan mempunyai keyakinan terhadap dirinya.
4: ELAK MASALAH FATHER-HUNGER
Anak perempuan yang membesar tanpa sentuhan seorang ayah akan mengalami masalah father-hunger. Dimana anak ini akan membesar menjadi seorang anak yang sentiasa dahaga kasih sayang seorang ayah. Hasilnya dia akan tercari cari sentuhan itu melalui orang sekeliling contohnya teman lelaki.
Malang sekali, mengikut satu kajian, anak perempuan yang tidak mendapat sentuhan seorang ayah akan menjadi gopoh dan tergesa gesa dalam mencari kasih sayang yang hilang itu.
Akibatnya mereka mudah menyerah kepada lelaki yang memberi perhatian kepada mereka. Hasilnya mereka lebih mudah terlibat dengan hubungan luar nikah dan aktiviti yang tidak bermoral bersama seorang lelaki yang pada sangkaannya adalah tempat dia meneguk kasih sayang yang dia tidak berjaya dapat melalui seorang ayah. Namun hakikatnya bukan.
5: MENJADI KAYU UKUR
Situasi ini berbeza dengan anak perempuan yang sudah cukup kasih sayang seorang ayah. Selain lebih yakin, mereka juga akan lebih berhati hati dalam mencari kasih sayang seorang lelaki selain ayahnya. Ayah akan menjadi kayu ukur kepada pemilihan yang akan dilakukan untuk memilih teman hidupnya.
Seandainya ayahnya seorang yang suka berjenaka, dia akan mencari lelaki yang juga suka berjenaka.
Seandainya ayahnya seorang yang suka membantu membuat kerja rumah, dia juga sedaya upaya akan mencari lelaki yang rajin membuat kerja rumah.
Tak dapat banyak pun sedikit.
Hasilnya anak ini akan lebih bahagia dalam kehidupannya.
Begitulah pentingnya watak seorang ayah dalam hidup seorang anak perempuan.
Jadi ibu ibu, sentiasalah berpesan kepada pasangan anda agar menunjukkan contoh terbaik kepada anak perempuan agar dimatanya ayah adalah hero dan segalanya untuk dia.
UNTUK ANAK PEREMPUAN YANG MUNGKIN SUDAH KEHILANGAN AYAH, WATAK LELAKI LAIN SEPERTI BAPA SAUDARA DAN DATUK MASIH BOLEH MENJADI HERO KEPADA MEREKA. ASALKAN NAMANYA ITU LELAKI.
Bau hapak Dan kotoran pada kediaman menimbulkan Rasa kurang selesa, lebih-lebih lagi musim perayaan begini.
Keriuhan menerima tetamu yang datang berkunjung ke rumah adakalanya tak menang tangan kan. Jadi, Sebagai tuan rumah pasti Kita mahukan kediaman yang cantik,bersih Dan wangi kan.
Apabila ramai-ramai tu pasti timbul masalah air tertumpah, serdak kuih merata-rata tempat. lebih-lebih lagi apabila tetamu membawa anak kecil.
Jadi, untuk menghilangkan segala bau hapak dan kotoran yang melekat pada sofa sekali gus mewangikan kembali kediaman anda, bolehlah cuba tip yang dikongsikan ini.
Caranya cukup mudah dan bahan yang digunakan pun simple sahaja. Tetapi hasilnya sangat berkesan.
Bahan:
3 sudu pelembut kain
Air Panas
1 sendok makan natrïum bïkarbonat
Botol spray
Cara membuat:
Masukkan pelembut kaïn dan natrïum bïkarbonat ke dalam botol spray. Kemudïan, tambahkan aïr panas untuk mengïsï botol. Kocak botol agar semua bahan bercampur dengan baik.
Aturan Pakai:
Spray pada seluruh rumah dengan ramuan tersebut setiap hari. Anda boleh spray pada perabot , langsir, perhiasan-perhïasan, dan lain-lain.
Hati ibu mana yang tidak risau apabila melihat anak kesayangan di sahkan positif Covid-19 silih berganti.
Begitulah duganan yang dilalui oleh selebriti popular, Sharifah Shahirah anak sulungnya, Allisya Tahir telah disahkan positif, selang seminggu anak bongsunya pula di sahkan positif Covid-19.
Muat naik terkini penyampai radio terkenal ini menarik perhatian ramai peminat selebriti ini di media sosialnya. Sharifah Shahirah memuatnaik beberapa foto dan video situasi anak bongsunya setelah dijangkiti virus berkenaan berserta kapsyen yang menunjukkan dirinya tabah dan redha ujian yang dihadapinya.
Malah katanya, sebagai ibu sudah tentu kena biasakan diri untuk menjaga anak yang dijangkiti virus Covid-19.
“Pastu mak dia nak jaga camna? Mak dia kena jaga kenalaa kan dah tentu …kena kerja..lalalalala..kena biasakan…semua biasakan.”
Dalam sebuah keluarga, perbezaan itu bukan masalah. Malah, itulah yang menceriakan suasana rumah. Ada yang gemar drama penuh emosi, ada yang tak boleh tinggal...