Mungkin ramai yang tidak tahu, punca badan rasa kurang selesa adalah kerana kandungan angin dalam badan yang akan membuatkan kita berasa lesu, lenguh-lenguh dan penat.
Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh amalkan dengan meminum air rebusan pandan. Ini kerana pandan mempunyai pelbagai khasiat antaranya :
MENGURANGKAN SAKIT
Antaranya pening kepala, sakit telinga, kejang perut, sakit dada dan arthritis.
MENYAHTOKSIK BADAN
Penyambilan daun pandan juga mampu menyahtoksik hati dan badan dari toksin.
MENYELAKKAN KELEMUMUR
Pandan mempunyai sifai semula jadi untuk menyelesaikan maslaah kelemumur. Hanyan kisar beberapa helai daun pandan dan urutkan pada kulit kepala. Lakukan sekerap mungkin sehingga kelemumur hilang.
PENAWAR LEMAH SYAHWAT
Bagi yang mengalami masalah hubungan kelamin, air rebusan pandan juga mampu membantu anda mengatasi masalah ini. Amalkan setiap pagi.
Banyak lagi khasiat air rebusan pandan ini jika anda amalkan seperti menurunkan darah tinggi, merawat lemah saraf, menurunkan bacaan gula dalam darah, merawat gout, menghilangkan bau badan dan banyak lagi.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan sihat. – KELUARGA
Mengenang keadaan wajah yang berparut jerawat memang buat kita sebolehnya cuba mencari solusi untuk memudarkan kesan tersebut. Maklumlah zaman remaja kita dulu kulit wajah berminyak dan kini setelah meningkat usia, kesannya masih kekal di wajah.
Walaupun ada produk consealer yang boleh menutup atau menyembunyikan kesan jerawat tersebut, semahunya kita juga ingin wajah terlihat cantik dan sihat walau tanpa secalit kosmetik.
Untuk itu, apa kata anda usahakan dengan mengamalkan petua yang dikongsi oleh Muyassarah yang telah pun berjaya mengurangkan kesan jerawat yang ada diwajahnya apabila mengamalkan secara rutin. Jom semak perkongsian daripadanya.
Bahan-bahan:
Asam jawa* apa apa jenama pon boleh
Bedak sejuk * sarah guna bedak sejuk yang sarah buat sendiri Air kosong
Langkah demi langkah :
1. Sediakan bahan-bahannya.
2. Ambil sedikit asam jawa ikut rasa hati. Kemudian tambah air kosong jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
3. Selepas itu digaul sebati.
4. Kemudian ambil bedak sejuk campur sekali dengan pes asam jawa tadi. Kalau terlalu pekat jangan lupa tambah sedikit air.
5. Bila sudah campur semua, gaulkansampai sebati.
6. Kemudian sapukan di bahagian yang berparut. Kalau rajin nak sapu pada semua wajah juga boleh. Biarkan sehingga kering dan sebaiknya buat waktu malam sebelum tidur.
sumber : Muyassarah Samad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Telur diakui cukup banyak sekali digunakan dalam kehidupan harian kita. Sama ada untuk penyediaan hidangan yang menyelerakan malah bermanfaat untuk menjaga kesihatan hatta untuk tujuan penjangaan kecantikan sekali pun.
Antara kebaikkan putih telur yang diketahui umum adalah seperti berikut :
1. Menghilangkan Lingkaran Hitam Di Bawah Mata
Lingkaran hitam di bawah mata yang muncul disebabkan kurang tidur boleh dihilangkan dengan putih telur. Caranya mudah sahaja, pukul putih telur dan sapukan pada bawah mata. Untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan, anda boleh menambah hirisan timun dan letak di mata anda untuk kesan yang lebih berganda.
2. Melembutkan Kulit Wajah & Kecilkan Pori
Kandungan protein yang terdapat pada putih telur memiliki khasiat dalam membantu melembutkan kulit wajah serta mengecilkan pori-pori. Campur putih telur dan yogurt, kemudian aplikasikan sebagai maskar. Manakala untuk menghilangkan jerawat pula, ambil putih telur tersebut, sapukan pada wajah dan biarkan selama 30 minit sehingga ia kering. Setelah itu bilas sehingga bersih. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang berkesan.
3. Terbaik Untuk Rambut
Putih telur boleh menambah volume rambut agar menjadi lebih tebal dan juga mencegah rambut anda daripada rosak. Caranya mudah, basahkan rambut dengan air, kemudian sapukan putih telur pada rambut hingga ke kulit kepala sehingga rata. Urut lembut dan biarkan selama sejam sebelum dibersihkan dengan air sejuk. Untuk menghilangkan bau hanyir tersebut, adan boleh gunakan syampu ketika mencucinya.
Selain itu juga, melalui perkongsian daripada Muka Cantik byKakYa di akaun fbnya dan turut berkongsi cara bagaimana untuk menghasilkan masker bagi menghilangkan bintik hitam dan jeragat. Nak tahu lanjut, jom semak.
Menghilangkan bintik hitam
Cara-cara buat masker hilangkan bintik hitam atau jeragat secara tradisional dengan bahan-bahan semula jadi dan sedia ada di rumah.
Bahan-bahan:
kunyit hidup
beras yang direndam
air limau nipis
putih telur
Cara buat :
Beras dan kunyit perlu ditumbuk sehingga lumat.
Kemudian perah limau nipis dan masukkan putih telur.
Adunan yg telah siap! ready untuk disapu di muka dan tunggu sehingga kering. Bila dah kering, bilas dgn air suam..ingat air suam tau untuk mengekalkan kelembapan kulit.
Melicinkan wajah
Manakala petua yang dikongsi oleh Adrizq Radiance Serum dalam penjagaan kecantikan dengan menggunakan telur lebih kepada bertujuan untuk melicinkan wajah. Ini katanya.
“Assalamualaikum. Sapa pernah buat petua ni untuk Licinkan kulit wajah. Cara dia mudah jer. Hanya guna putih telur.
(Telur kuning tu jangan buang buat goreng kepit dalam roti with mayo & sayur pun bagus. Lagi pun telur kuning bagus untuk kesihatan jantung.)
Okay putih telur tu sapu kat seluruh wajah. Biarkan kering selama 1 jam. Time ni kalau boleh toksah dok cakap..diam jer tau Selepas 1 jam boleh lah basuh muka. Nak guna air suam atau air biasa pun boleh. Buat 2 kali seminggu Best sangat boleh licinkan kulit muka. Tak caya kena buat. ”
Sumber : Adrizq Radiance Serum
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi para wanita, tubuh badan yang putih dan mulus memang menjadi idaman agar sentiasa nampak cantik dan bersih.
Jadi ramai di antara mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan kulit yang diidam-idamkan. Malah ada yang sanggup mengambil suntikan untuk mendapatkan kesan yang cepat.
Bagi yang ingin mencuba secara alami, anda boleh mengamalkan penggunaan skrub beras di tubuh badan.
Skrub beras mampu menjadikan kulit anda putih sampai nampak urat tanpa mengeluarkan modal yang banyak.
Anda yang selalu terdedah dengan cahaya matahari amat digaIakkan untuk melakukannya.
Cukup amal sekali dua sahaja, memang payah sikit nak terus nampak urat hijau.
Tetapi kalau anda jadikan skrub mandian hari-hari, kejelitaan rasmi akan jadi milik anda.
Baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang pengguna di aplikasi X berkongsi luahan hati apabila mendapati suami curang dengan pekerjanya sendiri.