Biasanya orang kata makanan sihat ni tak sedap. Bila nak makan, rasa tak enjoy. Sebenarnya kita kena pandai gabungkan makanan sihat ni untuk dapat satu resipi yang sedap. Barulah rasa seronok nak habiskan menu sihat yang kita sediakan tu.
Salah satu menu diet untuk membantu kita kekal sihat serta turun berat badan adalah salad. Ada macam-macam resipi salad yang boleh kita buat, hanya perlu kreativiti untuk menjadikannya sedap dan tak muak untuk dinikmati.
Melalui perkongsian di Instagram Leez Rosli, dia berkongsi satu resipi salad yang selalu disediakan dan senang untuk dibuat. Selain itu, rasanya juga sedap dan boleh membantu seseorang untuk kenyang dalam tempoh masa yang lebih lama.
Jika dilihat, Leez yang juga merupakan isteri tercinta kepada penyanyi hebat, Aepul Roza, hanya menggunakan bahan ringkas dan mudah didapati untuk menyediakan menu salad tersebut.
Ads
Bahan-bahan yang digunakan adalah daun salad, popcorn ayam, telur, timun, tomato, lada benggala dan avokado. Cara penyediaan juga mudah, hanya perlu masak popcorn ayam di dalam air fryer dan gabungkan dengan semua bahan-bahan lain. Telur perlu direbus dan kemudian hiaskan dengan sos pilihan.
Menerusi ruangan komen, ramai yang mahu mencuba resipi salad Leez ini;
Ads
Jika mahu meniru resipi Leez sepenuhnya, dia menggunakan sos roasted sesame, thousand island serta mayones. Sekiranya mahu ubah sikit resipi, boleh gantikan dengan isi ayam yang dipanggang serta boleh tukarkan sayur kegemaran anda.
Biarpun resipi ringkas, namun hasilnya nampak menyelerakan!
Resipi singgang daging Kelantan, bahan ‘rahsia’ ni buat lagi sedap! Singgang daging merupakan salah satu hidangan tradisional yang popular di Malaysia, terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Masakan ini dikenali kerana cara penyediaannya yang ringkas tetapi mampu menghasilkan rasa yang lazat dan menyelerakan. Berbanding dengan masakan lain yang memerlukan penggunaan minyak dan santan, singgang daging lebih sihat kerana hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti rempah ratus dan air.
Nah cuba masak Singgang Daging seperti yang dikongsikan oleh Tengku Syazwanie ini.
BAHAN-BAHAN:
1 keping daging – hiris nipis
1 inci halia – hiris
1 inci lengkuas – hiris
1 biji bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
5-6 tangkai cili /lada kering – hiris/potong kecil
1 sudu teh biji ketumbar – tumbuk kasar
2 keping asam gelugur –
1 sudu teh budu – jika tiada, boleh abaikan
Garam dan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Daging ditumis bersama bahan-bahan hiris & bahan tumbuk terlebih dahulu tanpa dimasukkan air. (Proses ini dipanggil proses mati awas) agar rasa bahan masuk ke dalam daging. Ia penting dan rahsia kesedapan singgang.
2. Bila daging sudah kelihatan meresap sempurna, masukkan air dengan secukupnya dan juga asam keping. Rebus sampai daging empuk.
3. Bila daging sudah empuk dan lembut, masukkan budu, garam dan perasa dengan secukupnya. Budu membuatkan kuah singgang rasa lebih enak. Jika tiada, boleh abaikan.
4. Singgang Daging sedia untuk dinikmati.
Singgang daging bukan sahaja enak tetapi juga mempunyai banyak khasiat. Penggunaan bahan semula jadi seperti kunyit dan halia membantu dalam sistem penghadaman serta meningkatkan imuniti badan.
Cucur udang Chef Wan RM36 sepinggan jadi rebutan, ramai sanggup bayar sebab sedap dan berbaloi beli. Selebriti chef, Datuk Redzuawan Ismail yang terkenal dengan masakannya yang sedap baru-baru ini menerima sambutan hangat dengan menu cucur udangnya.
RM36 sepinggan, cucur udang tersebut menarik perhatian ramai kerana teksturnya yang rangup dan rasanya yang sedap. Memang cukup berbaloi untuk dibeli!
Dijual di Restoran De.Wan 1958 by Chef Wan @ The Linc KL, rata-rata pelanggan mengakui cucur udang Chef Wan memang sedap.
Menerusi video di TikTok perkongsian seorang pempengaruh @hungrysam_oe, lelaki ini menyatakan memang sangat berbaloi menikmati cucur udang hasil air tangan Chef Wan. Hidangan Cucur Udang Chef Wan boleh dimakan hingga 3 orang makan. Memang mewah dengan udang!
INFO TENTANG CUCUR UDANG:
Cucur udang dipercayai berasal daripada budaya masakan tempatan yang dipengaruhi oleh elemen Melayu, Cina, dan India. Makanan ini lazimnya dijual di gerai tepi jalan, pasar malam, dan warung kecil, menjadikannya sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia.
Keistimewaan cucur udang terletak pada kesederhanaan bahan-bahannya dan versatiliti cara hidangannya. Ia boleh dinikmati begitu sahaja, dicicah bersama sos cili, atau sebagai pelengkap kepada hidangan seperti mee rebus dan rojak.
Tip masak rendang supaya tahan lama, lambat basi. Selalunya sehari sebelum hari raya, mak-mak akan mula memasak rendang. Tak kiralah rendang ayam atau pun rendang daging, ia satu kemestian juadah untuk dihidangkan di pagi raya.
Bagaimanapun kerap juga terjadi kejadian bila mana rendang menjadi basi keesokan harinya. Tengahari bila nak makan, rendang sudah basi. Memang rasa ‘frust’ sangat bukan?
Itulah sebabnya kena tahu petua-petua untuk memastikan rendang yang kita masak ni tahan lama. Maklumlah masak dalam jumlah yang banyak, sayang sangat kalau basi. Jadi sebaiknya ikut lapan petua ini.
1. Pilih santan berkualiti
Hidangan yang menggunakan santan selalu yang paling cepat basi. Tapi jika kita menggunakan santan yang segar dan berkualiti, bukan saja rasa rendang pun lebih lazat tapi juga mampu membuat rendang tahan lebih lama.
2. Tunggu sejuk baru tutup
Selepas memasak rendang jangan tutup rapat periuk. Tunggu dulu sehingga rendang dan periuk sejuk. Jika periuk atau kuali berisi rendang terus ditutup rapat, wap air akan terkumpul pada tudung periuk dan akan jatuh ke dalam rendang.
Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi. Sama juga dengan lauk dan makanan lain. Jadi, kalau nak tutup masa masih panas, biarkan ada sedikit bukaan (tak payah tutup rapat). Atau, tunggu hingga agak sejuk barulah periuk ditutup.
3. Pastikan betul-betul pecah minyak
Semasa menumis, pastikan bahan-bahan dah betul-betul garing dan pecah minyak. Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali. Selepas ada tanda begini, barulah masukkan ayam atau daging.
4. Masak sampai rendang kering
Salah satu cara untuk elakkan rendang cepat basi adalah dengan memasaknya hingga kering. Dengan cara ini, kandungan air dalam masakan akan dinyahkan dan ia dapat bertahan lebih lama. Daging pun akan jadi lembut!
5. Kurangkan santan
Sebenarnya tak semua resepi rendang menggunakan santan. Yang tak pakai santan tetap akan ada rasa lemak sebab dah guna kerisik. Kalau tetap nak guna santan, kurangkan sedikit kuantitinya kalau nak ia bertahan lebih lama.
6. Goreng ayam / daging separuh masak
Sebelum masak rendang, gorengkan dulu ayam hingga separuh masak atau masak ayam / daging atas api tanpa minyak atau air.
Boleh juga gaulkan dengan rempah-rempah dan bakar seperti ayam percik. Proses ini adalah untuk keringkan air daging atau ayam. Jadi bila air ayam / daging tu kering, barulah rendang lambat basi.
7. Pastikan bekas kering
Semasa menyimpan rendang dalam bekas, pastikan bekas telah dilap kering. Masa nak menceduk pun, kena pastikan juga sudip, sudu, atau senduknya kering.
Sebelum memasak atau panaskan atas periuk / kuali pun, keringkan dulu atas api supaya rendang yang dimasak tahan lama.
8. Sejukbeku & Asingkan
Sekiranya mahu menyimpang rendang dalam peti sejuk, asingkan dalam beberapa bekas kecil. Jangan simpan dalam satu bekas besar. Ini dapat mengelakkan rendang itu daripada asyik keluar masuk peti sejuk dan dipanaskan.
Jadi bila nak makan keluarkan satu bekas kecil untuk satu hidangan, yang lain tak disentuh.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.