
Baru-baru ini isu seorang selebriti remaja membuka hijab hangat diperkatakan. Malah isu ini juga antara yang sering terjadi dikalangan selebriti.
Sesungguhnya, sebagai umat Islam ia wajib bagi setiap wanita muslim. Melihat situasi ini, hati seorang suami kepada selebriti terkenal iaitu Yana Shamsuddin, Fadzil Zahari melahirkan rasa kebimbangan.
Beliau mendoakan agar isterinya teguh imannya supaya tabah dan istiqomah dengan penampilan isterinya. Melalui instagram suami Yana melahirkan coretannya. Sesungguhnya sebaik-baik doa untuk isteri adalah dari suami.
Doa suami Yana sebegitu, menjelaskan menunjukkan ciri-ciri seorang suami yang amat mencintai isterinya walaupun sudah berkahwin lama. Bertuah Yana mempunyai suami yang mendoakan baik-baik buat isterinya.
WARGAMAYA TITIP DOA
Dalam pada itu, netizen mendoakan yang terbaik buat Yana.
Sumber: yanasamsudin
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Bila Rajin, Lipat Kain Pun Boleh Jana Pendapatan. Inspirasi Cara Wanita Ini!

Jika ada antara kita beranggapan tugasan melipat kain adalah sesuatu yang membosankan, namun tidak bagi wanita ini. Tidak dinafikan kerja ini remeh, sehingga ramai suri rumahtangga mengaku diri ‘malas’ untuk berbuat sedemikian.
Menerusi facebook miliknya, beliau menjadikan melipat kain sebagai rezeki buatnya. Sungguh inspirasi!
Salam semua suri²….sy bieb, mama kpd 3 org anak perempuan..masing² umur 5y, 3y & 1y7m..dah 5thn bergelar suri rumah sepenuh masa..berhenti kerja lepas 3bln bersalin.
Start tahun lepas sy mula ambil upah lipat kain baju kt kwsn sekitar tmpt tinggal sy ni..saja suka2 buat duit jajan..isi masa lapang kt rumah sambil2 jaga anak. Ambil upah ni pun tak selalu dan bukan hari2..kalau ada yg perlukan servis, baru sy p collect baju, lipat n hantar.
Sy offer servis ni sbb pernah tertengok rancangan kt tv3..diorg offer servis lipat kain dr rumah ke rumah, collect, lipat n hantar semula..jd nya sy terinspirasi lepas tgk rancangan tu..majalah 3 klau tak silap sy..sy ni bukanlah rajin sangat lipat kain, tapi sy cuba cabar diri sy utk jd rajin..
Paling mencabar bg sy dlm servis ni adalah lipat baju budak2, dan kain baju jenis licin.. Utk baju budak2, kena cari pasangan baju n seluar kalau ianya sepasang..kalau kain baju jenis licin, sukar nak bg lipatan nya kekal elok..
Syukur suami tak halang apa yg sy buat..kalau sy busy lipat kain, suami tolong handle anak2 kalau dia ada kt rumah..sekian coretan sy, mungkin boleh jadi inspirasi buat suri² di luar sana.
Tahniah puan! Inilah yang dikatakan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Inpisrasi!
Kredit: Bee ALiya AYra
Segelas Air Suam & Secubit Garam, Minum Setiap Hari Rahsia Eratkan Kasih Sayang. Dapat Elak Suami Isteri Bergaduh!

Dalam sesebuah perkahwinan tidak dapat lari dari berlakunya perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Namun, jangan jadikan sesuatu perkara itu penyebab rumah tangga anda bergolak. Kalau ada sebarang masalah cepat-cepat selesaikan, jangan bertangguh kerana ia boleh mengundang konflik kelak.
Bertoleransi, faham antara satu sama lain, bertolak ansur dan jalankan tanggung jawab dengan baik antara kaedah bagi membahagiakan sesebuah rumah tangga. Pusat Perubatan Islam Al mujahidin turut berkongsi petua kebahagiaan rumah tangga di samping mengelakkan sengketa antara suami isteri.
Kerap sangat berlaku akhir2 ini pesakit mempunyai masalah Rumahtangga.. Ada kata suami ada perempuan lain, ada juga kata isteri ada lelaki lain, masing2 dah buat haluan masing2 la.. Sebelum ini saya ada share, saya share kan semula cara2 pengerat kasih sayang suami isteri…
Ambil kan Air suam letak kan Garam Secubit dalam minuman suami isteri.
Baca Al Fatihah 3x
Al Ikhlas 3x
Baca Surah Yusof ayat 1-6
Ya Latif 7x
Dan selawat 7x
Selepas itu bagi suami @isteri minum ,buat setiap hari inshaaAllah jika sebelum ni Suami@isteri baran ,akan kurang baran nya,Hubungan itu akan jadi lebih mesra Dan rapat.
Sebaiknya buat setiap pagi Dan sebelum tidur ..Semua atas izin Allah…
Buat dengan yakin Ikhlas inshaa Allah pasti di permudahkan.Moga hubungan kita bersama Suami&Isteri bahagia Dunia dan Akhirat Aamin.
Chef Wan Dedah Hidap Kanser Limfoma, Undang Sedih Anak Menantu “Saya Belum Pergi Lagi!”

CEF selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan memaklumkan dirinya disahkan menghidap kanser limfoma.
Menurut Chef Wan, hospital telah melakukan ujian electrocardiogram (ECG) sebanyak dua kali dan mendapati dia didiagnos kanser berkenaan.
“Saya baru sahaja menjalani ujian ECG saya tadi. Pada pukul 3 petang doktor menyampaikan berita tentang keputusan biopsi saya.
“Mereka terpaksa menjalankan ujian sebanyak dua kali untuk memastikan keputusan tersebut… saya sememangnya menghidap kanser limfoma,’ tulisnya dalam satu perkongsian di laman Instagram miliknya.
Chef Wan juga memberitahu dia dimaklumkan oleh doktor mempunyai peluang untuk sembuh antara 70 hingga 80 peratus.
Justeru itu, dia perlu menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 13 kitaran untuk jangka masa selama 13 minggu.
“Pada peringkat ini, peluang untuk sembuh biasanya adalah 70 hingga 80 peratus. Isnin ini, saya akan melakukan ujian Sumsum tulang kerana kanser limfoma juga dikaitkan dengan sumsum tulang kita.
“Saya juga akan menjalani kimoterapi dan memulakan rawatan itu serta-merta sebanyak 13 kitaran iaitu bermaksud selama 13 minggu, ujarnya.
Biarpun berkongsi berita duka, Chef Wan masih sempat berseloroh memikirkan keadaannya selepas menjalani kimoterapi nanti. Katanya, dia tidak dapat membayangkan dirinya berdepan keguguran rambut akibat kesan sampingan yang bakal dialami.
“Doktor berkata saya akan mula kehilangan rambut saya. Ya Tuhan saya sudah mula membayangkan diri saya dengan rambut palsu yang hebat seperti gaya Elvis Presley, M. Daud Kilau, Samy Velu, Liberace dan banyak lagi.
“‘Saya akan mengalami adegan muntah seperti dilakonkan oleh Linda Blair dari filem Exorcist dan juga cirit-birit yang tidak berkesudahan,” ujarnya.
Kekal tenang dan positif, Chef Wan berkata dia menerima takdir dengan hati terbuka biarpun anak perempuannya iaitu Serina tidak menahan sebak mendengar berita duka ini.
“Saya menerima semua ujian ini dengan hati terbuka dan keberanian. Inilah kehidupan… anda hanya perlu melaluinya satu demi satu dengan cara positif.
“Anak perempuan dan menantu saya kecewa mendengar berita ini… saya kata jangan menangis, saya okay. Saya belum pergi lagi.
“Saya perlu kuat dan sihat kerana saya juga perlu menjaga ramai orang. InsyaAllah Allah akan jaga saya.
“Terima kasih atas semua doa dan ucapan anda. Tolong jangan risau kerana kita semua akan melalui ini bersama-sama. supaya kita boleh memberi inspirasi dan membantu orang lain di masa hadapan,” katanya.
Sumber : Instagram Chef Wan